rawkcarpark

album : kembali

In Ulasan Album on September 23, 2008 at 7:42 am

Kembali
Butterfingers
Butterworld
2008

Kembali – perkataan yang membawahi dimensi maksud yang getir. Seperti ada yang belum langsai dan menuntut kehadiran semula. Dan Butterfingers, dengan semangat yang sama barangkali, menyatakan maksud yang cukup jelas dengan album ini – muzik mereka masih ada daerah yang mahu dijelajah.

Perkara paling bermakna bagi sesebuah entiti muzik – dan juga penggemar muzik – adalah proses kematangan hasil kerja. Melalui jalan ini, muzik itu terasa  berfungsi melangkaui apa yang sepatutnya dijangka – dan berakhir kepada satu perasaan yang puas.

Album baru Butterfingers ini juga tidak salah kalau dikatakan mempunyai kekuatan tersebut.  ‘Selamat Tinggal Dunia’ muncul sebagai takat sukat sebuah band yang dalam peralihan, daripada setting nilai awal mereka yang bertolak dari pengaruh muzik asal kepada satu jarak yang masih dicuba-cuba dalam lingkar susur galur bunyi-bunyian tempatan-nusantara.

Dengan Kembali, mereka berjalan jauh lagi ke ruang ‘mengenal diri’. Dengarkan ‘lick-lick’ daripada Loque dan kita akan faham maksud di sini. Lagu-lagu juga jadinya lebih konkrit walaupun mungkin masih kuat gaya-gaya lama penulisan muzik mereka.

Sewaktu berbual dengan beberapa orang teman – dan menonton temuramah pendek Loque di tv – ada satu perkataan yang agak kerap menonjol iaitu nasionalisme. Dan band ini sepatutnya mengambil sikap yang lebih kukuh untuk menerangkan maksud mereka dengan kata nasionalisme ini. Pendengar mahu tahu apa sebenarnya yang bermain di dalam fikiran Butterfingers dengan tema tersebut. Atau adakah ia akan berakhir dengan penggunaan bahasa Malaysia dan bukan Inggeris di dalam album? Ini perlu dijelaskan oleh Butterfingers.

Dari aspek muzik, pendengar yang sentiasa mengharapkan perubahan tidak akan kecewa. Band ini sentiasa mempamerkan kecenderungan untuk terus progresif dengan idea-idea muzik mereka. Dalam sejarah muzik moden, kita pernah melihat band-band luar yang ‘menganut’ fahaman ini – sentiasa mahu dekat dengan pembahruan dan pengembangan muzik mereka. Radiohead mungkin contoh paling jelas. (Perbandingan di sini bukanlah diantara muzik kedua-dua band ini, tetapi bersandarkan pembangunan hasilan kerja muzik mereka keseluruhannya.)  Dan itu adalah simbol keghairahan sesebuah band yang sentiasa dahaga dengan muzik mereka dan mahu untuk terus menganjak sempadan stereotaip  mereka sendiri. Itu adalah pencapaian yang baik.

Bagaimanapun, ada satu perkara lagi yang sedikit kurang pada album ini; cara sebuatan Emmet yang tidak konsisten bagi perkataan yang akhirannya dengan huruf ‘a’. Contoh: masa vs mase. Emmet mungkin perlu berfikir untuk mengetengahkan sebutan yang paling selesa untuk dirinya – tidak kesah yang mana satu asalkan ia konsisten sepanjang album.

Buat masa sekarang, mendengar Kembali adalah rawatan… kerena masih belum ada album artis tempatan yang mampu menawarkan perkara yang sama seperti yang Butterfingers tawarkan (untuk sebuah album band kugiran). Untuk itu, RM29.90 yang anda keluarkan, paling tidak akan menyenangkan halwa telinga sendiri dan terus berlayar dalam latar muzik yang kembali ke daerah sini dan jauh meninggalkan Seattle.

 -Hafiz Hamzah-

  1. aku rasa album ni lagi baik dari selamat tinggal dunia dulu 2..album ni boleh dengar semua ahli band all out..macam emmet punya violin n kadak punya bass..seir,apa kau punya komen?hehe

  2. Aku tak dengar seluruh album lagi. Tak boleh bagi komen. Tapi tengok depa masih nak buat album membuatkan aku rasa yang Butterfingers memang cukup semangatnya. Yang pastinya, Butter cuba berkompromi dengan tekanan sekeliling dan membuang banyak ego di samping meluahkan ego-ego yang baru. Dari kulit album, nampak yang Butter mahu jadi kemas, ringkas tetapi padat dan tepat. Semangatlah!

  3. Buat Sdr. Seir… Salam Eid… Maaf lahir & batin… Sebarkanlah salam & saling bermaafan…

    p/s: trima kasih untuk segala ruang promosi Malam Pesta Jiwa tempoh hari. Maaf untuk ucapan penghargaan yang lewat….

    “moga terus tanggap dalam melestarikan budaya”…

  4. ingatkan album kembali sofea…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: