rawkcarpark

kami, kamu, kome…

In band, dilema muzik, ide on October 30, 2008 at 9:10 am

“Kami” dipakejkan dalam bentuk televisyen, muzik dan kemudiannya wayang dan wadah utamanya ialah jiwa merah menyala remaja muda-mudi. Sedikit sebanyak ia telah menaikkan muzik-muzik baru ke persada perdana yang malap dengan kemunculan band-band yang sudah tentu kamu semua dah kenal. Kome jangan tak tau pulak!

Jadi sarkas muzik Kami baru melabuhkan tirainya di Bukit Jalil bulan ini, sebagai alternatif gig-gig kecil lain yang tetap menarik perhatian peminat muzik kecil, bukan pekerja-pekerja bergaji besar. Lagipun, tiada lagi konsert-konsert besar untuk band-band lokal untuk mempertunjukkan bahan-bahan muzik mereka yang pelbagai. Dan beberapa band lokal yang bagus terus mengorek tanah dengan kuku masing-masing untuk keluar dari gua (pintu keluar masuk sudah ada pun), bukan untuk mahu dikenali, tetapi saja mahu cari jalan susah! Bukan begitu, setiap peseni (sebenar) hanya mahu karyanya dikagumi dan dihargai, bukan sebab kerana persetujuan majmuk, tetapi sebab kerana terpilih oleh citarasa tersendiri. Dan kalau boleh, ia menjadi pilihan ramai orang.

Sejak tahun lalu, terma indie kerap disebut dan indie dikatakan sudah menjadi trend terkini. Bila menjadi trend banyak benda yang akan muncul. Trend bermaksud satu arus dan arus ini makin lama makin besar, dan akan bersambung dengan arus utama dan akan membentuk delta yang luas. Ini bukan geografi ya, tapi satu metafor saja…

Di sini, ego masing-masing makin tercabar. Siapa yang berjaya, mungkin terasa bongkak. Siapa yang berusaha, mungkin rasa bertanggungjawab, dan mungkin turut bongkak dan siapa yang ketinggalan, mungkin terasa-rasa. Jadi, Bagi aku, apa yang penting ialah kita ini berada dalam satu delta yang bernama Malaya. Dan yang lebih baik untuk mencipta arus baru yang berbeza supaya petani boleh menanam sayur dengan baik, ya tuan-puan.

Bagi aku, sentimen nasional aku terus menggelegak, kerana beberapa radio-radio tempatan terus-terusan memainkan lagu-lagu dari seberang yang tidak berkualiti, sekadar kerana popular di sana. Itu adalah arus baru di sana dan ia terdorong untuk berlinangan di sini pula. Aku kerap mendengarnya di radio, dan sebaik sahaja aku menghidu ia adalah dari seberang, aku cepat-cepat menukar ke stesen lain. Yeah, aku hanya dengar lagu berkualiti sahaja. Itu tidak terkecuali bagi band-band lokal juga.

Oleh itu, tidak terkesan jika kuota 90 peratus dikuatkuasakan kerana kita sendiri sudah boleh buat pilihan, yelah… dalam dunia serba canggih kini. Itu hanya pendapat aku, yang hanya ingin yang berkualiti, hatta dari barat sekalipun. Yep, tak semua dari barat itu berkualiti, yang terkini filem Tropic Thunder arahan Ben Stiller!

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Oh, kembali kepada cerita Kami…

Watak-watak rebel yang mewarnai Kami amat provokatif dan senang dikaitkan dengan semangat anak-anak muda yang kerap melawan ibu-bapa. Kamu tak kan tak tau pulak. Aku suka menontonnya di TV bersama anak-anak, yang sudah boleh menghafal lagu pembukaannya, “lalalalalalalala….!!”

Kami ialah antara pakej komersil muzik yang paling berjaya tahun 2008 ini, kerana didokong stesen TV paling kontemporari 8TV, diketuai Ahmad Izham Omar. Izham sudah memang terkenal dengan usaha-usaha membawa idea baru sejak dua dekad lalu dan terbukti amat berjaya. Kami ialah antara kesinambungan idea tersebut.

Tetapi aku belum pernah menonton filemnya, mungkin sibuk berhari raya dengan keluarga dan tidak sempat pun melawat panggung wayang, atau belum tertarik untuk menontonnya lagi. Bagaimanapun, Kami ialah kuda tunggangan yang pantas bagi band-band dengan idea segar muncul melalui pintu gua yang terbuka luas.

Cuba pejamkan mata kamu dan kaitkan pernyataan-pernyataan di atas dengan metafor-metafor tersebut.

Dalam dunia seni Malaya kini, pertembungan idea lama dan baru atau idea bercanggah sesama generasi semakin berintegrasi. M. Nasir dan Malique berjaya dengan lagu mereka dan beberapa kolaborasi bercanggah turut mempunyai essence yang baik. Intipati muzik dengan corak baru ini menjadi lebih kaya, tetapi itu terpulang kepada persefahaman di antara kolaborator- kolaborator tersebutlah. Tetapi yang pasti, perlu lebih banyak usaha sebegini supaya lebih banyak arus akan muncul dan ia tidak berkesudahan. Jadi, delta kita akan terus subur dan kaya dengan arus baru. Cuba pejamkan mata kamu… sambil dengar lagu-lagu dari band dalam gua yang ada potensi besar seperti Zip Zieller. Cuba? SEIR

 

  1. Seir…

    Aku rasa…’KAMI’ tu, agak poyo lah! Aku rasa lahhh…Tak ‘raw’. Next…aku nak tgk ‘Budak Kelantan’ pulakkk…Huhuhu!

    Temanya sama…pasal kehidupan dan perjuangan! CUma…akhirnya kita ke mana…???

    Seir….Bila mau jumpa?Huhuhu!Contact me asap…Hahaha

    Roger

  2. gua lebih minat metal! Indie … emmmmmmmm tak berapa masuk ler … thehehe

  3. En Nasir,

    “Jadi sarkas muzik Kami baru melabuhkan tirainya di Bukit Jalil…” – Sarkas? Kenapa tu?

  4. Ohoh.. sarkas tidak bermaksud negatif atau apa yang berselindung pun. Sarkas kan suka buat tour keliling Eropah ka China ka… sarkas ni hanya cuba melambangkan ia satu gerombolan atau angkatan sahaja, dalam kes ini, satu angkatan tour muzik. Kalu dalam bahasa Inggeris, mungkin berbunyi ‘the music circus has left the town….’ Tak gonjeng sket bunyi nya. Saja, bikin provok sket. Kehkeh SEIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: