rawkcarpark

nota dari butterfingers

In band, berita pantas on April 29, 2008 at 10:05 am

Minggu lepas, Melodi lebih mesra-Butterfingers ketika mereka memainkan klip video terbaru band ini; 1000 tahun (mahu hidup). Dan di laman YouTube, ada juga termuat klip-klip baru Butterfingers dan juga dua bahagian temuramah dengan Shanon Teoh dari NST. Google sendiri.

Kepada yang belum berkesempatan mengikuti perkembangan ini, sila periksa-ia-keluar.  Butterfingers kembali, dan entah bagaimana momentumnya kali ini… Harapan sentiasa pada paras yang tinggi bagi hasil-hasil kerja band ini daripada peminat mereka. Mungkin ada kejutan-kejutan nanti.

– Hafiz –

  1. Butterfinger sering mengubah konsep muzikalnya…..cuba anda bandingkan dari album 1.2 milligram sehingga yang terkini, memang muzik dan bunyinya bebeza-beza.

    Butterfinger mungkin berjaya menemui diri mereka sendiri, ketika dialbum malayneum, konsepnya terus kekal sehingga ke hari ini.

    Sebagai band yang telah lama bertapak di Malaysia, persoalannya di mana kedudukan mereka sekarang, mereka masih kekal sebagai Band yang terlalu ‘low profile’, pada pendapat saya mereka haruslah lebih aggresif untuk pergi kedunia tanpa batasan mencontohi band-band lagenda generasi 80an, sebagai percubaan mereka harus berani menembusi pasaran seberang.

    Aku berharap album baru mereka dapat mengangkat martabat seni mereka serta muzik Malaysia. Cuma muzik yang dihasilkan haruslah mecapai tahap ‘klasik sepanjang zaman’ bukan sekadar suka-suka seperti yang berlaku pada album-album sebelumnya.

  2. jadah btul ko amrul.. they do it for the sake of music.. music first, yg publicity n money tu yg second.. sbb tu la rmai org still respect dorg.. kte tgk je la band2 yg dibwk ke mainstream, lpas dorg punyer label dapat duit banyak, trus band tu dtinggalkan.. so.. n about music yg dorg bwk dari dlu lg tu, i think music dorg dah mken dewasa.. from kord bese2 mase album malayneum to gabungan bunyi2 yg unik dlm lgu seribu tahun… n dorg punyer music bwk mesej yg trsampai, bukan mcm komposer skrg yg cipta lgu tp bunyi lgu xmcm lgu pun, dgn lirik yg ulang2 je.. dunia ni dah xadil.. aku hope golongan yg really love music should get their right in this world, bknnyer diambil oleh org2 yg nk kaut duit je.. ade byk sgt band2 talented skrg, n aku harap dorg xbwat the wrong moves yg bleh rosakkan industri music kat malaysia ni..

  3. rasa nya muzik mereka seolah ber-ujikaji utk pndengar, namun hasil nya boleh dikatakan memberangsangkan. apapun, dari album terdahulu hingga sekarang, irama nya segar. lagu yang terbaru sering juga didengari di corong2 radio. mungkin agak sedikit ‘low profile’

  4. aku rase muzik butter sudah agak berbeza..memangla kalau nak dibandingkan dengan skang ngan album 1.2 miligram..dulu zaman nirvana and grunge memang mempunyai pengaruh yang amat kuat dan pendengar memang meminati muzik seperti ini..namun ade sedikit persamaan dari album 1.2, butterworth pushful, trencendence, milleneum n selamat tinggal dunia iaitu 1 lagu dr setiap album mereka dan lagu tersebut adalah royal jelly, epitome, chemistry, malayneum n urusan seri paduka baginda. konsep muzik dalam lagu2 setiap album tersebut x diubah cuma ditambah menjadi dengan kepalbagaian unsur-unsur muzik ditambah untuk menjadi lebih catchy. tetapi lagu the chemistry memang yang paling catchy kan.

    ape2 pun, aku memang dengar semua lagu butter walaupun aku bukan grunge sbb aku minat muzik tp x minat just dress up yang bajek best.

    syabas to loque(mastermind), kadak, kalai n emmet..

    aku teringin nak dengar lagu raye butterfingers..

  5. rasenye lagu2 butter semuanye berbeza coz derang creative…melodi n lirik derang semua best n berunsur +ve…album terbaru “kembali” ni pun best…congratz to loque,emmet,kadak n loco…welldone!!

  6. Assalamualaikum kpd semua peminat band keramat Butterfingers…aku ni tak da lah expert sgt ngn band ni,album dulu2 tu tak la beli pon….main pinjam kat member2 ja…tak pon downdload kat internet ja…lagu pon tak da la dgr semua..sdp dgr ja,pastu layan..cam chemistry,royal jelly,stolen,girl friday,sad,vio-pipe,weird,wet blanket n faculty of mine.tapi sejak2 depa da wat album melayu ni.mmg aku layan gila n tangkap cintan abis…..lirik dia pon mmg da berkaitan ngn kehidupan harian…semua ada..dari politik sampai tong sampah…so…enjoy!!!butterworld rulez!!

  7. aku rase lelagu dorang memang ader sedikit kelainan dari album 1.2 miligram dulu… ianya seolah menunjukkan mereka memang power giler menghasilkan lagu yang lain dari album lama dorang… walaupun aku masih mentah nk bicarakan soal ini sebab umor aku 16 thn,,, tp aku dr skolah rendah dh dengar criter2 dorang dr abg aku… sebab tu lah antara faktor aku layan lagu dorang sebab pengaruh abgku selAIN penyedap halwa telingaku… aku salute dorang….

  8. komen aku atas niey harap jangan dikomen lebih2 yer??? hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: