rawkcarpark

musicforum dan roslan aziz

In dilema muzik on September 18, 2008 at 7:37 am

Apabila menyentuh hal muzik, Roslan Aziz tidak langsung mahu berkompromi. Muzik adalah untuk muzik – walaupun kita harus akur yang membikin muzik juga perlukan pulangan – tetapi ada hal-hal yang tiada tolak ansur. Sekurang-kurangnya itu maksud prinsip beliau yang dinyatakannya sendiri.

Dilema kebanyakan pelaku muzik mungkin sama. Mahu menghasilkan muzik yang mereka yakini dan pada masa yang sama berhadapan dengan percaturan pasaran (perniagaan). Mereka tersepit sama ada untuk mempertahankan sisi seni ataupun menurut kehendak bisnes semata. Di sinilah, bagi khalayak di Malaysia, bab-bab yang sukar diperhalusi.

Sisi seni (penulisan lagu, lirik, bla.. bla..) sering bercanggah dengan tuntutan pasaran (atau, inilah yang selalu disogokkan untuk kita percaya). Apa masalahnya jika kita mencari titik silang yang menemukan dua elemen penting ini untuk dimuatkan dalam hasilan muzik? Pulangan memang penting untuk menjana keyakinan pemuzik tetapi seni juga sama penting untuk menganjakkan nilai kreativiti yang matang untuk komuniti kecil dan masyarakat. Boleh?

Ok, lupakan semua hal-hal lapuk ini. Ketika sesi dialog dengan Roslan Aziz di Studio Tandjung, Puchong hujung minggu lalu, ada beberapa perkara yang molek dikongsikan dengan semua.

Topik asasnya menyentuh perihal produksi muzik – bagaimana mahu menghasilkan muzik yang bagus dan juga kerja studio yang sama tahapnya. Bagi beliau, dua perkara esential; pengetahuan dan tuan empunya badan itu sendiri.

Pemuzik – jika mahu mencapai tahap profesional – kata Roslan harus mempunyai pengetahuan mendalam tentang instrumennya. Bukan sekadar tahu sipi-sipi, tetapi pemuzik wajib mengenggam segala aspek maklumat tentang instrumen. “Pemain drum misalnya, macam mana nak bagus kalau pengatahuan teknikal tentang drum dia tak ada? Snare ini begini, tom dengan saiz ini tone dia macam ni, lain saiz lain karektor bunyinya. Ini bukan pakai agak-agak. Ini pengetahuan.”

“Untuk mahir, berlatih. Pakai metronome. Ambil serius benda-benda ni, kalau tidak kau tak akan jadi pemuzik. Kau hanya duduk setakat orang yang hobinya dengan muzik, itu saja!” Dan lagi satu yang penting juga, jangan malas baca buku!

Beliau yang diawal kariernya banyak menghasilkan kerja yang kini menjadi benchmark kepada industri seperti hari-hari sewaktu membentuk Sheila Majid serta kelahiran Zainal Abidin pasca Headwind – walaupun di sini tak ramai yang menghargai pencapaian itu.

“Kalau kita nak keluarkan muzik yang akan dihormati diperingkat dunia, kita kena cari muzik kita, rentak kita, rythm kita. Semua ni dah ada dalam muzik Melayu, cak lempong dan sebangainya. Ini yang orang nak tengok dan ini yang kita kena buktikan. Tak payah menyanyi susah payah sebijik muzik-muzik mat saleh sebab diorang dah tak hairan. Mainlah muzik jenis apa pun, tetapi kamu perlu menggali akar muzik sendiri sebagai asas.”

Turut menjadi topik malam itu ialah perkembangan semasa industri hiburan; kuota 90:10 dan juga pengaharaman konsert oleh kerajaan Pas di Kedah. “Ini semua (kuota) mengarut! Bila dah tak boleh nak bersaing, kita nak halang orang lain tak bagi masuk pulak. Zaman 80an dulu pun banyak muzik Indonesia yang masuk, kenapa tak bising-bising pun waktu itu?”

Apa yang penting, kalau betul nak jadi pemuzik, persiapkan diri. Jangan banyak mengomel tentang kebebasanlah, tak ada duitlah dan entah apa-apa alasan lagi. Sekarang masa bekerja. “Abang rasa ada baik orang muda-muda yang banyak main peranan dalam industri sekarang ni dan orang tua-tua macam kami ni jadi penasihat…”

-Hafiz Hamzah-

  1. tulisan mcm ni la aku cari. bagus. nampak telinga mata dan otak berjalan. tak la ternganga mcm dgr ceramah. attitude budak-budak ni ( yg joint mf ) kita kena bentuk skit-skit jugak.biar brani skit berbahas.kantoi pun takpe.

  2. Saya amat setuju sekali saranan Roslan Aziz, lebih2 lagi pasal kuota tu. Tak boleh bersaing, tak boleh la nak salah orang pulak! Saya hanya menjalankan tugas secara sendiri, bila ada lagu Indonesia, saya protes secara sendirian sahaja… saya terus tukar channel. Itu namanya, self cencored…

  3. I support on 90 : 10 quota
    Cuma pendirian kita harus teguh. 10% tu termasuk lagu-lagu dari negara luar. Temasuk Justin Timberlake dan Uk Top 40.

    90 is our Malaysians. Pendengar Malaysia kena peka. Kena di asuh.

  4. AKU SOKONG DISKUSI YANG HIDUP
    AKU SOKONG TULISAN YANG HIDUP
    AKU SIKONG MUZIK YANG HIDUP
    AKU SOKONG HIDUP YANG BENAR-BENAR HIDUP

  5. Isu ini akan senyap nanti.. dan akan timbul balik bila-bila. Mungkin ‘kita’ hanya perlu kerja kuat dan keluarkan muzik-muzik yang bagus. Itu saja jawapan yang kita ada dan paling mujarab, bagilah kuota macam mana pun nanti, belom tentu jadi penyembuh. – HH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: