rawkcarpark

Archive for the ‘band’ Category

foto-foto rock the world 8

In band, berita pantas, Uncategorized on December 22, 2008 at 9:58 am

Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa Rock The World 8 di Taman Rehsia, Stadium Merdeka semalam. Ulasannya akan menyusul nanti, kalau ada masa nak tulis! SEIR

img_9632

Lawat FLICKR

album terbaik 2008 pilihan rolling stone

In band, berita pantas, dilema media, rebiu album, ulas on December 13, 2008 at 3:17 am

Senarai album terbaik 2008 telah keluar dari majalah muzik paling estetik Rolling Stone. Sila rujuk di sini jika mahu menilaikannya dan mahu muhasabah diri tentang dunia muzik paling terkini. BB King dengan album kegilaan aku One Kind Favor (2008) jatuh nombor 17 manakala album yang aku tak pernah rasa nak dengar, Gun’s And Roses (Chinese Democracy) jatuh nombor 12. Not bad at all, Axl!

bbking

Seperti biasa, seperti yang aku jangka RS akan tetap mengagung Bob Dylan, menyembah Beck dan macam tak ikhlas, memberi kredit kepada Coldplay. Bagaimanapun, senarai ini patut dirujuk juga bersama senarai ‘terbaik’ lain seperti majalah SPIN dan yang pastinya TIMES.

RAWKCARPARK tidak akan mengeluarkan apa-apa senarai kerana aku hanya mendengar yang sudah-sudah  (lagu La Obe – The Swallows sudah lebih 10 kali berulang-ulang berkumandang di headphone). Sila beri tunjuk ajar! SEIR

kami, kamu, kome…

In band, dilema muzik, ide on October 30, 2008 at 9:10 am

“Kami” dipakejkan dalam bentuk televisyen, muzik dan kemudiannya wayang dan wadah utamanya ialah jiwa merah menyala remaja muda-mudi. Sedikit sebanyak ia telah menaikkan muzik-muzik baru ke persada perdana yang malap dengan kemunculan band-band yang sudah tentu kamu semua dah kenal. Kome jangan tak tau pulak!

Jadi sarkas muzik Kami baru melabuhkan tirainya di Bukit Jalil bulan ini, sebagai alternatif gig-gig kecil lain yang tetap menarik perhatian peminat muzik kecil, bukan pekerja-pekerja bergaji besar. Lagipun, tiada lagi konsert-konsert besar untuk band-band lokal untuk mempertunjukkan bahan-bahan muzik mereka yang pelbagai. Dan beberapa band lokal yang bagus terus mengorek tanah dengan kuku masing-masing untuk keluar dari gua (pintu keluar masuk sudah ada pun), bukan untuk mahu dikenali, tetapi saja mahu cari jalan susah! Bukan begitu, setiap peseni (sebenar) hanya mahu karyanya dikagumi dan dihargai, bukan sebab kerana persetujuan majmuk, tetapi sebab kerana terpilih oleh citarasa tersendiri. Dan kalau boleh, ia menjadi pilihan ramai orang.

Sejak tahun lalu, terma indie kerap disebut dan indie dikatakan sudah menjadi trend terkini. Bila menjadi trend banyak benda yang akan muncul. Trend bermaksud satu arus dan arus ini makin lama makin besar, dan akan bersambung dengan arus utama dan akan membentuk delta yang luas. Ini bukan geografi ya, tapi satu metafor saja…

Di sini, ego masing-masing makin tercabar. Siapa yang berjaya, mungkin terasa bongkak. Siapa yang berusaha, mungkin rasa bertanggungjawab, dan mungkin turut bongkak dan siapa yang ketinggalan, mungkin terasa-rasa. Jadi, Bagi aku, apa yang penting ialah kita ini berada dalam satu delta yang bernama Malaya. Dan yang lebih baik untuk mencipta arus baru yang berbeza supaya petani boleh menanam sayur dengan baik, ya tuan-puan.

Bagi aku, sentimen nasional aku terus menggelegak, kerana beberapa radio-radio tempatan terus-terusan memainkan lagu-lagu dari seberang yang tidak berkualiti, sekadar kerana popular di sana. Itu adalah arus baru di sana dan ia terdorong untuk berlinangan di sini pula. Aku kerap mendengarnya di radio, dan sebaik sahaja aku menghidu ia adalah dari seberang, aku cepat-cepat menukar ke stesen lain. Yeah, aku hanya dengar lagu berkualiti sahaja. Itu tidak terkecuali bagi band-band lokal juga.

Oleh itu, tidak terkesan jika kuota 90 peratus dikuatkuasakan kerana kita sendiri sudah boleh buat pilihan, yelah… dalam dunia serba canggih kini. Itu hanya pendapat aku, yang hanya ingin yang berkualiti, hatta dari barat sekalipun. Yep, tak semua dari barat itu berkualiti, yang terkini filem Tropic Thunder arahan Ben Stiller!

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Oh, kembali kepada cerita Kami…

Watak-watak rebel yang mewarnai Kami amat provokatif dan senang dikaitkan dengan semangat anak-anak muda yang kerap melawan ibu-bapa. Kamu tak kan tak tau pulak. Aku suka menontonnya di TV bersama anak-anak, yang sudah boleh menghafal lagu pembukaannya, “lalalalalalalala….!!”

Kami ialah antara pakej komersil muzik yang paling berjaya tahun 2008 ini, kerana didokong stesen TV paling kontemporari 8TV, diketuai Ahmad Izham Omar. Izham sudah memang terkenal dengan usaha-usaha membawa idea baru sejak dua dekad lalu dan terbukti amat berjaya. Kami ialah antara kesinambungan idea tersebut.

Tetapi aku belum pernah menonton filemnya, mungkin sibuk berhari raya dengan keluarga dan tidak sempat pun melawat panggung wayang, atau belum tertarik untuk menontonnya lagi. Bagaimanapun, Kami ialah kuda tunggangan yang pantas bagi band-band dengan idea segar muncul melalui pintu gua yang terbuka luas.

Cuba pejamkan mata kamu dan kaitkan pernyataan-pernyataan di atas dengan metafor-metafor tersebut.

Dalam dunia seni Malaya kini, pertembungan idea lama dan baru atau idea bercanggah sesama generasi semakin berintegrasi. M. Nasir dan Malique berjaya dengan lagu mereka dan beberapa kolaborasi bercanggah turut mempunyai essence yang baik. Intipati muzik dengan corak baru ini menjadi lebih kaya, tetapi itu terpulang kepada persefahaman di antara kolaborator- kolaborator tersebutlah. Tetapi yang pasti, perlu lebih banyak usaha sebegini supaya lebih banyak arus akan muncul dan ia tidak berkesudahan. Jadi, delta kita akan terus subur dan kaya dengan arus baru. Cuba pejamkan mata kamu… sambil dengar lagu-lagu dari band dalam gua yang ada potensi besar seperti Zip Zieller. Cuba? SEIR

 

soilwork di kuala lumpur

In band, berita pantas on May 5, 2008 at 9:33 am

Sedikit propaganda lagi mengenai sebuah band Sweden yang mahu main Malaysia! EDITOR

Soilwork – Live In Kuala Lumpur. Kuala Lumpur, 28th April 2008

Soilwork, sebuah band yang dikategorikan sebagai New Wave of Swedish Melodic Metal akan berada dan membuat persembahan pada 25 mei 2008 di Ruums Club, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Band yang berasal dari Helsingborg, Sweden ini memilih hanya Kuala Lumpur untuk rantau Asia Tenggara sebelum ke Sepanyol.

Walaupun ramai peminat mereka di sekitar rantau ini seperti Thailand, Singapore dan Indonesia, Soilwork terpaksa untuk melepaskan peluang untuk bermain di negara-negara lain disebabkan jadual yang terhad. Mengikut ejen rasmi promoter, The Agency Group menyifatkan ia adalah kerana masa yang begitu terhad dalam pemenuhan jadual ‘world tour’ konser di Japan, Taiwan, China dan serata Europe dan America.

Soilwork Live in Kuala Lumpur adalah sebahagian dari Soilwork world tour sempena promosi album terbaru mereka ‘Sworn To A Great Divide’, yang diedarkan di Malaysia oleh Carbon Eight.

