rawkcarpark

Archive for the ‘filem’ Category

filem: taking woodstock

In filem on December 20, 2009 at 8:05 am

Taking Woodstock
Ang Lee
2009
.

Filem ini, yang diangkat daripada memoir Elliot Tiber dan Tom Monte –   Taking Woodstock: A True Story of a Riot, a Concert, and a Life memaparkan kisah ‘menuju Woodstock 1969’, suatu momen paling penting di dalam sejarah muzik moden.

Ia memang berlatarkan suasana ketika itu, tetapi hanya memberi perhatian kepada sebuah tempat – White Lake – yang pada awalnya bukan merupakan tempat asal di mana Festival Woodstock mahu di adakan.

Ia mengambil kisah Elliot Tiber, yang mana keluarganya memiliki sebuah motel dan sedang menghadapi masalah kewangan kerana tiada lansung apa-apa perkara untuk menarik orang luar bertandang ke tempat mereka.

Tiber sebenarnya merancang untuk mengadakan satu persembahan muzik kecil untuk membolehkan tempat berkenaan dikunjungi oleh orang luar. Tetapi kemudiannya, melalui siaran radio, Elliot mendapat tahu bahawa penganjuran Festival Woodstock di pekan berdekatan terpaksa dibatalkan kerana mendapat tentangan masyarakat.

Berbekalkan permit yang diperoleh untuk acara muzik kecil-kecilan itu, dia menghubungi Michael Lang, penganjur festival berkenaan untuk menawarkan tempat dan permit. Dengan segera ia dipersetujui, diikuti dengan perbincangan-berbincangan yang getir, termasuk tentangan penduduk, akhirnya adalah seperti apa yang sudah disaksikan melalui sejarah – Festival Woodstock berlangsung dengan segala macam tentangan, masalah dan kerugian!

Filem ini adalah filem tentang ambien seni di Amerika waktu itu, dan sebetulnya menunjukkan sisi ekonomi lebih daripada muzik itu sendiri. Ini kerana, tiada mana-mana footage di dalam filem ini menunjukkan persembahan lagenda para pemuzik di pentas festival berkenaan. Cuma, Ang Lee menggunakan lagu-lagu artis yang terlibat dengan persembahan itu untuk mewarnai latar visual yang sebetulnya hanya menunjukkan apa yang berlaku di pekan kecil berkenaan ketika festival itu berlangsung.

Dan, bagi Elliot – yang tidak pun sempat untuk menyaksikan konsert, matlamatnya tercapai – motel keluarganya kembali bernyawa dan mereka membuat banyak duit untuk persembahan muzik yang hanya berlangsung tiga hari itu.

Jika ingin menikmati getar dan suasana Festival Woodstock, tonton filem ini. Tetapi jangan mengharapkan aksi Jimi Hendrix atau Joan Baez di pentas. Ini cerita yang terbit disebabkan untuk mencari penyelesaian masalah ekonomi, bukan muzik.
.
– HH, 20 Disember 2009

filem: seraphine

In filem on June 10, 2009 at 4:09 am

seraphine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seraphine adalah kesah tentang keyakinan, obsesi, rendah diri dan perang yang menekan. Keindahan adalah kegilaan yang menjadikan sesuatu hal itu agung. Tonton jika berpeluang. Baca di sini; tulisan ringkas berkenaan filem ini.

HH

Filem : KAMI

In filem on November 19, 2008 at 9:01 am

kami-2

Baca lanjut di sana.

immagine in cornice

In filem, ulas on November 7, 2008 at 7:05 am

 cornice_dvd

Immagine In Cornice: Picture In A Frame
Pearl Jam
2007
DVD

Pearl Jam adalah antara band terbaik ketika persembahan live. Mereka sudah berada di luar waktu kegemilangan muzik 90-an tetapi itu bukan penghalang untuk mereka terus hadir dengan kerja-kerja muzik yang bagus. Di dalam Immagine In Cornice mereka sekali lagi mengklaim kredebiliti tersendiri.

Ini bukan DVD konsert biasa yang mendatar. Danny Clinch – sang pembikin filem yang dekat dengan band-band seperti Dave Matthews dan Bruce Springsteen mengarah satu bentuk naratif konsert yang amat menarik untuk DVD ini. Ia dokumentari-live konsert Pearl Jam di Itali pada 2006 – mereka di sana selama seminggu untuk tour.

Persembahan live Pearl Jam ditampilkan dengan penuh energi di dalam DVD ini. Tidak seperti footage live mereka yang lan sebelum ini – The Touring Band dan Live At The Garden – yang amat stereotaip. Bukan persembahan band ini, tetapi cara penyampaian yang ada di dalam cakera visualnya.

Immagine In Cornice adalah satu set perjalanan yang peribadi, membawa bersama peminat dan penonton memasuki band mereka. Temubual pendek santai di antara lagu yang turut terselit memberi ruang untuk setiap individu Pearl Jam didekati – berbincang hal-hal muzik dan juga lain-lain. Daripada ini akan kelihatan ‘ketenangan’ dikalangan mereka. Eddie Vedder juga seperti mahu mengulangi pengalaman era awal mereka; lincah-panjat-tergolek ketika dipentas.

Torino, Bologna, Pistoia, Milan, dan Verona pernah menyaksikan sejarah dilakar di depan mata mereka dan dengan DVD ini, semua keindahan itu terpahat di dalam cakera untuk dikongsi. Ini antara DVD terbaik yang pernah disaksikan – dalam persembahan live mereka yang dirakam.

Penonton diberi peluang untuk berintimasi dengan band ini. Dan sentuhan ala dokumentari dengan kesan visual yang ringkas-bijak-klasik membuatkan kita tak akan mahu sudah menikmati hamparan kedua-duanya; muzik Pearl Jam dan videonya.

Buat seketika (mungkin), ini merupakan rakaman persembahan live terbaik Pearl Jam. Jangan terlepas!

-Hafiz Hamzah- (11nov2008)

a music from robert rodriguez

In filem, ide on July 30, 2008 at 6:11 am

A nice piece of music here from the celebrated director Robert Rodriguez in the first installment of El Mariachi. Enjoy! SEIR

freedom writers

In filem on July 9, 2008 at 1:45 pm

Baca lanjut: Dia Bukan Pelacur.

control

In filem on February 22, 2008 at 7:15 am

control_movie.jpg

Album pertama Joy Division yang saya miliki dulu adalah Closer. Mulanya, agak sukar untuk meresapi muzik mereka ini – yang saya kira kuat perasaan ‘dark’ di dalam – tetapi juga agak menghairankan, sehingga hari ini album itu masih lagi kerap saya ulang-main. Ian Curtis punya aura yang jarang-jarang ada pada mana-mana anak muda senario muzik London ketika itu. Dia tidak hebat, tetapi dia ada gaya yang dan tona vokal yang mampu bersuara, sekurang-kurangnya untuk dirinya sendiri.

Jika kamu sudah menonton filem 24 Hour Party People, kamu juga harus lekas mencari filem Control. Tidak seperti ’24 Hour’, Control lebih fokus kepada susuk Ian Curtis itu sendiri, berkisar tentang perjalanan hidupnya yang singkat dalam arena muzik hujung 70an British sehingga membawa kepada tragedi pembunuhan diri Curtis. Filem ini juga merupakan arahan buat pertama kali Anton Corbijn, jurufoto yang sinonim merakam perjalanan seni band U2 dari awal dulu.

Klik sini untuk ke laman rasmi Control.

-Elle J. Hafiz-