rawkcarpark

Archive for May, 2008|Monthly archive page

flutist dari sesi music forum

In dilema muzik, ide on May 19, 2008 at 7:39 am

Rohaslam Hizad adalah seorang flutist muda. Seperti meminjam kata-katanya, dia bermula secara bidan terjun dan dalam tempoh beberapa tahun sejak mula memegang flute pada 2002, usaha serta kegigihannya setakat hari ini nampak seperti menjanjikan sesuatu.

Dua buah lagu yang siap dikompos dan disusun bersama Kunci Demak; Dance with the Wind dan juga Flight of the Pheonix, ada terkandung bakat yang bukan sebarangan. Dalam usia 33 tahun, bakat ini mungkin jarang-jarang yang akan ditemui dimana-mana – lebih lagi bagi seorang anak muda. Sebabnya, tidak ramai orang yang muda-muda yang ingin menguasai alat muzik yang dirasakan tidak ‘hype’ dan mungkin juga dipinggirkan kerana ia alat muzik yang jatuh dalam kelompok tradisional.

Ketika diundang untuk sesi MusicForum minggu lalu, Izat menjawab tanpa segan silu dan cara paling lurus setiap soalan yang diajukan. Daripada responnya, mungkin Izat belum punyai jawapan yang dalam terhadap muzik yang ditulis. Baginya kini, bila muzik yang dihasilkan itu dapat memberikan pulangan material – setimpal dengan pengorbanan masa, wang ringgit dan keringat – itu sudah memadai. Tetapi, bakat yang ada pada susuk ini menuntut barangkali lebih daripada itu, lebih daripada setakat sekadar pulang modal. Flute dan Izat – kepada yang hadir malam itu – nampak serasi dan akrab. Dan simbiosis bentuk ini boleh dianjakkan lebih jauh, jika Izat sedar dan mahu.

Mustaqeem Mahmod Radhi juga mengusulkan – yang maksudnya sedikit sebanyak menurut pemahaman saya – bahawa mungkinkah hasil kerja pemuzik (muzik tradisional) disandarkan kepada kajian dan pemerhatian karya-karya besar alam Nasantara, contohnya. Dan Izat mungkin faham separuh-separuh. Maklum balasnya juga ada yang betul, bahawa usaha sebegitu memerlukan stamina yang bukan kepalang – dan dia ada kecenderungan ke situ, katanya.

Dalam kelam ruang studio D’kala Jingga, tiupan flute ‘live’ Izat membawa bersama semangat-semangat bunyian yang lemah gemalai. Dan, ada jiwa-jiwa yang ditarik untuk menari bersama alunan itu. Walaupun huraian latar belakang lagu yang panjang lebar seperti dihuraikan Izat, paling penting ialah; bagaimana lagu instrumental itu menceritakan hal-hal yang berlaian dan personal kepada setiap individu yang mendengar. Satu garapan muzik yang menarik, walaupun belum dalam dan masih ada bau Mohar (Mohram).

Sesi itu berakhir dengan kepuasan untuk Izat dan yang hadir. Penting juga untuk dinyatakan di sini, Izat berjaya menambat hati ramai hadirin dengan persembahan beliau. Lagi penting untuk Izat, dia juga mendapat seorang atau dua peminat baru (wanita) yang cantik malam itu!

– Hafiz Hamzah –

Advertisements

jerome kugan – songs for a shadow

In reviu album on May 14, 2008 at 1:00 pm

 

 

 

 

 

 

 

 .

.

Songs for a Shadow
Jerome Kugan
Troubadours Enterprise
2008

“I like the way it makes me feel…” Bait korus lagu ini seperti memaklumkan apa yang seharusnya melayar sama halwa telinga dan rasa kalbu ketika menunggu cakera ini terus membenam khayal. Dalam suasana tenang, ada alun suara yang memanggil datang semangat untuk memasak (pasak) keberadaan manusia sebagai satu susuk yang lemah. Album ini – Songs for a Shadow – mungkin hasil kerja yang cukup baik oleh seorang penyanyi angkatan muda, Jerome Kugan, dalam konteks usaha sendiri untuk sebuah album daripada kelompok muzik independen yang pernah Malaysia lahirkan. 

Nyanyian tidak pernah sama bila ia datang dari suara halus hati yang luhur. Dalam nada lembut suara yang dilontar, disambut oleh komposisi muzik yang ringkas dan bersih, Jerome sememangnya dapat mencapai apa yang beliau inginkan dengan album ini. Elektro-akustik, nama seperti yang ia mahu untuk dikenali – atau mungkin juga nama-nama lain – itu bukan masalah.

Di langkau lagu-lagu terawal, beliau melaungkan dengan suara rendah; “this exellent love…” Dan terus-menerus dalam album ini, coretan-coretan lirik yang tinggi prosa dan asyik melingkar setiap aturan lagu. Album ini meletakkan standard yang lebih tinggi dari aspek kualiti dan hasil kerja yang juga amat teliti. Mungkin selepas ini, dari mana-mana penggiat muzik muda, perlu mengatasi tahap seperti apa yang telah dikeluarkan oleh album ini.

Ia berada di daerah-daerah terbiar antara pop, anti-establisment dan komersil. Dari sudut yang berbeza, hasil kerja ini menjawab kepada sikap, atau attitude pemuzik bebas di Malaysia yang paling kerap memandang enteng gaya penulisan lagu mereka. Ramai yang hebat bermain  muzik, ramai pengikut tetapi – dalam sedar atau tidak, kebanyakannya menulis lagu-lagu yang entah apa-apa – sama dengan sikap itu, yang lahir juga enteng-enteng. Kalau ingin tahu maksud ayat ini, selidik lirik-lirik lagu mereka. Kering, pakai rembat dan pada tahap-tahap yang kronik, kosong. Tidak membawa apa-apa nyawa. Andaikan saja orang yang tidak membaca tetapi menulis. Yang ditulis itu hanya susunan alphabet dan bukan sepotong ayat yang membawa maksud.

Setakat apa yang ada sehingga hari ini, Songs for a Shadow harus diambil serius. Banyak perkara yang boleh dipelajari darinya. Setelah lama dihadapkan dengan kerja-kerja yang sederhana, sesekali ditemplak oleh kerja seperti ini kembali menyedarkan dari tidur yang panjang. Ini album yang tasteful, tidak kira apa muzik yang diagungkan selama ini. Dan kita, pada waktu-waktu tertentu, perlu belajar untuk menyelami maksud muzik itu secara universal dan bukan secara partial.

Dapatkan album ini.

– Hafiz Hamzah –

soilwork di kuala lumpur

In band, berita pantas on May 5, 2008 at 9:33 am

Sedikit propaganda lagi mengenai sebuah band Sweden yang mahu main Malaysia! EDITOR

Soilwork – Live In Kuala Lumpur. Kuala Lumpur, 28th April 2008

Soilwork, sebuah band yang dikategorikan sebagai New Wave of Swedish Melodic Metal akan berada dan membuat persembahan pada 25 mei 2008 di Ruums Club, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Band yang berasal dari Helsingborg, Sweden ini memilih hanya Kuala Lumpur untuk rantau Asia Tenggara sebelum ke Sepanyol.

Walaupun ramai peminat mereka di sekitar rantau ini seperti Thailand, Singapore dan Indonesia, Soilwork terpaksa untuk melepaskan peluang untuk bermain di negara-negara lain disebabkan jadual yang terhad. Mengikut ejen rasmi promoter, The Agency Group menyifatkan ia adalah kerana masa yang begitu terhad dalam pemenuhan jadual ‘world tour’ konser di Japan, Taiwan, China dan serata Europe dan America.

Soilwork Live in Kuala Lumpur adalah sebahagian dari Soilwork world tour sempena promosi album terbaru mereka ‘Sworn To A Great Divide’, yang diedarkan di Malaysia oleh Carbon Eight.

Carbon Eight memberi keyakinan kepada Soilwork dalam kemasukan album-album mereka ke Malaysia kerana Soilwork mempunyai peminat tersendiri yang mempunyai keinginan yang besar untuk melihat sendiri persembahan live Soilwork dan memiliki album-album yang original.

Album Soilwork yang sebelumnya, Stabbing The Drama mendapat perhatian majalah-majalah rock antarabangsa dengan memberi komen yang memberansangkan dari segi teknik rakaman dan penusunan lagu itu sendiri. Rob Halford dari band rock lagenda, Judas Priest, menyifatkan Soilwork adalah sebuah band yang perlu diberi perhatian dalam milinium baru ini.

Soilwork adalah pemuzik metal yang profesional dan mementingkan mutu dan qualiti sesebuah album metal. ‘Sworn To A Great Divide’ dirakamkan di Not Quite Studio, Helsingborg, Sweden. Vokalis Soilwork, Björn “Speed” Strid sekali lagi berkolaborasi dengan Devin Townsend (seseorang pemuzik yang berpengaruh dalam arena muzik metal)

PNB Darby Park adalah penaja tempat penginapan untuk Soilwork sepanjang berada di Malaysia.

Koffin Kanser, Sil Khannaz, Incarnation, Cassandra, Damokis, dan Love Me Butch adalah band-band tempatan, dan dipilih menjadi pembuka, dipilih kerana sumbangan mereka yang padu dalam arena muzik metal tanahair.

Peminat-peminat boleh melayari http://www.carbon-eight.com atau email kepada hello@carbon-eight.com untuk mendapatkan informasi terkini tentang showcase ini.

SOILWORK World Tour

Live in Kuala Lumpur

Date:– 25th May 2008, Sunday

Venue:- The Ruums Club, Jalan Sultan Ismail.

Show Time:- 5:00 pm – 10:30 pm

Muat Turun hi-res Soilwork Foto di sini.

For more info of the band, sound clips, video please Ctrl-click one of these link.

For inquiries of the press release please contact:

Carbon Eight Events Division Office (AS0280890) Tel : + 604 734 4106 or email to hello@carbon-eight.com