rawkcarpark

album:black ice

In album, rebiu album, ulas on November 20, 2008 at 5:03 am

black-ice1

Black Ice
AC/DC
Columbia Records
2008

Ketika AC/DC pertama kali menjadi penghias muka depan majalah muzik dan budaya Rolling Stone (RS1065), itu mungkin kemuncak kepada sesuatu. Ini kerana, sepanjang 34 tahun AC/DC menjaja muzik mereka, RS tidak pernah mahu menjadikan mereka sebagai ‘cover’ langsung. Lapan tahun selepas kali terakhir menghasilkan album penuh, band ini masih mahu hadir dengan muzik yang mereka yakini. Di dalam album terbaru ini – Black Ice – mereka tidak mahu lari jauh dari trademark Rock ‘N’ Roll mereka yang sudah dikenali, dan ianya bukan satu usaha yang biasa-biasa.

15 buah lagu yang dihimpun di dalam Black Ice meletakkan mereka pada peta rock ‘n’ roll ‘cara lama’ dan sekaligus cuba mengesahkan yang keberadaan mereka – bersama muzik rock era lama yang di bawa – masih ada tempat tersendiri. Walaupun pada dasarnya tidak ada apa-apa pembaharuan yang ketara pada tulisan muzik mereka, satu perkara ini harus juga dipersetujui. AC/DC, walaupun sudah berusia – semua mereka berusia 50an waktu ini – band ini masih mampu mengunjurkan tenaga yang penuh untuk berkarya dengan cara paling mengkagumkan. Kita akan merasa dekat dengan semangatnya, energinya serta bagaimana album ini mampu melahirkan satu perasaan girang dalam hati pendengar (jika kamu pernah mendengar muzik mereka dan juga sudah faham rangka lagu-lagu AC/DC).

Angus Young kembali dengan Gibson SG dan sut sekolahnya, Malcolm juga datang lagi dengan gitar Gretsch pick-up-lompong dengan gaya menghadap timbunan amp, Brian Johnson dengan topi golfnya serta dua lagi ahli veteran, Cliff Williams (bass) dan Phil Rudd (drum). Semua mereka membawa bersama kegemilangan zaman mereka untuk dihampar pada tempoh waktu di mana perkembangan muzik sepatutnya tidak menyebelahi mereka. Tetapi, dengan segala kekuatan dan paling penting – keyakinan tunggal, mereka melabuhkan sayap sekali lagi.

Seperkara lagi yang menarik tentang AC/DC ini. Angus dan Malcolm selaku tonggak tidak membenarkan muzik mereka diedarkan secara online dalam format MP3. Namun, pada masa yang sama mereka menggunakan saluran lain daripada yang konvensyenal. Mereka melakukan usaha sama  dengan rangkaian hipermarket Wal Mart yang bersetuju memberikan segmen khas untuk band ini di seluruh rangkaian premis mereka. Hasilnya, setakat bulan pertama album tersebut menjengah pasaran, Wal Mart komited untuk menempah 2.5 juta salinan album ini – yang mana angka itu sudah cukup baik dalam keadaan industri muzik mereka sekarang.

Sepanjang album ini, lagu-lagunya akan mengembalikan rasa yang sama ketika kita mendengan masterpiece mereka yang lahir pada tahun 1982 dulu, Back In Black. Black Ice juga diangkat sebagai sebuah album yang mampu mengatasi sifat kesempurnaan Back In Black. Rock N Roll Train, single pertama dari album ini turut mengatasi populariti single terbaru Metallica dari album Death MagenticThe Day That Never Comes – yang kebetulan dilancarkan pada waktu yang hampir sama.

Black Ice didatangkan juga dengan siri edisi terhad. Logo merah adalah versi standard. Tiga lagi warna logo versi istimewa berkenaan yang turut mengandungi booklet tebal (sepatutnya) adalah; kuning, biru dan putih. (Untuk pasaran Malaysia, tidak pasti sama-ada variasi ini betul-betul edisi istimewa atau tidak.)

Selamat menjilat es krim terbaru dari AC/DC ini! Lazat…

-Hafiz Hamzah-

  1. Aku merasakan sedikit tertarik dengan keluarnye album Black Ice dari AC/DC ni walaupun this is for the 1st time aku dengar band ni. Ye lah… maybe aku ni macam katak bawah tempurung dalam hal2 musik. Aku nak mencari inisiatif untuk aku keluar dari tempurung dengan melawat blog ni yang aku dapat tahu dari news paper dengan harapan dapat la tambah info about musik. Even dapat sikit pun, ok la…
    So, dah banyak aku dengar about this album frequently popping-up on media. Mags, blog, music store and so on lah..
    Teringin jugak nak angkat 1 album ni bile kau kate single album ni dah mengatasi single death magnetic dari segi populariti.
    So, Shud i buy 1?

    • Kalau mengharapkan AC/DC yang tradisional, beli. Kalau nak perubahan langit bumi, album ini bukan untuk kamu. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: