rawkcarpark

sore

In album on March 10, 2009 at 9:52 am

sore2

Sore
Ports of Lima
Aksara Records
2008

Sepulang dari Jakarta Februari lalu, seorang teman menghadiahi saya beberapa buah tangan yang wujud hanya dalam dua format – himpunan kertas yang dipanggil buku dan juga cakera padat muzik artis tanah seberang.

Nidji adalah sebuah band yang saya rasa ada paparan muzik yang jelas dan mungkin kuat juga, tidak seperti kebanyakan hasil kerja band-band sana yang dilambak ke Malaysia. Maka dengan itu, cukup disedari,  album Top Up daripada band ini adalah satu daripada tiga CD yang saya terima.

Ada dua lagi album yang terselit. Mulanya, saya tidak begitu memberi perhatian yang detail kepada kedua-dua mereka. Namun, setelah ia tanpa gagal berputar terus-menerus dari dalam kereta dan di tempat kerja, lama-kelamaan dua album tersebut semakin menunjukkan belang. Lagu-lagu yang terhimpun seperti memberi isyarat bahawa mereka harus di dengari (dengan ketekunan)!

Dua album yang dimaksudkan ialah Sore – Ports of Lima dan Gugun and the Bluesbug – Turn It On.

Sore, melalui album kedua mereka ini – yang saya rasa tidak cukup nilai ‘komersil’ untuk dicampak ke Malaysia – mempamerkan satu ekplorasi muzik yang penuh warna-warni. Konstruksi yang ada pada kebanyakan komposisi muzik mereka tidak mudah dicerna. Mereka, pada tingkat tersendiri menggarap satu macam keasyikkan muzik moden yang longgar dan kompleks sekaligus penyuntik rasa pop yang melankoli. Muzik sebegini jarang gagal dan tidak memualkan.

Sore menganjalkan sejauh mungkin had-had yang mungkin memerangkap muzik mereka. Album ini bereksperimentasi bukan saja dengan aspek penulisan dan struktur lagu, tetapi juga melalui campur aduk alat muzik yang pelbagai – moden dan tradisional – dan tetap menjadikan semua ini relevan dengan muzik mereka. Orang akan menyukai atau tidak, itu bukan urusan mereka.

Melodi yang ada pada setiap lagu membawa bersama perasaan dan emosi yang dalam. Vokalnya tidak lunak – atau dalam bahasa mudah ‘tidak sedap’ – tetapi alunan suara yang ditonjolkan, dalam segala kesederhanaan yang ringkas, sentiasa memberi cerminan yang agak jelas ke atas cerita dan lirik yang digunakan.

Band ini tidak meletakkan apa-apa hal sebagai sentral perhatian mereka. Sekurang-kurangnya itu yang tampak pada reka desain kulit album dan pakej album ini. Ia seperti sebuah pendekatan dramatik, dengan kisah-kisah yang mahu disampaikan – dan mereka sebagai pelaku.

Mendengarkan album ini adalah seperti kita sedang belajar untuk menajamkan deria rasa agar dihari depan, kita akan segera menghidu muzik-muzik ‘lain’ yang lebih enak dan tidak lagi memberi perhatian kepada muzik yang berulang-ulang.

Hari ini kita mungkin percaya bahawa lagu-lagu yang keluar di corong radio adalah muzik yang segar, pop serta rujukan yang baik. Muzik yang kita dengar diradio – walaupun tidak sedap – akan menjadi ‘sedap’ juga bukan kerana ia bagus, tetapi disebabkan hari-hari kita menghadap benda yang sama itu.

Sore ini membuatkan saya percaya bahawa bukan muzik yang menjadi ukuran utama stesen radio – atau diperkenalkan di Malaysia – untuk memutarkan sesebuah lagu atau muzik. Yang menjadi keutamaan adalah bisnes mereka. Dengan itu, saya secara peribadi merasakan yang muzik-muzik yang baik sentiasa bergerak dan berkembang dengan kapasiti dan kualiti mereka yang tersediri untuk mendapatkan khalayak pendengar yang lebih luas.

Dengan mendengar kerja muzik Sore, belum ada lagi muzik-muzik band Indonesia yang diperkenalkan di sini boleh menandingi muzik yang Sore tawarkan. Saya juga percaya, di Malaysia ketika ini ada band-band yang berteraskan rock mampu menandingi kualiti muzik sebegini – sekiranya sikap tidak menjadi penghalang yang traumatik.

Jumpa mereka di sini.

* Gugun akan disentuh di lain waktu.

Hafiz Hamzah

  1. sore…apabila melihat video klip lagu mati hidup semula butterfingers ngan lagu sore iaitu cermin lebih kurang konsepnya …samaada secara kebetulan atau sama tapi x serupa tidak dapat dipastikan…..tapi sore memang mempunyai vibe yg tersendiri…..gugun pula sy pernah mendengar lagu mereka dari runut bunyi laskar pelangi…….

    • Dinamik kreativiti mereka yang mengasyikkan, walaupun produksi ala kadar. Dan, itu memerlukan kita berfikir – mana satu yang lebih penting, kreativiti band itu ataupun segala kelengkapan teknikal? – untuk menghasilkan sesebuah produk yang baik…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: