rawkcarpark

Archive for January, 2009|Monthly archive page

sweet charity berkonsert sempena 40 tahun!

In band, berita pantas, buku, classic on January 27, 2009 at 7:57 am

“Sweet Charity mempersembahkan susunan muzik tersendiri ketika kemunculan awal mereka. Mereka boleh dikatakan membawa satu suasana baru dan lebih ‘maju’ dari apa yang ada di sini. Sebenarnya, pendekatan muzik mereka setara dengan stail muzik antarabangsa ketika itu.” – Rom, ROTTW

Band yang menjadi pemangkin kebangkitan rock di Malaysia & Singapura ini akan bergabung semula pada tahun ini. Sempena 40 tahun Sweet Charity wujud, Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Rahman Sarbani, AJ dan Wan Ahmad akan bergabung kembali semula untuk peminat muzik (khasnya rock) tegar.

sweetcharity

Sweet Charity, band yang sering menjadi modul muzik band-band rock pelbagai stail ini akan memulakan siri tour konsert mereka di Singapura pada awal Mei dan kemudiannya akan ke Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Yang pasti, berita mengenai konsert 40 tahun akan keluar tidak lama lagi.

CD Boxset Sweet Charity yang pasti istimewa akan turut dikeluarkan. Sebuah buku biografi band lagenda ini juga turut dirancang dikeluarkan sempena konsert bersejarah tersebut.

“Kalau mendengar album Sweet Charity, mungkin terasa bunyinya kurang menyengat. TETAPI kalau tengok konsertnya, perghhhh!!!” – Jimi, peminat muzik rock tegar

“Aku pernah menangis bila menonton Sweet Charity semasa mereka main di Stadium Negara dulu…” – Jaie, vokalis Sil Khannaz