rawkcarpark

ini cerita sensasi, mari baca, mari nonton, mari mundur!

In dilema media, dilema muzik, ide on November 17, 2008 at 7:51 am

Pengenalan

Walaupun aku sudah lama tidak terbabit dalam dunia muzik dan hiburan (terma paling aku tak suka nak guna), kadangkala sempat juga aku menonton Melodi dan membaca akhbar atau menerawang laman-laman maya yang lebih bebas bercerita. Tetapi kadangkala, laman blog ini hanya memutarkan kembali berita yang sama, dipaut dengan blog lain, yang akhirnya berakhir di Youtube. 

SENSASI kini menjadi wadah utama apa yang dikatakan hiburan sekarang. Walaupun budaya ini sudah sekian lama menjadi darah daging pemuzik, pelakon dan penyanyi, lega rasanya barah ini tidak membabitkan pula golongan pelukis, penulis ataupun penyajak tanahair, mahupun aktivis sosial/politik. Ia sudah lama beranak-pinak sejak dari zaman Kak Bam, Mama Juwie, Huzz dan dimakmurkan lagi dengan wartawan terkini seperti Nas Ahmad, Zubir, Michelle dan ramai lagi (maaf tak dapat menyebut kesemuanya, jangan kecil hati, ya?)

Jika kita melihat dari luar, kita mungkin terdorong untuk menyalahkan orang, samada wartawan, editor ataupun aktivis seni itu sendiri.  Sebagaimana yang terbiasa kita lakukan, kita selalu membuat pengadilan dengan melihat sesuatu dari atas kertas, atas skrin dan suasana persekitaran kita. Bagaimana kalau kita lihat semua itu dari dalam, dari asal perbuatan itu sendiri berlaku? 

Sekadar gambar hiasan

SENSASI

Asal Sensasi

Pada firasat aku, SENSASI semuanya berasal dari gerak hati kita untuk mengetahui. Sepertimana yang dipetik dari Wikipedia, In psychology, sensation is the first stage in the biochemical and neurologic events that begins with the impinging of a stimulus upon the receptor cells of a sensory organ, which then leads to perception, the mental state that is reflected in statements like “I see a uniformly blue wall.” In other words, sensations are the first stages in the functioning of senses. Yeah!

Hampir kesemua kita dipaparkan dengan budaya pop setiap hari. Budaya popular ini ialah racun yang menyirami minda mengenai kecantikan, kemahsyuran, kemanisan serta lebih banyak elemen kulit yang berkilat-kemilauan berbanding isinya yang kadangkala busuk dan buruk.

Media massa ialah medium utama. Diulang semula, media massa ialah medium utama!

Jadi, apa yang membentuk isi editorial dan mentafsirkan terma hiburan itu ialah media-media utama ini. Dan mereka telah menjalankan kerja yang tidak seimbang apabila membincangkan tentang budaya popular ini selama berdekad-dekad lamanya, sejak zaman P. Ramlee aku rasa.

Jika kita lihat akhbar utama kini, seni bukan wadah utama, melainkan satu segmen yang disensasikan dengan wajah-wajah cantik dan ayu wanita muda dengan gaya tertentu. Dengkelnya pandangan kita, pasti tertarik untuk membacanya dahulu berbanding helaian akhbar yang lain. Itu tanya nafsu sendiri lah!

Jarang sekali cerita mengenai seni muzik, filem atau lukisan terpampang di muka surat depan kecualilah ada cerita aktivis seni yang berkahwin di KLCC ataupun di Indonesia. Muka depan hanya layak untuk cerita sensasi sebegitu sahaja.

Konsep ‘pecah dan perintah’ bukan sahaja layak disalahkan untuk penjajah British sahaja tetapi ia sebenarnya sudah lama dipraktikkan oleh media-media utama negara, sejak kita lahir lagi.

