rawkcarpark

sweet charity berkonsert sempena 40 tahun!

In band, berita pantas, buku, classic on January 27, 2009 at 7:57 am

“Sweet Charity mempersembahkan susunan muzik tersendiri ketika kemunculan awal mereka. Mereka boleh dikatakan membawa satu suasana baru dan lebih ‘maju’ dari apa yang ada di sini. Sebenarnya, pendekatan muzik mereka setara dengan stail muzik antarabangsa ketika itu.” – Rom, ROTTW

Band yang menjadi pemangkin kebangkitan rock di Malaysia & Singapura ini akan bergabung semula pada tahun ini. Sempena 40 tahun Sweet Charity wujud, Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Rahman Sarbani, AJ dan Wan Ahmad akan bergabung kembali semula untuk peminat muzik (khasnya rock) tegar.

sweetcharity

Sweet Charity, band yang sering menjadi modul muzik band-band rock pelbagai stail ini akan memulakan siri tour konsert mereka di Singapura pada awal Mei dan kemudiannya akan ke Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Yang pasti, berita mengenai konsert 40 tahun akan keluar tidak lama lagi.

CD Boxset Sweet Charity yang pasti istimewa akan turut dikeluarkan. Sebuah buku biografi band lagenda ini juga turut dirancang dikeluarkan sempena konsert bersejarah tersebut.

“Kalau mendengar album Sweet Charity, mungkin terasa bunyinya kurang menyengat. TETAPI kalau tengok konsertnya, perghhhh!!!” – Jimi, peminat muzik rock tegar

“Aku pernah menangis bila menonton Sweet Charity semasa mereka main di Stadium Negara dulu…” – Jaie, vokalis Sil Khannaz

  1. ..Sweet Charity Lagenda Rock Melayu…antara konsert mereka yang paling best ialah di Tamn D.R. Ipoh dgn sound system yang canggih masa tu tegak tegak bulu roma mendengarkan nya..fuhh!! Sweet Charity!! Wellcome back..

  2. xsabar nak layan lagu batu dan penunggu dr sweet charity secara live!!!

  3. Terserempak dengan Abang Ramli di stesen Tanjong Pagar, yes dia confirmed ada konsert reunion Sweet Charity di Singapore bulan Mei ini… memang tak sabar beb!!!

  4. Jika sesiapa ada informasi terkini tentang konsert ini, sila kongsi. Saya dan kawan2 memang tertunggu2. Bila dengar pengumuman dr Saudara Ramli dlm satu rancangan di rangkaian astro, saya sentiasa tunggu perkembangan konsert. Tak pernah tengok konsert sweet charity tapi mmg suka dan respect saudara Ramli Sarip ! He’s a living legend ! Berpeluang jumpa saudara Ramli sewaktu konsert Alam M Nasir di IB, KL 1 March. Memang confirm ada konsert. So folks, keep the latest news posted !

  5. Sweet Charity memang confirm main di Esplanade, Singapura pada Ahad 31 Mei 2009. Check out http://www.sistic.com.sg/ for tickets.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: