rawkcarpark

Archive for February 22nd, 2008|Daily archive page

control

In filem on February 22, 2008 at 7:15 am

control_movie.jpg

Album pertama Joy Division yang saya miliki dulu adalah Closer. Mulanya, agak sukar untuk meresapi muzik mereka ini – yang saya kira kuat perasaan ‘dark’ di dalam – tetapi juga agak menghairankan, sehingga hari ini album itu masih lagi kerap saya¬†ulang-main. Ian Curtis punya aura yang jarang-jarang ada pada mana-mana anak muda senario muzik London ketika itu. Dia tidak hebat, tetapi dia ada gaya yang dan tona vokal yang mampu bersuara, sekurang-kurangnya untuk dirinya sendiri.

Jika kamu sudah menonton filem 24 Hour Party People, kamu juga harus lekas mencari filem Control. Tidak seperti ’24 Hour’, Control lebih fokus kepada susuk Ian Curtis itu sendiri, berkisar tentang perjalanan hidupnya yang singkat dalam arena muzik hujung 70an British sehingga membawa kepada tragedi pembunuhan diri Curtis. Filem ini juga merupakan arahan buat pertama kali Anton Corbijn, jurufoto yang sinonim merakam perjalanan seni band U2 dari awal dulu.

Klik sini untuk ke laman rasmi Control.

-Elle J. Hafiz-