rawkcarpark

beli cakera padat berkembar pemuzik tempatan ini

In berita pantas, new music, ulas on January 30, 2008 at 3:41 am

Sokong pemuzik tempatan dan… hitam putih itu adalah kehidupan (sekadar tambah supaya kelihatan bombastik)

Aku sudah tidak menulis ulasan album atau demo atau apa-apa bahan muzik dalam masa hampir tiga tahun ini. Sejak 1996 hingga tiga tahun lalu dan di antaranya, kerja ini ialah satu kerja yang rutin. Bagaimanapun, aku cuba mengulas album ini dengan penuh tekun, berbekalkan secangkir kopi hitam pekat buatan isteri.

Ini bukan kompilasi dengan terma ‘artis’ yang biasa dibaca di akhbar (contoh: “apa perasaan anda setelah bergelas artis?”), ini ialah sekumpulan ‘pemuzik’ yang memilih untuk menjadi bebas dan tidak terkongkong dengan norma keperluan media besar, radio dan televisyen tempatan. Kebanyakannya bukan profesional, mempunyai kerja di siang hari, merakam di waktu malam dan hanya sekelumit yang menjadi pro, itu pun selepas mendapat sokongan label yang sudah ada bangunan sendiri atau jaringan satu dunia. Bagaimanapun, beberapa band terkini bagai ada harapan untuk menjadi pro dan boleh melupakan kerja siang mereka.

Lalu hampir sepertiga hari mereka hanya memikirkan pasal muzik dan bagaimana menghasilkan lagu yang baik, sekurang-kurangnya untuk memuaskan hati sendiri dan rakan-rakan lain di gig hujung minggu.

Mereka ialah bagai yang dibayangkan Mark Knopfler dalam lagu Sultan of Swings.

Support Our Local Acts! Kompilasi ini mencerminkan gabungan pemikiran ‘bebas’ dalam kepercayaan seorang reallist (pinjam kata seorang bekas Editor dari Kuantan). Apa saja tujuannya, ini ialah satu pernyataan kepada umum bahawa lagu-lagu yang termuat di sini ialah bermula dari kederat sendiri, kepercayaan sendiri dan tidak dibentuk oleh orang lain, sesuatu yang masih sukar diterima oleh ramai khayalak Malaysia lagi.

support-local-acts.jpg 

Bermula dengan lagu 60’s TV (OAG) di trek 1 yang nampaknya sudah berusia lebih 10 tahun, masa yang diambil untuk menyemarakkan api sub-budaya ini lebih lama.

Pelbagai bentuk muzik juga dikumpulkan di sini, melambangkan keluasan genre dan stail di samping corak elemen pop yang semakin jelas dari komuniti yang terkini. Jelas sekali, pendekatan ini semakin dekat dengan umum walau hanya seperti satu titik dalam satu ayat yang panjang.

Sil Khannaz, The Pilgrims, Projekt AK, Chronis Mass, Flop Poppy, Basic Right, Butterfingers dan Koffin Kanser menyumbang satu lagu setiap satu di CD 1. Ia seperti bayangan gelombang terawal pemuzik bebas. Manakala di CD 2, Vociferation Eternity, Roots N’ Boots, Pop Shuvit, The Suspects, Gerhana Ska Cinta, Couple dan gelombang terkini dari They Will Kill Us All, Auburn, yeah… Hujan dan akhir sekali Komplot. Jadi, CD berkembar ini memuatkan 20 lagu.

Walaupun tidaklah memberi gambaran selengkap-lengkapnya, ia tetap satu pernyataan tegap, disokong kukuh terutamanya dengan kejadian penyeberangan beberapa band ke arus perdana tanpa perlu banyak paksaan serta rasa skeptikal yang melulu.

Bagaimanapun, tetap ada pandangan dari kolum-kolum pemuzik pro menyatakan yang band-band ini memerlukan sokongan label besar untuk terus maju dan terus maju dan terus maju dan terus maju dan terus maju…..

Dan terus maju… dan akhirnya jadi rockstar sebenar.

Apa saja pandangan orang, sebenarnya soal kepercayaan ialah satu soal falsafah sendiri. Tidak akan ada apa yang terjadi jika tiada persetujuan yang terbina hasil dari satu kepercayaan. Mungkin benar atau tidak saranan itu, tetapi seharusnya ia pasti penuh dengan perasaan skeptikal yang tebal. Jadi, baik bikin sendiri.

Semasa CD diberikan pada aku, hujan sedang turun lebat di sekitar Lembah Tengah (Mid Valley). Ironiknya Mie, si penerbit berkata sambil ketawa, “mungkin juga lagu Hujan dalam album ni buat orang mahu miliki album ni.” Hujan, satu fenomena di 2007 membawakan lagu Bila Aku Sudah Tiada dengan gaya yang amat ‘bebas’ dan tidak tertekan langsung, lantas menghilangkan skeptikal ramai pendengar yang selalu melabelkan pemuzik-pemuzik dalam kompilasi ini sebagai ‘underground’.

Oleh itu, seperti yang tertulis sebagai tajuk albumnya, ia mesej yang terus. Jika mahu selamatkan band-band kita, beli yang tulen. Jangan abaikan perjuangan abang-abang lama kita di zaman Battle of The Band dulu, yang masih tidak kesampaian sampai sekarang… Selamat membeli dan mendengar dengan syahdu muzik-muzik yang telah diabadikan ini.

Aku perlukan secangkir kopi hitam pekat lagi… err.. dan sebatang rokok.

Support Our Local Acts! diterbitkan oleh Malaya Rekords dan ya tuan-tuan… Universal Music.

SEIR

  1. nak jugak support, tapi lagu-lagu sedap ke?

  2. Lagi sedap kalu ada lagu band kau main kat sini kot. Mungkin jawapan aku juga agak klise: “Mereka sudah beri yang terbaik…” Haha.. SEIR

  3. teringat terjumpa karya hujan yang dibajak, siap dengan bonus track drpd MUH & bittersweet. harganya hanya lima ringgit. sigh. mungkinkah habuan yang ini juga akan sama nasibnya? sigh lagi, dan ya, aku juga perlukan kopi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: