rawkcarpark

buku fotografi + dvd + cd bagaikan bermimpi 40 tahun sweet charity

In berita pantas, buku, kultur/budaya on June 7, 2011 at 5:49 am

Akhirnya, setelah bersusah-payah merealisasikan cadangan buku konsert Sweet Charity 40 Tahun ‘Bagaikan Bermimpi’ Esplanade, Singapore, hasilnya ia keluar juga dan dilancarkan di Esplanade pada awal bulan Mei, hampir genap dua tahun konsert sebenar berlangsung. Bagi aku dan RasaMusic, keluarnya buku ini merupakan satu kelegaan besar, kerana dua tahun lalu, segala-galanya nampak sangat sukar dan kabur. Alhamdulillah.

Bagi aku, pakej ini (aku rasa) cukup lengkap dalam bentuk-bentuk artistik yang merangkumi aspek fotografi, tulisan, sound dan light (konsert dalam bentuk DVD tu) serta CD untuk dipasang dalam kereta. Pendek kata, ia amat berbaloi bagi harga RM99.90 yang ditawarkan.

Jika ingin pesan buku, boleh sms no aku 016-3973447 (Seir Rashid) supaya boleh diusahakan agar kamu/anda/hangpa turut memiliki koleksi berharga ini.

Kosmo link ada sini

dan gambar-gambar buku ada sini

Tajuk buku: Konsert 40 tahun Sweet Charity Bagaikan Bermimpi di Esplanade, Singapore EDISI TERHAD
Konsert: 31 Mei 2009
Teks: Seir Rashid
Foto: Syamsul Bahri Mohammed
Produksi: RasaMusic Sdn Bhd
Edaran: Warner Music Sdn Bhd
Harga: RM99.90
Apa yang ada dalam? SATU SEJARAH ROCK n’ ROLL!!!

SEIR RASHID

baca

In buku on September 1, 2010 at 7:38 pm

Kalau kamu menunggu untuk membaca cerita-cerita yang enak, di ruang-ruang yang sunyi kerana muzik semacam tak menemukan cangkuk baru di dalam hati, di sini ada beberapa judul berkaitan dunia muzik – moden dan klasik – yang sangat perlu ditelaah. Semoga kehambaran nanti jadi lebih bermakna. Kesunyian yang ditemani aksara-aksara yang bercerita tentang kisah jatuh bagun insan-insan muzika dunia.

Jangan malas baca.

1. The Autobiography Р Eric Clapton
2. The Rest Is Noise: Listening to the Twentieth Century – Alex Ross
3. Bob Marley: The Untold Story – Chris Salewicz
4. Bob Dylan: The Essential Interview – Jonathan Cott
5. John Lennon – Philip Norman

-HH, 2 September 2010.

selamat kembali, soundgarden

In berita pantas on September 1, 2010 at 7:04 pm

Majalah SPIN isu September 2010 meletakkan di muka depan mereka satu kepulangan band Seattle ke jalan-ranjau lama mereka. Soundgarden, pada 16 April 2010 mengadakan persembahan pentas pertama mereka selepas 13 tahun berpisah disebuah venue di Seattle. Itu, tentunya dibaca sebagai satu isyarat bahawa mereka sudah ada keperluan baru untuk kembali bersama – selepas projek-projek lain dan solo yang gagal.

David Peisner berkunjung ke Seattle untuk bertemu ke empat-empat anggota terakhir Soundgarden dan mengadakan temubual menarik. Artikel berkenaan boleh dibaca di sini.

Dalam perkembangan sama, Ben Shepherd dan Matt Cameron turut memberi kenyataan balas dan membidas cara Peisner mempotretkan mereka di dalam artikel berkenaan. Komentar Ben boleh dibaca di sini manakala respon Matt pula boleh dicapai di sini.

Selamat membaca. Selamat kembali, Soundgarden.

-HH, 1 Sept 2010.