rawkcarpark

Archive for September, 2010|Monthly archive page

baca

In buku on September 1, 2010 at 7:38 pm

Kalau kamu menunggu untuk membaca cerita-cerita yang enak, di ruang-ruang yang sunyi kerana muzik semacam tak menemukan cangkuk baru di dalam hati, di sini ada beberapa judul berkaitan dunia muzik – moden dan klasik – yang sangat perlu ditelaah. Semoga kehambaran nanti jadi lebih bermakna. Kesunyian yang ditemani aksara-aksara yang bercerita tentang kisah jatuh bagun insan-insan muzika dunia.

Jangan malas baca.

1. The Autobiography Р Eric Clapton
2. The Rest Is Noise: Listening to the Twentieth Century – Alex Ross
3. Bob Marley: The Untold Story – Chris Salewicz
4. Bob Dylan: The Essential Interview – Jonathan Cott
5. John Lennon – Philip Norman

-HH, 2 September 2010.

Advertisements

selamat kembali, soundgarden

In berita pantas on September 1, 2010 at 7:04 pm

Majalah SPIN isu September 2010 meletakkan di muka depan mereka satu kepulangan band Seattle ke jalan-ranjau lama mereka. Soundgarden, pada 16 April 2010 mengadakan persembahan pentas pertama mereka selepas 13 tahun berpisah disebuah venue di Seattle. Itu, tentunya dibaca sebagai satu isyarat bahawa mereka sudah ada keperluan baru untuk kembali bersama – selepas projek-projek lain dan solo yang gagal.

David Peisner berkunjung ke Seattle untuk bertemu ke empat-empat anggota terakhir Soundgarden dan mengadakan temubual menarik. Artikel berkenaan boleh dibaca di sini.

Dalam perkembangan sama, Ben Shepherd dan Matt Cameron turut memberi kenyataan balas dan membidas cara Peisner mempotretkan mereka di dalam artikel berkenaan. Komentar Ben boleh dibaca di sini manakala respon Matt pula boleh dicapai di sini.

Selamat membaca. Selamat kembali, Soundgarden.

-HH, 1 Sept 2010.