Carbon Eight memberi keyakinan kepada Soilwork dalam kemasukan album-album mereka ke Malaysia kerana Soilwork mempunyai peminat tersendiri yang mempunyai keinginan yang besar untuk melihat sendiri persembahan live Soilwork dan memiliki album-album yang original.

Album Soilwork yang sebelumnya, Stabbing The Drama mendapat perhatian majalah-majalah rock antarabangsa dengan memberi komen yang memberansangkan dari segi teknik rakaman dan penusunan lagu itu sendiri. Rob Halford dari band rock lagenda, Judas Priest, menyifatkan Soilwork adalah sebuah band yang perlu diberi perhatian dalam milinium baru ini.

Soilwork adalah pemuzik metal yang profesional dan mementingkan mutu dan qualiti sesebuah album metal. ‘Sworn To A Great Divide’ dirakamkan di Not Quite Studio, Helsingborg, Sweden. Vokalis Soilwork, Björn “Speed” Strid sekali lagi berkolaborasi dengan Devin Townsend (seseorang pemuzik yang berpengaruh dalam arena muzik metal)

PNB Darby Park adalah penaja tempat penginapan untuk Soilwork sepanjang berada di Malaysia.

Koffin Kanser, Sil Khannaz, Incarnation, Cassandra, Damokis, dan Love Me Butch adalah band-band tempatan, dan dipilih menjadi pembuka, dipilih kerana sumbangan mereka yang padu dalam arena muzik metal tanahair.

Peminat-peminat boleh melayari http://www.carbon-eight.com atau email kepada hello@carbon-eight.com untuk mendapatkan informasi terkini tentang showcase ini.

SOILWORK World Tour

Live in Kuala Lumpur

Date:– 25th May 2008, Sunday

Venue:- The Ruums Club, Jalan Sultan Ismail.

Show Time:- 5:00 pm – 10:30 pm

Muat Turun hi-res Soilwork Foto di sini.

For more info of the band, sound clips, video please Ctrl-click one of these link.

For inquiries of the press release please contact:

Carbon Eight Events Division Office (AS0280890) Tel : + 604 734 4106 or email to hello@carbon-eight.com

nota dari butterfingers

In band, berita pantas on April 29, 2008 at 10:05 am

Minggu lepas, Melodi lebih mesra-Butterfingers ketika mereka memainkan klip video terbaru band ini; 1000 tahun (mahu hidup). Dan di laman YouTube, ada juga termuat klip-klip baru Butterfingers dan juga dua bahagian temuramah dengan Shanon Teoh dari NST. Google sendiri.

Kepada yang belum berkesempatan mengikuti perkembangan ini, sila periksa-ia-keluar.  Butterfingers kembali, dan entah bagaimana momentumnya kali ini… Harapan sentiasa pada paras yang tinggi bagi hasil-hasil kerja band ini daripada peminat mereka. Mungkin ada kejutan-kejutan nanti.

– Hafiz –

kugiran dengan nama kiri

In band, dilema muzik, rebiu album on April 29, 2008 at 6:51 am

 

(Foto kredit: MusicForum)

Beberapa teman sudah pun mengulas serba sedikit tentang Forum Muzik dengan band KIRI tidak lama dulu.   Mendengar CD terbaru mereka – RU 13 – rasanya tidak banyak ‘keseronokan’ yang terkandung. Nama KIRI itu juga rasanya tidak dibawa dengan baik oleh band ini. Kapasiti nama tersebut berat, dan mungkin mereka tidak menyelami maksud itu barangkali. Tapi, tak juga menjadi masalah sebenarnya, cuma harapan ke atas nama itu sedikit tersasar.

Tema hibrid pada siaran akhbarnya akan cepat difahami. Terlalu banyak elemen muzik – genre – yang cuba disumbat di dalam lagu2 mereka.  Terlalu fokus terhadap hal itu – kosmetik penciptaan lagu -menjadikan mereka terlepas pandang kepada zat-zat nature atau setempat yang sepatutnya dibawa sama dalam komposisi. Bunyinya seperti faktor-faktor ini tidak di’blend’, tetapi hanya dicampur aduk saja. Ini menjadikan ia hilang bisa.

