rawkcarpark

kugiran dengan nama kiri

In band, dilema muzik, rebiu album on April 29, 2008 at 6:51 am

 

(Foto kredit: MusicForum)

Beberapa teman sudah pun mengulas serba sedikit tentang Forum Muzik dengan band KIRI tidak lama dulu.   Mendengar CD terbaru mereka – RU 13 – rasanya tidak banyak ‘keseronokan’ yang terkandung. Nama KIRI itu juga rasanya tidak dibawa dengan baik oleh band ini. Kapasiti nama tersebut berat, dan mungkin mereka tidak menyelami maksud itu barangkali. Tapi, tak juga menjadi masalah sebenarnya, cuma harapan ke atas nama itu sedikit tersasar.

Tema hibrid pada siaran akhbarnya akan cepat difahami. Terlalu banyak elemen muzik – genre – yang cuba disumbat di dalam lagu2 mereka.  Terlalu fokus terhadap hal itu – kosmetik penciptaan lagu -menjadikan mereka terlepas pandang kepada zat-zat nature atau setempat yang sepatutnya dibawa sama dalam komposisi. Bunyinya seperti faktor-faktor ini tidak di’blend’, tetapi hanya dicampur aduk saja. Ini menjadikan ia hilang bisa.

Saya tak tahu. Pertama kali menonton video muzik mereka pun saya agak tercengang – tak faham. Stail ada, namun sedikit lopong. Tetapi ‘semangat’ dalam lagu-lagu mereka tak sampai. Melihat kepada tajuk-tajuk lagunya pun sudah cukup untuk merasakan apa yang ada untuk mereka tawarkan: Tong, 20 %, Anak Isterimu – antara beberapa nama yang saya ingat, tiga lagu terawal album ini.

Namun, sebagai sebuah band ada dana untuk membuat rakaman – diuruskan oleh Rock Unite mungin – hasil rakaman pada saya ada mempunyai sedikit kekuatan. Maksud saya, kualiti rakaman bila kita dengar diradio atau pemain CD, tetapi bukan sound KIRI sebagai sebuah band. Sound mereka cair dan terlalu digital bunyinya. Tak salah jika mereka memang mahu untuk berada dicelah-celah band moden yang menimbun dan tak hirau hasilan bunyi sesebuah band.

Terakhir, usaha KIRI harus dipuji. Mungkin, selepas ini mereka perlu banyak bermenung untuk mencari jalan lain untuk ke daerah lain dalam muzik mereka. KIRI perlu lebih berani dan pada sisi-sisi tertentu, menjadi lebih ‘radikal’. Kepada KIRI, mungkin lagu 20% itu lebih ‘selesa’ jika tajuknya diberikan nama Korupsi atau Songlap. Kamu, cuba dengar lagu ini.

Dua tulisan lain yang menyingkap perkara yang sama ada di sini dan di sini.

– Hafiz –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: