rawkcarpark

carburetor dung tunjuk bontot?

In berita pantas on July 7, 2008 at 3:17 am

Semalam, di Stadium KJ, suasana hambar. Itu diwaktu-waktu petang, program seolah tiada arah.

Petangnya, Carburetor Dung membuat persembahan. Dan entah apa masalahnya, band ini di’gasak’ oleh penonton. Penyanyinya tunjuk bontot, itu yang orang naik angin.

Kita faham fitrah anak muda, tapi kadang-kadang persefahaman perlu datang dari dua pihak.

Luahan dan aksi rebel tak jadi masalah, bukan selalu band independen dapat buat persembahan di stadium dalam Malaysia. Tapi bila terlebih reaksi, itu undang masalah. Tambah pula yang ditengah padang dan di kalangan penonton itu ramai orang-orang Pas dan tua-tua, mereka tak akan faham tindakan ini – tiada kompromi.

Sebuah lagi band, Lawan Tetap Lawan (Dum Dum Tak) pun disuruh untuk turun pentas awal. Katanya lagu tak sesuai dengan majlis. Yang sempat buat persembahan penuh mungkin hanya Black… dua lagu.

Entah, gasak kamu la. Tapi, sekurang-kurangnya band ini berjaya menempah tempat di muka depan Utusan Malaysia hari ini! Jarang-jarang berlaku liputan semacam ini oleh media perdana negara… haha!

*Berita lanjut dan (kredit foto) di Malaysiakini dan berita panjang Utusan.

  1. ok lah tu. alak dah jadi faizal tahir versi punk. hahahahaha.

  2. bukan niat ber bau politik, tapi adakah pihak penganjur menejemput band2 tersebut kerna percaya amrah mereka sama seprti yang terkubur dihati pihak pem-protes?

  3. tunjuk bontot? Auwww.. gelinyer…

  4. Uzair,

    Aku suka bila band2 mcm ni dapat jadi headline media! Haha. Cerita apa yang keluar itu soal kedua.

    Dayerq,
    Asalnya acara ni nak kumpulkan sisi-sisi seni (muzik, sajak etc) untuk turut sama. Tapi Pas awal2 tak suka! Dan, hari itu pun roh PROTES tak pernah hadir, dan program lintang pukang!

    Acit,

    Skarang ni bontot2 ghairah lain mcm ooo.. jaga2 bontot kau!

  5. bro, idup lagi rupanye band ni.. ingatkn dah tertanam dgn keEGOan sendiri lama dulu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: