rawkcarpark

Archive for the ‘anekdot’ Category

tenaga.semangat.bunyi

In anekdot, band, berita pantas, buku on June 9, 2011 at 2:31 am

Sedikit transkripsi teks di dalam buku Konsert 40 Tahun Sweet Charity Bagaikan Bermimpi di Esplanade pada 31 Mei 2009:

KONSERT 40 TAHUN SWEET CHARITY Bagaikan Bermimpi

Teks: Seir Rashid
Fotografi: Syamsul Bahari

Tempat: Dewan Konsert Esplanade, Singapura
Tarikh: Ahad, 31 Mei 2009
Jam: 8.00 malam

“Malam ini bukan malam yang biasa… malam ini pasti malam kenangan.

Malam ini ialah malam persembahan yang pasti sukar dilupa.

Malam ini, telah tercatat dan terpapar di sini, ialah satu malam penghargaan yang sukar diucapkan Sweet Charity, cuma rasa kesyukuran tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla kerana menganugerahkan nyawa, bakat dan usia agar Semangat, Tenaga dan Bunyi ini terus bergema selama 40 tahun ini…

Malam ini segala-galanya bagaikan bermimpi. Bagaimanapun, untuk sampai ke saatnya malam ini, insan-insan yang diraikan itu serta pengikut-pengikut setia mereka yang tegar pasti tidak dapat dapat melupakan setiap saat yang telah berlalu sejak 40 tahun lalu.

Ada kelahiran dan perpisahan, rasa gembira dan hiba, kekangan dan kebebasan, kejayaan dan kegagalan, kemeriahan dan kemuraman dan banyak lagi perasaan yang terakam di minda. Bagaimanapun, semua itu pasti diubati dengan satu bentuk penyatuan semula serta keraian seni yang unik, yang hanya terlahir dari kumpulan pemuzik berbakat tinggi ini.

Bagi Sweet Charity, muzik ialah sesuatu yang sentiasa hidup dalam kehidupan seharian mereka selama 40 tahun, dan malam ini mereka akan meraikannya dengan penuh prestij, bermain di sebuah tempat yang bernama Dewan Konsert Esplanade, kubah berbentuk durian yang terkenal dan bertaraf antarabangsa di Kota Temasek ini.

Ramli Sarip, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaafar dan sudah beberapa kali bertemu dan berlatih bersama di sebuah studio di Singapura. Malam ini mereka berempat merasa tenang, tetapi cukup teruja untuk naik ke atas pentas dan melampiaskan tenaga muzik yang telah berkembang dan semarak selama 40 tahun, walaupun perjalanan ke sini tidak akan dapat lari dari dugaan dan cabaran.

Perjalanan ke sini…

Kali terakhir Sweet Charity muncul bersama sebelum konsert malam ini ialah pada 14 Jun 2008, di sebuah persembahan yang dinamakan Konsert Hari Bapa, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Konsert yang mendapat sambutan itu mendapat ulasan positif oleh media-media Malaysia dan Sweet Charity mula bercakap tentang usia mereka yang sudah mencapai 39 tahun ketika itu, satu jangka usia yang panjang bagi sebuah band Melayu (jelas sekali, yang paling lama).

Mereka mula berkira-kira untuk menyambut ulangtahun Sweet Charity pada 2009 dengan satu siri persembahan yang gemilang, khas untuk peminat yang masih dahagakan kelibat pemuzik-pemuzik yang masih belum bersara ini. Bagaimanapun, bukan sukar untuk ke situ, khasnya untuk memberi keyakinan kepada penganjur bahawa Sweet Charity masih berbisa dan mampu menarik ramai orang ke tempat persembahan….”

Sebuah biografi lengkap Sweet Charity bertajuk Tenaga.Semangat.Bunyi kini sedang disiapkan. Mungkin dilancarkan sekitar hujung tahun 2011.

SEIR RASHID

kesimpulan dunia ‘hiburan’ sekarang 1

In anekdot, Esei on December 30, 2009 at 4:16 am

Dah lama aku tak tulis di sini. Tajuk di atas cuba dicipta ringkas, padat dan kompak konklusinya.

KESIMPULAN 1:

DUNIA ARTIS-MARTIS MALAYSIA = SKIM CEPAT KAYA

SEIR

forum ramadhan

In anekdot, berita pantas, Politik on August 28, 2009 at 4:01 am

Jemputan buat semua pembaca SM.

Tajuk :  Di mana Muzik dalam Politik Islam?
Tarikh :  02 Sept. 09
Masa :  10.00 malam
Tempat :  Studio Pocket, Puchong Utama

Panel :

Nasrudin Hasan – Ketua Dewan Pemuda PAS
Shanon Shah – Artis ( Pemenang AIM )
Zainal Abidin – Artis ( Penyanyi ).

Moderator :

Fathi Aris Omar

Penganjur Dialog :  MusicForum

Dialog ini berusaha untuk mencari titik pertemuan atau kesepakatan dalam memahami peranan dan tanggungjawab dari dua bidang, muzik dan politik. Teman-teman di jemput sama hadir. Bisa kongsi pandangan, ide dan kritikan secara terbuka.

Mazir Ibrahim,
MusicForum.

T: 012-3447099


stesen radio la la la…

In anekdot on September 3, 2008 at 9:13 am

Mendengar radio adalah perkara membosankan. Maksud di sini adalah pilihan lagu. Banyak yang diulang-ulang. Kalau seharian kamu mendengar radio, mulai hari ini tolong kirakan berapa banyak lagu yang dimainkan secara berulang-ulang dan bilangan ulangannya. Mereka akan katakan yang pendengar yang ingin mendengar lagu-lagu itu semua. Ok, betul. Kita terima.

Kerana dah malas dengan semua ini, saya kadang-kadang tidak menghidupkan langsung radio di dalam kereta (itu adalah satu-satunya waktu radio berkumandang di dalam hidup saya).

Untuk itu, minggu lalu saya menghabiskan banyak duit untuk membeli CD-CD yang mungkin dapat membantu menceriakan hidup. Hampir semua album daripada lapan buah semuanya yang dibeli adalah daripada tahun 90an. Mendengar kebanyakan muzik-muzik baru tidak memberikan kepuasan kerana saya ada masalah dengan radio – atau stesen radio sebenarnya! Jadi, muzik yang selalu berkumandang di corong sana – atau yang sering berasosiasi dengannya – saya sudah muak.

Ini lapan album yang mengembirakan hati:

1. Alice In Chains – Jar Of Flies EP (1994)
2. Meor – Sakrat (2008)
3. The Stone Roses – Second Coming (1994)
4. Meat Puppets – Too High To Die (1994)
5. Rancid – …And Out Come The Wolves (1995)
6. Sigur Ros – Takk (2005)
7. Radiohead – My Iron Lung (1994)
8. Embrace – The Good Will Out (1998)

Mungkin kamu juga mahu berkongsi album-album yang boleh membantu saya untuk jadi lebih gembira? Harap bantu!

– Hafiz Hamzah –

purevibracion is burnin

In anekdot, The SEVEN weekly on July 16, 2008 at 11:48 am

Dear friends and readers, glad to acknowledge and to extend the existence of the band that I’ve known very well. The band has already grow tight in their playing and had gather a generous number of followers. Here’s Purevibracion with Burnin! SEIR

Dream Theater @ Singapore: The January Bashing

In anekdot, band, dilema media, new music, The SEVEN weekly, ulas on April 8, 2008 at 1:17 am

Walaupun Dream Theater sudah bermain di Singapore pada Januari lalu, sedikit rangkuman pengalaman dari Ellary di sini bolehlah dijadikan imbasan kembali persembahan yang mungkin sukar dibuat di Malaysia. EDITOR

A rocking chaos in Singapore..

Place : Fort Canning Park, Singapore

Tour : Chaos in Motion – Asian Tour by Dream Theater

Date : 17th January 2008

Time : 8.00 pm

I was not a fan of Dream Theater previously. I knew the band in 1998 but they did not turn on my interest to listen their “ordinary materials” like Metallica and Nirvana. But my perception went wrong when my college-mate playing the DT – Live in New York concert (after the album of Scenes from A Memory released) on his PC. I had a jaw-dropping moment after watching their mind-boggling playings. The fact is – this band has attracted me to watch its second concert in Singapore, which I assume this is my first time experience of watching an international concert out of Malaysia. It is one of the best rock shows I’ve ever seen!!. Crazy enuff? Yes, I had to take a trip down to Singapore from Kuala Lumpur and it was worth it. Listening to DTs music on the album is just great, but seeing them live is the best thing in the world!

The show kicked off at 8.00pm SHARP!! I had been standing in front of the barricade since 7.00pm. The moment the lights went down the place went nuts!!! DT started off the show in the best possible way. The first song was Constant Motion. Throughout the 2 hour show, the band mostly played songs from the latest album “Systematic Chaos” such as The Ministry of Lost Souls (we crowd sang the riffs!!), Prophets of War, The Dark Eternal Night, In The Presence of Enemies Pt 2. It was an exhilarating experience to see four of the most respected and technically advanced musicians — John Petrucci, Mike Portnoy, John Myung, and Jordan Rudess to show theirs unlimited mind-boggling musical techniques to tantalizing the fans. They kept us all captivated with genius virtuoso skills and rocking out the fans with their vibrant and powerful live show. Every single member of the band was in top form, Mike especially – and that new kit is absolutely astounding! I always thought he was the best drummer in the world, now it has been confirmed! It was very nice to see Jordan in front doing some keyboard vs guitar war solos with John Petrucci. It was awe-inspiring and I was stoked!

In the middle of the concert, the rain started to fall but it did not last longer. The crowd was simply awesome; we sang and cheered with the band throughout most of the songs (the exceptions being – obviously – the songs from Systematic Chaos, which most of the fans didn’t know by heart yet because it was just released last year). Finally we had the awesome Medley for the encore of Trial of Tears, Finally Free, Learning to Live and I forgot the rest lah… Sorry for not being able to provide a set list here as I hardly remember the sequence of the songs.

All in all, great night, great band, and great bunch of people I met!! Great set list (even my fave songs were not played though), great light show, great showmanship and nice cartoon displayed. Funny enough, Mike is the man behind the making of the cartoon production. We fans were silent for a while to watch it instead of seeing the band! I cannot rave enough about how amazing this show was. It was the experience of a lifetime, and I can’t wait to see them again Once again, just an incredible show! Dream Theater rocks the fans and they really put us in a chaos state of mind…

Ellary Petrucci

cromok resurface?

In anekdot, band, berita pantas on January 24, 2008 at 4:00 pm

The reunion of ‘the real’ Cromok is most likely to happen

Hari ni aku seperti biasa ke kedai muzik Yamaha membawa hati yang lara. Lara kerana lagha dalam kerja. Mahu mengubat hati sikit dengan memukul atau memetik atau menekan. Berjalan dari pejabat di Boulevard, Mid Valley City, ia hanya seperti hari biasa. Selepas menekan butang-butang piano Yamaha mencuba lagu yang tak boleh-boleh, Live & Let Die (Wings), aku mencuba memukul dram elektronik Yamaha. Di tepi sana, dikelilingi gitar-gitar berkilat-kilat, seseorang sedang memetik gitar dengan asyik masyuk sekali. Nampaknya pemain gitar ini bukan yang sebarangan. Petikannya bersih, laju, penuh konsentrasi, penuh tona dan bagai biasa kudengar. Tapi… di mana, ya?

Aku tak mampu nak main dram dengan fokus lagi kerana tertarik nak tahu siapa yang bermain itu. Batang dram kusimpan dan terus aku berjalan perlahan ke depannya. Ya… aku kenal orang ini! Dia ialah gitaris yang bermain dengan band yang bernama Cromok pada suatu masa di Australia dahulu. Dengan baju pejabat bertali leher warna merah, dia bukan seorang laskar kolar putih yang biasa. Dia ialah seorang rocker sejati, brader. Dan dia berjaya membuktikan itu hanya dengan hujung jarinya sahaja…

Ya tuan-tuan. Dia ialah Chot aka Karl dari Cromok dan aku menghabiskan hampir 15 minit melihat dia memetik gitar dengan tekun. Aku sempat juga mengambil video dengan telefon aku bagi menghasilkan ‘gambar bergerak’ yang cukup tidak berkualiti di bawah. Yang penting, dia memberitahu Cromok asal mungkin akan bergabung semula pada 15 Mac ini untuk sebuah konsert berskel antarabangsa yang dianjurkan syarikat acara sohor Pineapple Concerts.

“Mungkin Cromok dan Sheila Majid sahaja yang wakil Malaysia. Yang lain semua dari oversea,” kata Chot yang peramah dan suka tersenyum. Dia menukar amplifier bagi gitar Yamaha dan Ibanez yang dicubanya, dan katanya dia sedang dalam pencarian sebuah gitar yang sempurna. Dia menyambung, “diorang nak buat konsert macam apa tu…?” dia cuba mengingatkan namanya. Aku rasa aku pasti tahu, mungkin seperti Rentak Asia hampir sedekad yang lalu.

Minum teh bersama Chot di kedai mamak selepas itu melengkapkan salah satu fail hidup aku. Chot ialah anggota asal Cromok yang belum pernah aku jumpa. Arwah tu terkecuali.

Aku masih ingat, kali pertama mendengar Cromok ialah di sebuah rumah sewa rakan mat kilang yang berselerak, di Penang lebih 15 tahun lalu. Petikan gitar lagu Metallurgigal cukup mempesonakan walaupun aku bukanlah kaki metal sebenarnya dan ia merubah banyak sudut pemikiran dan pandangan aku.

Aku tak dapat jawab dengan baik apabila Chot tanya aku, dari sudut mana? Aku mungkin tak dapat menjawab dengan tepat juga sekarang tetapi itu adalah antara beberapa saat yang paling sukar aku nak lupakan sampai sekarang dan harusnya, aku akan ingat sampai bila-bila juga. Memang… sebenarnya ia terasa amat segar sekali dalam peti memori muzikal aku. Dear Chot, thanks for the teh tarik too!

SEIR

Mempersembahkan Chot aka Karl…