rawkcarpark

Archive for the ‘buku’ Category

tenaga.semangat.bunyi

In anekdot, band, berita pantas, buku on June 9, 2011 at 2:31 am

Sedikit transkripsi teks di dalam buku Konsert 40 Tahun Sweet Charity Bagaikan Bermimpi di Esplanade pada 31 Mei 2009:

KONSERT 40 TAHUN SWEET CHARITY Bagaikan Bermimpi

Teks: Seir Rashid
Fotografi: Syamsul Bahari

Tempat: Dewan Konsert Esplanade, Singapura
Tarikh: Ahad, 31 Mei 2009
Jam: 8.00 malam

“Malam ini bukan malam yang biasa… malam ini pasti malam kenangan.

Malam ini ialah malam persembahan yang pasti sukar dilupa.

Malam ini, telah tercatat dan terpapar di sini, ialah satu malam penghargaan yang sukar diucapkan Sweet Charity, cuma rasa kesyukuran tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla kerana menganugerahkan nyawa, bakat dan usia agar Semangat, Tenaga dan Bunyi ini terus bergema selama 40 tahun ini…

Malam ini segala-galanya bagaikan bermimpi. Bagaimanapun, untuk sampai ke saatnya malam ini, insan-insan yang diraikan itu serta pengikut-pengikut setia mereka yang tegar pasti tidak dapat dapat melupakan setiap saat yang telah berlalu sejak 40 tahun lalu.

Ada kelahiran dan perpisahan, rasa gembira dan hiba, kekangan dan kebebasan, kejayaan dan kegagalan, kemeriahan dan kemuraman dan banyak lagi perasaan yang terakam di minda. Bagaimanapun, semua itu pasti diubati dengan satu bentuk penyatuan semula serta keraian seni yang unik, yang hanya terlahir dari kumpulan pemuzik berbakat tinggi ini.

Bagi Sweet Charity, muzik ialah sesuatu yang sentiasa hidup dalam kehidupan seharian mereka selama 40 tahun, dan malam ini mereka akan meraikannya dengan penuh prestij, bermain di sebuah tempat yang bernama Dewan Konsert Esplanade, kubah berbentuk durian yang terkenal dan bertaraf antarabangsa di Kota Temasek ini.

Ramli Sarip, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaafar dan sudah beberapa kali bertemu dan berlatih bersama di sebuah studio di Singapura. Malam ini mereka berempat merasa tenang, tetapi cukup teruja untuk naik ke atas pentas dan melampiaskan tenaga muzik yang telah berkembang dan semarak selama 40 tahun, walaupun perjalanan ke sini tidak akan dapat lari dari dugaan dan cabaran.

Perjalanan ke sini…

Kali terakhir Sweet Charity muncul bersama sebelum konsert malam ini ialah pada 14 Jun 2008, di sebuah persembahan yang dinamakan Konsert Hari Bapa, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Konsert yang mendapat sambutan itu mendapat ulasan positif oleh media-media Malaysia dan Sweet Charity mula bercakap tentang usia mereka yang sudah mencapai 39 tahun ketika itu, satu jangka usia yang panjang bagi sebuah band Melayu (jelas sekali, yang paling lama).

Mereka mula berkira-kira untuk menyambut ulangtahun Sweet Charity pada 2009 dengan satu siri persembahan yang gemilang, khas untuk peminat yang masih dahagakan kelibat pemuzik-pemuzik yang masih belum bersara ini. Bagaimanapun, bukan sukar untuk ke situ, khasnya untuk memberi keyakinan kepada penganjur bahawa Sweet Charity masih berbisa dan mampu menarik ramai orang ke tempat persembahan….”

Sebuah biografi lengkap Sweet Charity bertajuk Tenaga.Semangat.Bunyi kini sedang disiapkan. Mungkin dilancarkan sekitar hujung tahun 2011.

SEIR RASHID

Advertisements

buku fotografi + dvd + cd bagaikan bermimpi 40 tahun sweet charity

In berita pantas, buku, kultur/budaya on June 7, 2011 at 5:49 am

Akhirnya, setelah bersusah-payah merealisasikan cadangan buku konsert Sweet Charity 40 Tahun ‘Bagaikan Bermimpi’ Esplanade, Singapore, hasilnya ia keluar juga dan dilancarkan di Esplanade pada awal bulan Mei, hampir genap dua tahun konsert sebenar berlangsung. Bagi aku dan RasaMusic, keluarnya buku ini merupakan satu kelegaan besar, kerana dua tahun lalu, segala-galanya nampak sangat sukar dan kabur. Alhamdulillah.

