rawkcarpark

flutist dari sesi music forum

In dilema muzik, ide on May 19, 2008 at 7:39 am

Rohaslam Hizad adalah seorang flutist muda. Seperti meminjam kata-katanya, dia bermula secara bidan terjun dan dalam tempoh beberapa tahun sejak mula memegang flute pada 2002, usaha serta kegigihannya setakat hari ini nampak seperti menjanjikan sesuatu.

Dua buah lagu yang siap dikompos dan disusun bersama Kunci Demak; Dance with the Wind dan juga Flight of the Pheonix, ada terkandung bakat yang bukan sebarangan. Dalam usia 33 tahun, bakat ini mungkin jarang-jarang yang akan ditemui dimana-mana – lebih lagi bagi seorang anak muda. Sebabnya, tidak ramai orang yang muda-muda yang ingin menguasai alat muzik yang dirasakan tidak ‘hype’ dan mungkin juga dipinggirkan kerana ia alat muzik yang jatuh dalam kelompok tradisional.

Ketika diundang untuk sesi MusicForum minggu lalu, Izat menjawab tanpa segan silu dan cara paling lurus setiap soalan yang diajukan. Daripada responnya, mungkin Izat belum punyai jawapan yang dalam terhadap muzik yang ditulis. Baginya kini, bila muzik yang dihasilkan itu dapat memberikan pulangan material – setimpal dengan pengorbanan masa, wang ringgit dan keringat – itu sudah memadai. Tetapi, bakat yang ada pada susuk ini menuntut barangkali lebih daripada itu, lebih daripada setakat sekadar pulang modal. Flute dan Izat – kepada yang hadir malam itu – nampak serasi dan akrab. Dan simbiosis bentuk ini boleh dianjakkan lebih jauh, jika Izat sedar dan mahu.

Mustaqeem Mahmod Radhi juga mengusulkan – yang maksudnya sedikit sebanyak menurut pemahaman saya – bahawa mungkinkah hasil kerja pemuzik (muzik tradisional) disandarkan kepada kajian dan pemerhatian karya-karya besar alam Nasantara, contohnya. Dan Izat mungkin faham separuh-separuh. Maklum balasnya juga ada yang betul, bahawa usaha sebegitu memerlukan stamina yang bukan kepalang – dan dia ada kecenderungan ke situ, katanya.

Dalam kelam ruang studio D’kala Jingga, tiupan flute ‘live’ Izat membawa bersama semangat-semangat bunyian yang lemah gemalai. Dan, ada jiwa-jiwa yang ditarik untuk menari bersama alunan itu. Walaupun huraian latar belakang lagu yang panjang lebar seperti dihuraikan Izat, paling penting ialah; bagaimana lagu instrumental itu menceritakan hal-hal yang berlaian dan personal kepada setiap individu yang mendengar. Satu garapan muzik yang menarik, walaupun belum dalam dan masih ada bau Mohar (Mohram).

Sesi itu berakhir dengan kepuasan untuk Izat dan yang hadir. Penting juga untuk dinyatakan di sini, Izat berjaya menambat hati ramai hadirin dengan persembahan beliau. Lagi penting untuk Izat, dia juga mendapat seorang atau dua peminat baru (wanita) yang cantik malam itu!

– Hafiz Hamzah –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: