rawkcarpark

Archive for the ‘filem’ Category

muzik & filem & muzik & filem & muzik….

In dilema media, dilema muzik, filem, ide on January 10, 2008 at 11:17 am

Propaganda, cinta, lelucon, ekspresi anarki, gaya terkini, kesedihan melampau… semuanya lebih mudah difahami jika anda menyanyi… 

Malaya Tetap Merdeka (1959)

ini ialah dari filem “Korban Fitnah” (1959) dan bertajuk “Malaya Tetap Merdeka” arahan P.L. Kapur, keluaran Maria Menado Productions dan Cathay-Keris Film. Di dalam YouTube, terdapat satu komen yang berbunyi seperti ini : “Maria Menado orangnya patriotik, melihat banyak unsur-unsur patriotisme dalam filem2nya. Antaranya Matahari, Tun Fatimah, Sultan Mahmud Mangkat Di julang dan yang ini.”

Aku sekadar terasa sedikit ralat kerana tidak banyak lagi filem terkini yang mengasimilasikan muzik dalam cereka atau yang sebaliknya: dalam susunan serta gabungan yang mantap. “Azura” (M.Nasir bikin banyak muziknya) ialah mungkin yang kedua terakhir dan “Kembara Seniman Jalanan” (M. Nasir lagi..) mungkin yang terakhir terasa dekat di dalam sanubari. “Fenomena” (Dia lagi da..) hanya memainkan sentimen rock yang tengah hangat, tetapi tetap diklasifikasikan berjaya. Selepas itu, “Sembilu” (wajib klik!) mula menyuntik idea yang filem itu adalah seperti muzik yang klise semata, yang mempunyai intro, dua kali korus dan penyudah yang bahagia.

 Tiada filem lain yang boleh menebak hati lagi selepas itu. M. Nasir pula kini sedang sibuk membuktikan yang muziknya masih relevan dengan cubaan filem bersama raja realiti Asmawi yang berjudul “Aduh Saleha”, yang nampaknya… seperti satu usaha yang bakal mengecewakan. 

Muzik bersama filem ialah opsyen atau pilihan yang memang tak boleh diketepikan terutamanya oleh filem-filem dari India. Malaysia, dari dahulu memang banyak pengaruh itu tetapi kini ia kembali dalam bentuk yang murah dalam siri filem dengan lelucon ala mamak penang. Itu yang paling jelas.

Tiada citarasa atau tiada cara lagi untuk menebak hati penonton? Soalan ini punya berjuta jawapan. Kini muzik Malaysia terasa semakin membentuk dan perlu diberi sokongan oleh visual yang bervisi kreatif dan kaya. Kini kita hanya perlu mengadun semula satu generasi! Tetapi bagi aku, setengah generasi itu sudah boleh dikatakan berjaya…

seir 

uzair sawal writes

In band, berita pantas, dilema media, dilema muzik, filem, ide, new music, ulas on January 2, 2008 at 4:22 am

Got this email on the first working day of 2008. Forwarded to more than a dozen indie activists (I guess), It’s a harbinger of a new dawn, an (old) new movement and a new hope fo better scene… REDATTORE

Cheers To The Indie Scene  

Today is the first week of a new year. Many things that happened madeus either happy or sad for the past 365 days. Let us take a retrospective look at our local independent scene throughout 2007.

This year has been a great year for local independent bands regardless what their genre is. Second Combat made their European tour and Love Me Butch made their South East Asia tour. Seven Collar T-Shirt made a remarkable performance through their Sonique Cinematique. They Will Kill Us All performed to the rave scene as the winner of AMP’s Big Break. One Buck Short opened for international acts like Fallout Boy and Good Charlotte. Pop-punk band Y2K represented Malaysia in the Global Battle of the Bands in London, Oh Chentaku recently toured Singapore and many more lah. Do I have to mention the uprising bands such as Meet Uncle Hussain and Hujan? They got their fan base growing everyday. Our calendar was really packed because organisers seem to be passionate to organise gigs. Few notable gigs includes the
Crossborders series that brought regional bands to our shore by One Armed Production, the sold out tickets MYHC Fest that gathered the big names in our hardcore scene, Louder Than Love organised by Laguna Records where the profits were used to fight poverty.

The independent film community is getting their share of success too. Tan Chui Mui bagged several international awards with her “Love Conquers All”. Liew Seng Tat keeps the winning streak running with his “Flower in the Pocket”, but there were no coverage in any local media since our Angkasawan was on a mission to make our country proud. Fahmi Reza gave a tight bitch slap onto Shuhaimi Baba’s “Hati Malaya” with his thought provoking documentary “10 Tahun Sebelum Merdeka”. Television stations has been nice to the community too with NTV7 providing a platform for them with “Festival” and Astro Kirana for that Short Film Contest. BMW too organised a short film competition, my short film were short listed among 29 others but I did not make to the final. One of the finalist from BMW Shorties, Kubhaer T Jethwani gets his share in the television with his Nike sponsored documentary “Togel”.

There are huge loads of art related activities being conducted too this year. The recent Rantai Art Event, charity event Kurasa Something, The Super Sunday thing at Mont Kiara, numerous exhibitions at The Annexe Gallery and several stage plays. KLue and British Council did their part too in the poetry slam and spoken word scene with their Words & Tunes and Wayang Kata respectively. If there were an award for Venue of the Year, The Annexe Central Market deserves it. Where else can you find a punk rock gig, a theatre audition, an exhibition and book launching all in one building?

Of course, 2007 sees few bad things that happened to our local independent scene too. Amir Muhammad’s film banned again despite it only shows bunch of old men talking. A creative presentation called Wayang Kadbod by Anak Seni Kampung Berembang being restricted from performing in public. A fashion show cum bazaar “Merdeka Beb Merdeka”
forced to stop halfway by the management. Sad stories aside, now let us wish and work harder for a better scene.

I am wishing everybody a happy new year and Godspeed Malaysia.

UZAIR SAWAL

888.jpg

Does the number 8 will really depicts an ONG? You tell me. REDATTORE

jalan panjang, tiada pusing

In berita pantas, filem, ide on December 25, 2007 at 3:44 pm

no-direction-home.jpg

Menghabiskan masa kosong di petang Aidiladha menonton filem adalah satu kesyahduan luar biasa. Bob Dylan terpapar di kaca tv menjawab temuramah oleh Martin Scorsese dengan tenang.

Wajah berkedut, rambut masih kusut dengan lenggok bahasa orang keras kepala, Dylan menyelongkar dan membongkar satu persatu sisi perjalanan beliau mengharungi segala macam onar dalam karier. 15 kali menjadi penghias muka depan Rolling Stone, Dylan santai memamparkan kepada penonton mengapa dia masih dan sentiasa relevan  – setidaknya bagi dunia beliau sendiri.

Selingan persembahan live Dylan di awal pembabitan dalam hitam-putih, kritikan keras penonton yang hadir ke persembahannya di London kerana Dylan tampil bersama band pengiring yang ‘merapu’ dan bukan seperti gaya rebel solonya seperti yang selalu didambakan peminat ketika itu adalah antara nostalgia yang harus ditatapi.

Hayati jawapannya ketika ditanyakan soalan mengapa dia memilih untuk lari dari arus penyanyi lain zaman itu yang mengutamakan pop, tetapi beliau memilih untuk bersuara terhadap realiti. Dia bercerita juga tentang pengaruh yang mula-mula menterjebakkan beliau ke jalan muzik. Juga, bagaimana pemuzik seperti Woody Guthrie, tokoh Generasi Beat seperti novelis/penyair Jack Kerouac serta penyair Allen Ginberg dengan karya yang menggoyahkan jiwa muda Dylan (Allen Ginsberg juga ada visual temuramahnya).

Dia mendaftar untuk mengikuti pengajian di Harvard (kalau tak silap), tetapi langsung tidak pernah menghadirkan diri ke kelas. Sebaliknya, setiap malam – hingga pagi – dia dan rakan akan bersengkang mata menekuni gitar.

Bob Dylan pada satu ketika, menjual semua alat muzik elektrik yang ada dan menggantikannya dengan alat akustik kerana terpengaruh dengan idolanya. Dalam bahasa mudah, setiap sudut yang membentuk individu Bob Dylan dan muziknya diceritakan sendiri oleh beliau.

Perjalanan Dylan panjang dan berliku. Terlalu jauh iltizam yang ditunjukkan pemuzik ini dalam menggapai hasratnya. Korban yang bukan calang-calang.

No Direction Home patut ditonton oleh mereka yang sentiasa mencari inspirasi, tidak terbatas kepada muzik saja malahan paling tinggi nilai yang ditonjolkan adalah bagaimana untuk menghadapi hidup (sebagai seorang Bob Dylan).

ELLE J HAFIZ 

filem ’10 tahun…’

In filem on December 12, 2007 at 7:07 am

Flyer Rantai

Jika ada sebuah filem dokumetari terakhir yang patut dicadangkan untuk khalayak Malaysia tontoni sebelum tirai 2007 roboh, ia adalah filem pendek 10 Tahun Sebelum Merdeka arahan Fahmi Reza.

Ringkas dan menarik. Himpunan lagu dalam senarai ‘runut bunyi’nya juga adalah perkara yang menarik perhatian ramai untuk melangut di depan skrin komputer sampai habis filem ini – antaranya adalah God Save The Queen – The Clash.

Juga, kepada yang belom menonton, boleh berkunjung ke MIA Arthouse kerana di sana akan ditayangkan doku-filem ini secara percuma.

Butiran terperinci:

Tarikh | Jumaat, 14 Disember 2007
Masa | 8:30 malam
Tempat | M.I.A. Arthouse, 153 Jalan Ampang, Kuala   Lumpur (Belakang Pelita Nasi Kandar sebelah KLCC)
Anjuran | Rantai Art Event
Tiket | Percuma!

’10 Tahun…’ adalah satu daripada tiga pemenang Freedom Filmfest 2007.

Selamat menonton – ELLE J HAFIZ

tentang filem, muzik dan idealisme

In band, berita pantas, filem, ide, ulas on October 19, 2007 at 8:04 am

Dia anak muda lingkungan 20an yang baru menamatkan pengajian. Membakar semua duit di dalam kocek dan mendermakan apa saja saki-baki wang di bank.

Dengan sebuah Datsun buruk, menekan pedal minyak dan terus pergi tanpa toleh… untuk meneroka satu sisi perjalanan yang didorongi kalut fikiran dan idealisme semangat muda sampai ke hujungnya – jalan yang tiada simpang dan pusingan balik.

Ini satu ekstrak ringkas daripada judul buku Into The Wild karangan Jon Krakauer yang berlatarkan kisah benar pemuda bernama Chris McCandless. Saya pertama kali menatap buku ini ketika masih di kampus, kurang lebih empat tahun dulu. Membaca kisah ini betul-betul memberi seribu satu inspirasi dan membuka daerah baru dalam kotak fikiran ketika itu. Saya belajar kata idealisme daripada buku ini – yang diperkenalkan oleh seorang teman. Jiwa dengan mudah terkesan dengan cerita yang disampaikan dengan ringkas dan padat oleh penulis buku berkenaan.

Ironinya begini. Sean Penn, aktor dan pengamal filem tersohor membuat kenyataan yang dia tertarik dengan kulit buku yang pernah saya kagumi itu. Dan dari situ, beliau mengambil buku berkenaan untuk diadaptasikan menjadi sebuah filem yang kini sudah pun siap pembikinannya. “Reka kulit buku itu dengan gambar bas usang dengan tajuk Into The Wild sungguh merentap perhatian saya,” ujar Sean dalam satu temuramah. Susulan daripada ini juga, seorang lagi nama besar turut bergelumang dengan perkara sama. Eddie Vedder, setelah 17 tahun mengepalai Pearl Jam kini mahu di’ceraikan’ seketika untuk terlibat dengan pembikinan album solo bagi dijadikan album soundtrack filem berkenaan – dengan tajuk yang sama.Ketika artikel ini ditulis, saya sudah mendengar sepintas lalu album itu. Masih tipikal gaya Vedder dalam Pearl Jam, tetapi kali ini pemberat yang terkandung di dalam lirik dan rintih suara itu lebih penting dan dominan. Ia hanya dapat dirasai jika pendengar berkongsi pahit maung pengalaman yang seakan sama dengan apa yang disampaikan oleh tiga medium ini.Sean yang mula berkenalan dengan Vedder ketika kerja-kerja filem Dead Man Walking pada tahun 1995 meminta beliau untuk berbuat sesuatu terhadap filem terbaru itu dan album solo Vedder itulah hasilnya.Kini, tiga elemen berlainan disatukan untuk menawarkan sesuatu kepada khalayak. Ia sekaligus menjadikan projek ini sesuatu yang istimewa dan saya nantikan… dan nanti, harus dikritik.

Into The Wild kini mengandungi tiga semangat yang berbeza. Hasilan projek ini nanti seharusnya menjadi kreativiti seni – yang membawa sarat maksud berseni – berdiri sebagai hamparan karya yang tercetus daripada kepayahan dan sengsara.

Vedder, walaupun ketika diminta untuk menghasilkan muzik bagi filem ini sebenarnya belum pernah membaca buku berkenaan, terpaksa memisahkan dirinya dengan segala kekayaan dan kesenangan yang dikecapi ketika ini. Vedder menonton dulu filem tersebut sebelum menulis muziknya.

Katanya, dia tidak percaya dengan kerja seni yang terhasil dengan kesenangan. Dia mengembalikan dirinya kepada zaman remaja – seusia dengan McCandless – dan mahu merasakan kembali semua keperitan hidup yang pernah dilalui.

Ini kerja seni yang berinteraksi dengan persoalan kehidupan. Jika belum baca buku ini, carilah. Tunggu filem ini nanti – walaupun belum tentu ditayangkan dipawagam kerana ia bukan karya pop. Terakhir, dengarkan juga album dari Vedder. Tetapi kali ini bukan sebagai lagu, tetapi intipati himpitan psikologi yang cuba disampaikan. Dengar bukan dengan halwa telinga, tetapi dengan hati.

Saya sudah merasai dua daripada tiga semangat ini. Hanya menanti visual filem dari Sean Penn saja.

“I now walk into the wild.” – Chris McCandless

* Terbaru, Eddie Vedder juga menyumbang lagu bagi soundtrack filem tentang perang Iraq, Body of War.

Klik sini untuk laman rasmi filem Into The Wild