Bagi aku, pakej ini (aku rasa) cukup lengkap dalam bentuk-bentuk artistik yang merangkumi aspek fotografi, tulisan, sound dan light (konsert dalam bentuk DVD tu) serta CD untuk dipasang dalam kereta. Pendek kata, ia amat berbaloi bagi harga RM99.90 yang ditawarkan.

Jika ingin pesan buku, boleh sms no aku 016-3973447 (Seir Rashid) supaya boleh diusahakan agar kamu/anda/hangpa turut memiliki koleksi berharga ini.

Kosmo link ada sini

dan gambar-gambar buku ada sini

Tajuk buku: Konsert 40 tahun Sweet Charity Bagaikan Bermimpi di Esplanade, Singapore EDISI TERHAD
Konsert: 31 Mei 2009
Teks: Seir Rashid
Foto: Syamsul Bahri Mohammed
Produksi: RasaMusic Sdn Bhd
Edaran: Warner Music Sdn Bhd
Harga: RM99.90
Apa yang ada dalam? SATU SEJARAH ROCK n’ ROLL!!!

SEIR RASHID

baca

In buku on September 1, 2010 at 7:38 pm

Kalau kamu menunggu untuk membaca cerita-cerita yang enak, di ruang-ruang yang sunyi kerana muzik semacam tak menemukan cangkuk baru di dalam hati, di sini ada beberapa judul berkaitan dunia muzik – moden dan klasik – yang sangat perlu ditelaah. Semoga kehambaran nanti jadi lebih bermakna. Kesunyian yang ditemani aksara-aksara yang bercerita tentang kisah jatuh bagun insan-insan muzika dunia.

Jangan malas baca.

1. The Autobiography –  Eric Clapton
2. The Rest Is Noise: Listening to the Twentieth Century – Alex Ross
3. Bob Marley: The Untold Story – Chris Salewicz
4. Bob Dylan: The Essential Interview – Jonathan Cott
5. John Lennon – Philip Norman

-HH, 2 September 2010.

promo: jurnal rock?

In buku on June 7, 2010 at 5:08 pm

Kalau mahu tahu lebih, sila lawat laman penerbitnya. Risiko adalah urusan sendiri-sendiri. Ini hanya promosi.

Klik sini.

john lennon: the life

In buku on June 22, 2009 at 6:18 am

LENNON-small 

John Lennon: The Life
oleh Philip Norman
Harper Colllins
2008
864 mukasurat

Sedikit penjelasan pendek tentang buku ini:

“For more than a quarter century, Philip Norman’s internationally bestselling Shout! has been unchallenged as the definitive biography of the Beatles. Now, at last, Norman turns his formidable talent to the Beatle for whom belonging to the world’s most beloved pop group was never enough. Drawing on previously untapped sources, and with unprecedented access to all the major characters, here is the comprehensive and most revealing portrait of John Lennon that is ever likely to be published.

This masterly biography takes a fresh and penetrating look at every aspect of Lennon’s much-chronicled life, including the songs that have turned him, posthumously, into a near-secular saint. In three years of research, Norman has turned up an extraordinary amount of new information about even the best-known episodes of Lennon folklore—his upbringing by his strict Aunt Mimi; his allegedly wasted school and student days; the evolution of his peerless creative partnership with Paul McCartney; his Beatle-busting love affair with a Japanese performance artist; his forays into painting and literature; his experiments with Transcendental Meditation, primal scream therapy, and drugs. The book’s numerous key informants and interviewees include Sir Paul McCartney, Sir George Martin, Sean Lennon—whose moving reminiscence reveals his father as never before—and Yoko Ono, who speaks with sometimes shocking candor about the inner workings of her marriage to John.

Honest and unflinching, as John himself would wish, Norman gives us the whole man in all his endless contradictions—tough and cynical, hilariously funny but also naive, vulnerable and insecure—and reveals how the mother who gave him away as a toddler haunted his mind and his music for the rest of his days.”

HH

dylan dan feinstein

In buku on June 19, 2009 at 7:10 am

rethoric-bw

 

 

 

 

 

 

 

. 

.