Saya tak tahu. Pertama kali menonton video muzik mereka pun saya agak tercengang – tak faham. Stail ada, namun sedikit lopong. Tetapi ‘semangat’ dalam lagu-lagu mereka tak sampai. Melihat kepada tajuk-tajuk lagunya pun sudah cukup untuk merasakan apa yang ada untuk mereka tawarkan: Tong, 20 %, Anak Isterimu – antara beberapa nama yang saya ingat, tiga lagu terawal album ini.

Namun, sebagai sebuah band ada dana untuk membuat rakaman – diuruskan oleh Rock Unite mungin – hasil rakaman pada saya ada mempunyai sedikit kekuatan. Maksud saya, kualiti rakaman bila kita dengar diradio atau pemain CD, tetapi bukan sound KIRI sebagai sebuah band. Sound mereka cair dan terlalu digital bunyinya. Tak salah jika mereka memang mahu untuk berada dicelah-celah band moden yang menimbun dan tak hirau hasilan bunyi sesebuah band.

Terakhir, usaha KIRI harus dipuji. Mungkin, selepas ini mereka perlu banyak bermenung untuk mencari jalan lain untuk ke daerah lain dalam muzik mereka. KIRI perlu lebih berani dan pada sisi-sisi tertentu, menjadi lebih ‘radikal’. Kepada KIRI, mungkin lagu 20% itu lebih ‘selesa’ jika tajuknya diberikan nama Korupsi atau Songlap. Kamu, cuba dengar lagu ini.

Dua tulisan lain yang menyingkap perkara yang sama ada di sini dan di sini.

– Hafiz –

Noh Hujan Menjawab

In band, The SEVEN (Only) on April 28, 2008 at 4:47 am

Hujan ialah antara band baru yang tak boleh ditahan-tahan naiknya. Banyak kredit tertimpa pada penyanyi dan penulis lagunya, Noh. Sedikit karisma cool menonjolkan lagi Hujan dengan pelbagai komen dan pandangan sinis dari golongan kapak lama. Tetapi tsunami memang tak boleh ditahan, walau dengan tembok besar, inikan pula dengan kata-kata. Noh menjawab TUJUH soalan yang ringkas, dijawab juga dengan ringkas tetapi pantas pula dibalas emelnya. Sempat juga mamat ni tengok emel walau show Hujan amat lebat! Yeah… lumayan sekali. Apa-apa pun, baca aja perbualan di bawah… SEIR

Photo: Remin Noir

1. Apa komen bila ada orang kata suara anda terlalu monotonous?

Terlalu monoton ? saya ok jer bro. nak nyanyi btol2 pun takleh, so
apa komen saya terima.

2. Muzik Hujan saya fikir, amat dinamik. Mungkin kerana ada sedikit suntikan pendidikan formal muzik dari band members kot?

Dari susunan lagu kita memang buat diskusi dengan ahli2 kumpulan
memandang noh seorang je takder pendidikan formal utk musik. tapi pada
sesetengah faktor noh kena letakkan had kerana takut lagu yang noh
tulis lari dari apa yg noh dah gambarkan.

3. Muzik Indon semakin mencengkam sekarang, apa pandangan mengenai band-band Indon dalam masa lima tahun lagi?

Mencengkam ker ? no komen.

4. Band-band lokal yang banyak memberi pengaruh pada anda. Siapa ya?

Band2 local? banyak ! antaranya butterfingers, oag, the times,
radiostar, letak 2 muka
surat pun tak abis bro…

5. Bersedia untuk pergi lebih jauh? Sedia dari segi apa kot?

Bersedia dari segi ketahanan mental, emosi dan fizikal! macam
nasional service!

6. Tema-tema lagu Hujan banyak yang dalam dan real. Dah bersedia untuk buat lagu cinta buta/jiwang karat? Haha…

Bukan soal bersedia ker tak, kalo idea tu datang kita just buat. tak kisahlah pasal apa pun. lagi lagi pasal cinta.

7. Beberapa band baru yang menarik minat kamu?

Band2 baru ? haisshhh banyak!