rawkcarpark

Archive for the ‘Politik’ Category

forum ramadhan

In anekdot, berita pantas, Politik on August 28, 2009 at 4:01 am

Jemputan buat semua pembaca SM.

Tajuk :  Di mana Muzik dalam Politik Islam?
Tarikh :  02 Sept. 09
Masa :  10.00 malam
Tempat :  Studio Pocket, Puchong Utama

Panel :

Nasrudin Hasan – Ketua Dewan Pemuda PAS
Shanon Shah – Artis ( Pemenang AIM )
Zainal Abidin – Artis ( Penyanyi ).

Moderator :

Fathi Aris Omar

Penganjur Dialog :  MusicForum

Dialog ini berusaha untuk mencari titik pertemuan atau kesepakatan dalam memahami peranan dan tanggungjawab dari dua bidang, muzik dan politik. Teman-teman di jemput sama hadir. Bisa kongsi pandangan, ide dan kritikan secara terbuka.

Mazir Ibrahim,
MusicForum.

T: 012-3447099


Advertisements

PRUdent choice: kali ke-12

In berita pantas, Politik, ulas on March 9, 2008 at 7:13 am

Seni Berparti 

Oleh: SEIR

Berkenaan keputusan PRU-12 yang terbaru, tahniah kepada yang menang dan ‘padan’ pada yang kalah… Harap balik rumah fikir dan muhasabah kembali bagaimana untuk berkhidmat dengan lebih baik, bukan fikir bagaimana untuk menang balik lima tahun lagi.

Rakyat telah memilih dan setiap pilihan pasti diinginkan membuahkan hasil yang kita mahu, yang boleh membantu kita hidup lebih selesa setiap hari, bukan membungkam dengan dendam dan rasa tidak puas-hati sahaja.

 Bagi dunia seni, media dan pembukuan, semoga pilihan kali ini mencerminkan pilihan media baru, ide baru dan menolak sama sekali  pemikiran seni lama, pasif dan yang hanya sensasi. Buka minda lebih luas, walau radikal serta agresif ada hadnya di bumi Malaya ini, media sudah menjadi global dan fikiran serta ide sudah boleh dieksport ke luar negara dan masa beberapa nano-saat sahaja.

Kita mampu tolak Parti Artis Pop Semalaysia (PAPOS – yang menggunakan lambang bunga raya) hanya dengan tidak membaca tentang mereka ya…

Noktah 

pilihan… politik… raya…

In ide, Politik, temubual on February 27, 2008 at 3:15 am

Oleh kerana pilihanraya makin dekat, politik ialah isu paling relevan dan dekat… di hati. Siapa yang harus dipangkah, siapa yang harus disanggah, itu pilihan masing-masing. Bagaimanapun, Zulfikar Samsuri, insan yang penuh semangat ini berjaya mengumpulkan beberapa pendapat rakan-rakannya yang kebanyakannya dari haluan kiri, kanan dan juga yang ‘ateh pagor’. Sekadar bahan bacaan, itu terpulang kepada anda kerana seorang rakan berkata, ” seorang penzina itu tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin, hatta untuk dunia yang semakin songsang kini…” Noktah dan muktamad. SEIR 

Suara Rakyat: BN akan Menang, Undi berkurangan

Oleh Zulfikar Samsuri

Rata-rata yang ditanya mengatakan bahawa BN akan menang. Menang pilihan raya ke 12 kali ini dengan keputusan yang penuh cemerlang.

Kebanyakan pihak yang kami tanya, juga turut mengatakan bahawa pembangkang kali ini amat mustahil untuk memerintah Malaysia. Cuma kebanyakkan dari mereka berpendapat bahawa jumlah undi kepada BN akan susut. Namun begitu ada satu pandangan yang cukup menarik mengatakan bahawa BN akan menang besar. “BN akan menang ‘landslide!’,” kata Mohamad Firdouse Esahar yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur.