Oleh kerana ‘hiburan’ dan ‘seni’ telah dipisahkan dan disegmenkan, maka lahirlah wartawan yang mempunyai minat untuk membuat pengkhususan dalam bidang ini. Oleh kerana sambutan terhadap nilai-nilai sensasi ini tinggi, kerjaya dalam bidang ini amat menyeronokkan dan mengujakan, sudah tentu kepada pemberita serta kepada pembaca.

Kadangkala nilai-nilai sentimen akan mencemarkan etika dan tahap professional mereka, dan masyarakat terus menerus ghairah dan dahaga dengan sensasi.

Bagi pemberita, ruang lingkup sensasi itu tiada batasnya kerana tiada undang-undang yang tertulis di mana hadnya. Ia hanya terletak atas dasar kemanusian, kejiranan serta kuasa editor mereka, yang juga sebenarnya agak bebas.

Jika ada kejadian yang membuatkan mereka didorong kemarahan kerana (contohnya) tidak diberi layanan sepatutnya, mereka akan menggunakan media sebagai satu aksi ‘retaliation’ atau serang balik, khas kerana meraka mempunyai kelebihan yang cukup hebat itu. Oleh kerana emosi sebeginilah yang menghasilkan lebih banyak sensasi, lantas mengetepikan dan meminggirkan lagi konsep seni sebenar yang lahiriahnya luhur, bersih dan suci.

Cadangan

Walaupun ini bukan satu kertas kerja, cadangan ekstrim aku ialah membubarkan kembali format akhbar/TV kita sekarang dan merevolusikan bacaan bahan seni supaya tidak diperkecilkan berbanding hiburan. Hal-hal seni yang serius harus dikupas dengan dalam serta diberi ruang yang setimpal, sama atau lebih peratusannya dari aspek sensasi dan hiburan. Perlu lebih ramai Ku Seman Ku Hussein berbanding Nas Ahmad dan Huzz dalam media massa sekarang dan akan datang.

Jika kita mahu terus mundur dalam bidang seni, teruskanlah membaca dan menonton cerita-cerita sebegini dan terus dahagakannya sampai bila-bila. Justeru jika mahu maju pula, terus baca dan tonton semua bahan sensasi ini, tetapi bacalah benda-benda yang kritikal dan ilmiah yang lain dengan peratusan lebih banyak. Cara paling bijak, cepat minta kerja wartawan sekarang.

Baca juga tulisan blog Saniboey berkaitan di sini

SEIR

  1. merevolusikan bacaan bahan seni supaya tidak diperkecilkan berbanding hiburan ?
    Hal-hal seni yang serius ?

    – Jiwa kecil hiburannya ‘murah’. Jiwa besar hiburannya ‘mahal’.
    – Serius sangat tuuuuuuuuuu…

  2. Serius hingga tak mampu dianggap serius. Kat Malaysia mana pernah ada revolusi. Yang mampu hanya revolusi diri.

  3. PENERANGAN
    -merevolusikan bacaan bahan seni supaya tidak diperkecilkan berbanding hiburan (picisan).
    -Hal-hal seni yang serius ? (macam yang aku/kau suka tulis tu) tapi bagi yang penulis yang dalam ilmunya lah.

  4. apa yg kau bilang, apa yg kita bilang..kita sedang lakukannya. Percayala.
    yang terbaik ‘akan berlaku sombong’ pada yang ‘buruk’ sungguhpun tiada niat si ‘baik’ berlaku sombong. Ini hukum ilmu. Kata imam ali. Jika tulisan atau catatan kita belum mampu menawan hati segolongan manusia, barangkali itulah matlamat kita. Hiburan picisan yang ‘memperkecilkan’ tulisan ‘serius’ dari kalangan kita bukan kerana ‘hiburan’ itu kuat dan berpengaruh, tetapi kerana kita yang lemah mengupas ‘keseriusan’ kita, aku juga begitu,tak perlu malu untuk akuinya. Biarkan ‘hiburan’ mereka dengan arenanya. Ini kebebasan yang kita ‘berikan’ pada mereka. Dahsyat.. ‘kita’ dah ‘berikan’ mereka kebebasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: