rawkcarpark

Archive for the ‘band’ Category

tenaga.semangat.bunyi

In anekdot, band, berita pantas, buku on June 9, 2011 at 2:31 am

Sedikit transkripsi teks di dalam buku Konsert 40 Tahun Sweet Charity Bagaikan Bermimpi di Esplanade pada 31 Mei 2009:

KONSERT 40 TAHUN SWEET CHARITY Bagaikan Bermimpi

Teks: Seir Rashid
Fotografi: Syamsul Bahari

Tempat: Dewan Konsert Esplanade, Singapura
Tarikh: Ahad, 31 Mei 2009
Jam: 8.00 malam

“Malam ini bukan malam yang biasa… malam ini pasti malam kenangan.

Malam ini ialah malam persembahan yang pasti sukar dilupa.

Malam ini, telah tercatat dan terpapar di sini, ialah satu malam penghargaan yang sukar diucapkan Sweet Charity, cuma rasa kesyukuran tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla kerana menganugerahkan nyawa, bakat dan usia agar Semangat, Tenaga dan Bunyi ini terus bergema selama 40 tahun ini…

Malam ini segala-galanya bagaikan bermimpi. Bagaimanapun, untuk sampai ke saatnya malam ini, insan-insan yang diraikan itu serta pengikut-pengikut setia mereka yang tegar pasti tidak dapat dapat melupakan setiap saat yang telah berlalu sejak 40 tahun lalu.

Ada kelahiran dan perpisahan, rasa gembira dan hiba, kekangan dan kebebasan, kejayaan dan kegagalan, kemeriahan dan kemuraman dan banyak lagi perasaan yang terakam di minda. Bagaimanapun, semua itu pasti diubati dengan satu bentuk penyatuan semula serta keraian seni yang unik, yang hanya terlahir dari kumpulan pemuzik berbakat tinggi ini.

Bagi Sweet Charity, muzik ialah sesuatu yang sentiasa hidup dalam kehidupan seharian mereka selama 40 tahun, dan malam ini mereka akan meraikannya dengan penuh prestij, bermain di sebuah tempat yang bernama Dewan Konsert Esplanade, kubah berbentuk durian yang terkenal dan bertaraf antarabangsa di Kota Temasek ini.

Ramli Sarip, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaafar dan sudah beberapa kali bertemu dan berlatih bersama di sebuah studio di Singapura. Malam ini mereka berempat merasa tenang, tetapi cukup teruja untuk naik ke atas pentas dan melampiaskan tenaga muzik yang telah berkembang dan semarak selama 40 tahun, walaupun perjalanan ke sini tidak akan dapat lari dari dugaan dan cabaran.

Perjalanan ke sini…

Kali terakhir Sweet Charity muncul bersama sebelum konsert malam ini ialah pada 14 Jun 2008, di sebuah persembahan yang dinamakan Konsert Hari Bapa, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Konsert yang mendapat sambutan itu mendapat ulasan positif oleh media-media Malaysia dan Sweet Charity mula bercakap tentang usia mereka yang sudah mencapai 39 tahun ketika itu, satu jangka usia yang panjang bagi sebuah band Melayu (jelas sekali, yang paling lama).

Mereka mula berkira-kira untuk menyambut ulangtahun Sweet Charity pada 2009 dengan satu siri persembahan yang gemilang, khas untuk peminat yang masih dahagakan kelibat pemuzik-pemuzik yang masih belum bersara ini. Bagaimanapun, bukan sukar untuk ke situ, khasnya untuk memberi keyakinan kepada penganjur bahawa Sweet Charity masih berbisa dan mampu menarik ramai orang ke tempat persembahan….”

Sebuah biografi lengkap Sweet Charity bertajuk Tenaga.Semangat.Bunyi kini sedang disiapkan. Mungkin dilancarkan sekitar hujung tahun 2011.