Ikuti beberapa responden dari pelbagai latar belakang yang sempat kami tanya tentang siapa yang akan menang di antara Barisan Rakyat atau Barisan Nasional.

Akhdan Sheikh, Destop Publisher, Shah Alam: Aku rasa BN akan menang tapi undi kepada BN aku rasa akan berkurang. Suasana kat sini (TTDI Jaya, Shah Alam) pun tak meriah sangat. Parti yang berlawan tak banyak sangat lagi la pasang bendera.

Azman Alias, Juruteknik, KL: PAS, aku rasa PAS akan menang. Sebab masa ni aku tengok ramai yang cari PAS.

Nazri Annuar/Vovin, Blogger dan Penulis Novel Fantasi, PTS Publishing, KL: Pandangan aku berdasarkan keadaan semasa dan berdasarkan keadaan semasa aku akan jawab BN akan terus memerintah negara.

Haris Fadhli, KL: Pilihanraya tahun ni ke? Aku rase cam BN je yg menang. Sebab aku rasa kemajuan negara kita dari dulu sampai skang ni hasil usaha diorang kot.

Nasir Rashid, Bekas Editor Majalah Muzik Pertama, KL: Siapa yang kuat akan menang. Kalau kau rasa BN kuat, parti tu akan menang. Tapi kalau kau rasa Barisan Rakyat kuat, makan Barisan Rakyatlah yang akan menang. Di Kelantan PAS akan menang. Tapi tak tahulah, mungkin aku cakap macam tu pasal bapak aku orang kuat PAS kot.

Roslan Alang Endut, Jurutera MISC, KL: BN menang lagila, tapi tak taula sama ada kurang atau lebih (undi) daripada yang lepas.

Warprat, Pereka Dalaman, KL: Macam BN je, macam biasa kot, aku rase laa kan. Perlu ada satu parti yang macam die (BN) gak. Kalau tengok BN, dia semua bangsa ada. Diorang plak bukan menyebelah satu kaum atau satu ideallism yang khusus. Keadilan mungkin boleh (menang) kalau diorang quit cari salah pasukan lawan and be a bit more professional.

Muhamad Abdullah, Blogger dan Penulis, Kedah: BN stiill memerintah, tapi mungkin majoritinya menyusut. Dah macam jadi satu trend dah bergilir-gilir menang besar umno/bn tu. Mohd Nazri,Pereka Grafik, Perak: Kerajaan yang ada sekarang (tapi) PKR dgn PAS dah settle pasal kaw tpt bertanding so ada harapan (nak menang).

Ahmad Faisal Othman, Aktivis Food Not Bomb KL, Kota Baharu: BN. Faham-faham je lah, mana pernah telus baik zaman mahathir lagi dari sekarang, Pak Lah nak sapu satu Malaysia ni.

Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Bekas Editor Majalah Siasah, Pengasas Middle Eastern Graduate Center, IOWA, AS: Yang boleh dan satu2nya orang yang LAYAK jadi PM malaysia: Anwar Ibrahim. Siapa menang di Kelantan kurang penting, yang penting nafikan 2/3!

Ibnu Amir al Pendangi, Penulis dan Kolumnis di Siasah dan Harakah, KL: Saya lihat BN still memerintah Malaysia. Dan saya khuatir kerajaan Pas akan dapat memerintah Kelantan. Nampaknya akan jadi sebegitu, kerana imej Pas Kelantan pun tercemar mutakhir ini.

Tilmizatun Jayyidatun, Pembantu Pensyarah UIA, Nilai: If U have money, nothing impossible. If u don’t have money but u have power, u can grab the money from others. (Pasal Kelantan plak) PAS dah jadi darah daging (kat sana). Lainlah kalau golongan mudanya buat reformasi nak gulingkan PAS.

