rawkcarpark

Archive for February 4th, 2008|Daily archive page

haram

In berita pantas on February 4, 2008 at 4:40 am

Prolog: 

Benar ramai yang didalam lingkar muzik tidak banyak membaca? Ataupun paling kerap didengarkan komentar seperti kepekaan kelompok ini hanya pada muzik, itupun tidak ‘lebar’ dan tidak ‘dalam’, hanya berkhayal dengan dunia sempit itu? Mereka tidak tahu tentang pergolakan masyarakat, polemik sisi-sisi seni lain juga tidak diambil kisah atau dalam bahasa mudah, ia merujuk kepada aroma artifisial saja kelompok ini. Jadi,  jawapan ada dalam diri.

——-

Ada beberapa isu genting dalam dunia penulisan serta penerbitan yang muncul tahun ini. Pertama ialah hal karya SN tidak lagi mahu diguna-pakai dalam silibus sastra di sekolah dan terbaru (minggu lalu), lagi kes pengharaman buku oleh KKDN. Jika kamu malas membaca, klik saja rantaian yang ada. Jika tidak tahu, kini harus ambil tahu – kerana waktu ini, semuanya haram-haram belaka.

Elle J. Hafiz