SEIR RASHID

libretto

In band on February 25, 2010 at 8:24 am

Libretto
Disc:Losure
2008

Libretto meraikan muzik-muzik millenium. Kitaran emosi yang sarat, variasi melodi ringan dan menggenggam halwa telinga generasi-generasi peminat muzik dan bunyian baru. Kerap mengingatkan kita kepada band-band seperti Sparta. Dan Hundred Reasons mungkin, yang penuh dengan pernyataan-pernyataan muzik yang tidak mahu pemusatan stereotaip.

 Rakaman EP ini kemas dan jelas, dengan lima lagu (dan muzik) yang akan menyenangkan selera kamu. Ia dibuka dengan susunan muzik Synthesizer yang ringkas padat. Juga ditutup dengan lagu sama di dalam komposisi yang berbeza. Di antara dua lagu ini, bunyi-bunyian (dan kesan bunyi) alat muzik elektrik dan elektronik yang eksperimental akan kedengaran dan membuai-buai juga. Entah macam mana, telinga perempuan lebih lekas meramahi muzik Libretto. Sekali-dua dipasangkan, sudah tersangkut hati. Buat ketika ini, Libretto berhibernasi disebabkan tuntutan kerja hakiki. Beberapa waktu di dalam tahun 2008, mereka pernah membuat penampilan live, termasuk di Laundry Bar, The Curve – dan mendapat pujian berbekalkan muzik dan kesungguhan yang dipamer.

Kepada yang terlepas untuk mengenali band ini, salinan EP Disc:Losure masih boleh diperoleh dengan menghubungi terus Libretto; libretto_band@yahoo.com dan nazrulhakimputra@yahoo.co.uk atau layari myspace.com/librettoband.

Jangan merajuk jika mereka lewat membalas emel-emel kamu, kerana mereka mungkin sedang berada di tengah lautan entah di mana, mencari ilham-ilham baru untuk membikin muzik lagi.

Selamat menikmati.

Lagu-lagu:

Skies & Robots (Lufturnich)
Novelist, The
Ho-Ja
They’re Here But We Ain’t Ready
Skies & Robots (Mechanism)

-HH, 25 Februari 2010.

gene simmons ‘mengulas’ NIN di singapura

In band, kultur/budaya, ulas on August 12, 2009 at 6:59 am

dipetik di blabbermouth.net:

KISS bassist/vocalist Gene Simmons has posted a brief review of NINE INCH NAILS‘ August 10, 2009 concert at Fort Canning Park in Singapore.
Simmons, who was in Singapore on business, wrote in an apparently sarcasm-filled posting on his Facebook page, “Went to see Trent Reznor‘s [NINE INCH NAILS mainman] band. About 1,000 people attended the outdoor event. On other days (it’s a three-day festival), it’sLADY GAGA and KEANE. Band was solid. Good lights. Lots of smoke in every song. Couldn’t see the band. But, boy, was there a lot of smoke. Terrific drummer, who played in perfect time with the tape loops. Good stuff… I loved it.”

Reznor stated in a recent interview that he’d “never want to be Gene Simmons, an old man who puts on makeup to entertain kids, like a clown going to work.”

When asked about Reznor‘s comments by a fan in the “Letters From Fans” section of Simmons‘ web site, Gene replied, “No worries. Trent grew up on KISS and cut his teeth on our toons. When he was recording‘Downward Spiral’, he had two action figures on his mix console — Jesus and Gene Simmons.

“Once you’re a self confessed heroin addict, who used the stuff for years, you don’t look at life the way the rest of us do… I’m told.

“We all wish him well.”

sweet charity: the legend lives

In band, kultur/budaya on July 15, 2009 at 1:10 am

Aku sedang mencuba-cuba membuat editing video. Ini hasilnya. SEIR

freedom music fest 2009

In band, berita pantas on June 17, 2009 at 12:03 pm

n105474087640_7592

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5 Julai 2009

2.00 ptg sampai 12.00 malam

Dewan Utama MCPA, Kuala Lumpur

Tiket: RM20 (pre-sale), RM25 – dengan pelekat percuma

INXS – band hebat dari bawah sana (down under)

In band, buku on May 30, 2009 at 7:52 pm

INXS.0

INXS

Story to Story

Anthony Bozza

Telah lama aku tak menulis untuk blog ini, membuatkan aku rasa bosan/benci setiap kali membukanya – kerana asyik terpandang muka Cobain Unseen sahaja (mungkin dalam beberapa bulan juga).  OK. Baru-baru ni aku telah meminjam sebuah buku biografi band INXS, sebuah band yang aku kurang faham sebenarnya. Mungkin kegemilangan  zaman rock stadium itu telah di’TERJAH’ (ee.. geli aku guna ayat tu) oleh band ini dengan suntikan neo-funk menjadikan era new wave sekitar pertengahan 80-an Amerika/Eropah ialah zaman milik mereka? Mungkin. Atau aku kurang senang melihat seluar kembang, rambut gaya Bob Geldof atau tidak kenal dengan Paula Yates? Yang pasti, aku suka Queen yang tetap hebat di era ini dan tak peduli pun dengan Live Aid pun. OK. Berbalik kepada buku tadi… Buku ini ialah satu-satunya buku biografi yang diiktiraf oleh ahli-ahli band ini setelah kematian penyanyinya, Michael Hutchence sekitar 97, kalau tak silap yang telah menghasilkan berpuluh-puluh buku lain yang menceritakan tentang band dari Australia ini. Seorang peminat pernah berkata, Michael Hutchence atau Hutch ialah ‘yang terhebat’ selepas Jim Morrison. Sememangnya begitu… sila rujuk link di atas ya. OK. Kembali kepada buku tadi. Story to Story ditulis Anthony Bozza dengan jelas dan cermat serta teliti tentang pengaruh, perjalanan serta pengorbanan band ini dalam mencari pengiktirafan antarabangsa setelah berhempas-pulas di negara sendiri dengan membawakan stail muzik yang melawan arus biasa. Mereka dikatakan Prince versi caucasian dan membuka arus terawal funk rock seperti RHCP dan seiring membawa idea muzikal dance-rock seperti U2 (era Zooropa). Pendek kata, gelodak new wave hujung 80-an di Amerika ialah INXS. Kesimpulan yang aku buat setelah membaca buku yang agak tebal ini ialah, kejayaan mereka di seluruh dunia terletak kepada kesungguhan mereka membuat persembahan bersama tak kira di mana sahaja, hatta di sebuah pekan lombong terpencil yang panas sekali di Australia. Buku ini menarik dan akhirnya aku faham dengan INXS yang namanya dipilih bertujuan untuk menggambarkan yang band ini sukar untuk difahami. Inaccessible.

SEIR

sweet charity berkonsert sempena 40 tahun!

In band, berita pantas, buku, classic on January 27, 2009 at 7:57 am

“Sweet Charity mempersembahkan susunan muzik tersendiri ketika kemunculan awal mereka. Mereka boleh dikatakan membawa satu suasana baru dan lebih ‘maju’ dari apa yang ada di sini. Sebenarnya, pendekatan muzik mereka setara dengan stail muzik antarabangsa ketika itu.” – Rom, ROTTW

Band yang menjadi pemangkin kebangkitan rock di Malaysia & Singapura ini akan bergabung semula pada tahun ini. Sempena 40 tahun Sweet Charity wujud, Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Rahman Sarbani, AJ dan Wan Ahmad akan bergabung kembali semula untuk peminat muzik (khasnya rock) tegar.

sweetcharity

Sweet Charity, band yang sering menjadi modul muzik band-band rock pelbagai stail ini akan memulakan siri tour konsert mereka di Singapura pada awal Mei dan kemudiannya akan ke Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Yang pasti, berita mengenai konsert 40 tahun akan keluar tidak lama lagi.

CD Boxset Sweet Charity yang pasti istimewa akan turut dikeluarkan. Sebuah buku biografi band lagenda ini juga turut dirancang dikeluarkan sempena konsert bersejarah tersebut.

“Kalau mendengar album Sweet Charity, mungkin terasa bunyinya kurang menyengat. TETAPI kalau tengok konsertnya, perghhhh!!!” – Jimi, peminat muzik rock tegar

“Aku pernah menangis bila menonton Sweet Charity semasa mereka main di Stadium Negara dulu…” – Jaie, vokalis Sil Khannaz