Mohd Yazdi, Pembantu Pensyarah, Universit Putera Malaysia, Serdang: Hanya parti Melayu sahaja yang layak memerintah negara. Cuba bayangkan kalau semua parti melayu bergabung bukan kah lebih banyak majoriti Melayu? Ini semua berkemungkinan kalau semua berpegang dengan sunnh dan al-Quran. Simple tapi susah nak buat. Sesape pun boleh memerintah, yg penting org melayu. Jgn sampai kita bertelagah sesama sendri tp negara kita tergadai. Cukup laa Singapura, Tanah Melayu kita lepaskan. Jadi bg aku, selagi org melayu memerintah xde masalah. PAS nak memerintah pun takde masalah, cuma Agenda melayu perlu diperjuangkan. Kerjasama dengan parti bangsa lain pun takde masalah tapi jangan sampai kena pijak kepala.

Zulhazry, KL: BN tidak akan tewas kecuali mungkin selepas 20 atau 25 tahun daripada sekarang. Teori evolusi bagi sayalah. Golongan muda dan berpendidikan akan mengambil alih. Namun evolusi tidak akan berlaku jika tiada tangan yang membuat perubahan, khususnya untuk meyakinkan orang muda yang ada sekarang bagi menghadapi tempoh 20 atau 25 tahun yang akan datang. Jika tidak orang muda juga akan turut selesa dengan kehidupan sama seperti kebanyakan generasi tua fikirkan pada hari ini. Untuk merubah minda generasi tua hari ini sudah terlalu lewat, mereka merasakan mereka berada dalam zon yang selesa walaupun kisah mereka pernah ditayangkan dalam program Bersamamu di TV3. Atau boleh tidak jika kita katakan BN tidak akan tewas kecuali PRU di BolehLand dijalankan oleh badan bebas yang dilantik PBB. Kelantan is the most democratic state in Malaysia. Mereka mungkin tewas, maksud saya PAS, jika Nik Aziz berundur atau pun melalui penipuan pilihanraya. Secara rasional tidak mungkin rakyat Kelantan sanggup menolak keperibadian pemerintahan Nik Aziz sekarang. Oh ya, saya bukan ahli mana-mana parti politik.

Cain, Perak, Perkumpulan Anak Muda arahKIRI: Jangan tanye siapa yang (akan) merintah tapi adakah yang memerintah itu adil atau lebih rasa kemanasuaian dari yang lepas2, jangan tanye siapa tapi tanya adil atau tidak, tanya adakah yang memerintah itu menjadikan permasalah rakyat terbanyak itu nadi untuk berkhidmat. Kita masih didalam mentaliti “pemimpin baik” dari “rakyat yang berdiri dengan pemikiran sendiri”, adakah ini kesalahan. Pembentukan mentaliti ini, yang diasuh dari kecil atau azali yang sesuai, dengan “social contract” mengarut melayu harus kita lempar jauh2. Tiba zaman untuk berubah, umat melyu khususnya.Harus sedar bahawa tiada lagi yang harus di hunus selain ilmu yang membezakan kita dari bangsa Malaysia yang lain.

Jangan terlalu berharap juga untuk melantik diktator melalui pilihan raya kali ini, tak kira apa parti pun. Ingat kekuasaan total tanpa bangkangan adalah dosa besar didalam doktrin demokrasi, cukup 50/50 didalam parlimen. Parti yang merasa selesa dengan keputusan yang dibuat tanpa ada bangkangan, di mana2 negara di dunia ini adalah (melakukan) dosa besar yang harus ditangung sendiri. Jika komunis yang ada di parlimen di dunia ini faham akan tangungan mereka atas segala perbuatan JOSEPH STALIN, umat Malaysia khususnya yang mengaku berugama atau setidak-tidaknya mengaku masih mengamal hukum sivic, harus sedar dan kalau tidak, harus disedarkan, bahawa DIKTATOR TERPILIH adalah dosa besar dalam demokrasi.

*Pertama kali tersiar di Kolum Suara Rakyat di Republik Kata.