Hollywood Foto-Rhetoric
Teks oleh Bob Dylan
Foto oleh  Barry Feinstein
Simon & Schuster, 2008

160 mukasurat

Dalam tahun-tahun 1960an, Barry Feinstein, sang jurugambar yang waktu itu tersohor di lingkar budaya Hollywood, memnyerahkan beberapa keping kerja fotografinya kepada Bob Dylan, yang waktu itu juga sedang mendaki tangga kemasyuran di sana. Tiada apa-apa pesan. Cuma, daripada gambar-gambar itu nanti, menurut Barry, akan ada tulisan yang dapat mengiringinya – daripada Bob sendiri.

Dylan juga tak harapkan apa-apa daripada, dan tak tahu jelas apa yang mahu ditulis. Tetapi dia mengiakan juga cadangan dan permintaan Barry, yang diawal-awal kariernya akrab dalam memotret foto Dylan. Ia berakhir dengan 23 tulisan terpecah-pecah yang mungkin prosa, atau mungkin juga sajak – bersandarkan pada imej-imej yang diberikan awalnya.

Malangnya, waktu itu, manuskirp berkenaan hilang. Hollywood Foto-Rhetoric ialah publikasi pertama kerja yang sebenarnya disiapkan pada 1960an itu dan buat pertama kalinya ia berjaya menemui khalayak umum.

Antara foto dan momen menarik ialah imej rumah Marilyn Monroe – dengan kolam renang  yang tenang – di hari dia mati. Dan ada ayat-ayat Dylan yang mengisi ruang sebu sebegitu, menjadikannya lekat. Tentunya, perasaan itu akan hadir jika ada imajinasi.

Selamat menelaah.

HH

INXS – band hebat dari bawah sana (down under)

In band, buku on May 30, 2009 at 7:52 pm

INXS.0

INXS

Story to Story

Anthony Bozza

Telah lama aku tak menulis untuk blog ini, membuatkan aku rasa bosan/benci setiap kali membukanya – kerana asyik terpandang muka Cobain Unseen sahaja (mungkin dalam beberapa bulan juga).  OK. Baru-baru ni aku telah meminjam sebuah buku biografi band INXS, sebuah band yang aku kurang faham sebenarnya. Mungkin kegemilangan  zaman rock stadium itu telah di’TERJAH’ (ee.. geli aku guna ayat tu) oleh band ini dengan suntikan neo-funk menjadikan era new wave sekitar pertengahan 80-an Amerika/Eropah ialah zaman milik mereka? Mungkin. Atau aku kurang senang melihat seluar kembang, rambut gaya Bob Geldof atau tidak kenal dengan Paula Yates? Yang pasti, aku suka Queen yang tetap hebat di era ini dan tak peduli pun dengan Live Aid pun. OK. Berbalik kepada buku tadi… Buku ini ialah satu-satunya buku biografi yang diiktiraf oleh ahli-ahli band ini setelah kematian penyanyinya, Michael Hutchence sekitar 97, kalau tak silap yang telah menghasilkan berpuluh-puluh buku lain yang menceritakan tentang band dari Australia ini. Seorang peminat pernah berkata, Michael Hutchence atau Hutch ialah ‘yang terhebat’ selepas Jim Morrison. Sememangnya begitu… sila rujuk link di atas ya. OK. Kembali kepada buku tadi. Story to Story ditulis Anthony Bozza dengan jelas dan cermat serta teliti tentang pengaruh, perjalanan serta pengorbanan band ini dalam mencari pengiktirafan antarabangsa setelah berhempas-pulas di negara sendiri dengan membawakan stail muzik yang melawan arus biasa. Mereka dikatakan Prince versi caucasian dan membuka arus terawal funk rock seperti RHCP dan seiring membawa idea muzikal dance-rock seperti U2 (era Zooropa). Pendek kata, gelodak new wave hujung 80-an di Amerika ialah INXS. Kesimpulan yang aku buat setelah membaca buku yang agak tebal ini ialah, kejayaan mereka di seluruh dunia terletak kepada kesungguhan mereka membuat persembahan bersama tak kira di mana sahaja, hatta di sebuah pekan lombong terpencil yang panas sekali di Australia. Buku ini menarik dan akhirnya aku faham dengan INXS yang namanya dipilih bertujuan untuk menggambarkan yang band ini sukar untuk difahami. Inaccessible.

SEIR