rawkcarpark

album : mad jester EP

In Ulasan Album on October 13, 2008 at 10:28 am

Juxtaposed
Mad Jester EP
2008

Di suatu tengahari yang tenang Ogos-September lalu, saya duduk bersembang di Pusat Sukan, UM bersama pemain bass band ini – Juxtaposed. Di atas meja kami adalah sebuah salinan rakaman muzik terbaru mereka, Mad Jester EP. Kami tak berjumpa agak lama sebelumnya. Tetapi, mendengar keghairahan orang ini bercerita tentang muzik, tentang band mereka, tentang segala-gala hal yang menuntut komitmen tinggi untuk bermuzik, saya tumpang gembira.

EP ini kerja terbaru mereka. “Makan ribu-ribu ringgit juga,” katanya. Orang ini – yang saya sapa dengan nama Raja – masih bersemangat. Usaha mereka berbayar dengan dua perkara – rakaman EP ini dan juga ketika menyandang tempat ketiga di ROTTW Soundstage 2008.

Muzik mereka masih menyebelahi ‘grunge’ katanya. “Bukan grunge sebagai muzik per se, tapi dengan roh dan ‘chi’nya sekali. Grunge sebagai attitude muzik – dan mungkin juga life,” tambah rakan lama ini.

Mendengarkan rakaman ini, kita akan teringatkan muzik-muzik awal 90an. Jelas dominan muzik-muzik berkenaan pada hasil kerja Juxtaposed. Bagaimanapun, ada sesuatu yang benar-benar membuatkan rakaman ini ‘cemerlang’. Standard produksi yang diketengahkan cukup sifat – terutama kepada band-band rock. Mereka memberikan perhatian teliti bagi proses produksi ini.

Muzik, jika anda meminati muzik dari Seattle, ini remedi dari mereka. Lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris (5 buah semuanya). Juxtaposed bercerita tentang hal-hal kehidupan dengan penulisan lirik yang menurut mereka menerapkan pendekatan metafora dan gaya penulisan puisi. Untuk tahu lebih lanjut tentang mereka, layari laman Myspace band ini di http://www.myspace.com/juxtaposedgrunge.

-Hafiz Hamzah-

  1. terima kasih untuk saudara Hafiz Hamzah atas karangan yg cukup-cukup..

    bagi sesiapa yg berminat untuk mendapatkan EP mad Jester, jengah-jengahkan layaran ruangan maya anda semua ke laman Myspace kami.. Juga boleh didapati di gig2 persembahan kami nanti..

    terima kasih sekali lagi…

    ‘ajim’

  2. jemput ke blog baru gua daaaa … hehehe salam rock n metal dari gua …

  3. Cukup-cukup..? Bagi habis ayat.. :p – HH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: