rawkcarpark

cromok resurface?

In anekdot, band, berita pantas on January 24, 2008 at 4:00 pm

The reunion of ‘the real’ Cromok is most likely to happen

Hari ni aku seperti biasa ke kedai muzik Yamaha membawa hati yang lara. Lara kerana lagha dalam kerja. Mahu mengubat hati sikit dengan memukul atau memetik atau menekan. Berjalan dari pejabat di Boulevard, Mid Valley City, ia hanya seperti hari biasa. Selepas menekan butang-butang piano Yamaha mencuba lagu yang tak boleh-boleh, Live & Let Die (Wings), aku mencuba memukul dram elektronik Yamaha. Di tepi sana, dikelilingi gitar-gitar berkilat-kilat, seseorang sedang memetik gitar dengan asyik masyuk sekali. Nampaknya pemain gitar ini bukan yang sebarangan. Petikannya bersih, laju, penuh konsentrasi, penuh tona dan bagai biasa kudengar. Tapi… di mana, ya?

Aku tak mampu nak main dram dengan fokus lagi kerana tertarik nak tahu siapa yang bermain itu. Batang dram kusimpan dan terus aku berjalan perlahan ke depannya. Ya… aku kenal orang ini! Dia ialah gitaris yang bermain dengan band yang bernama Cromok pada suatu masa di Australia dahulu. Dengan baju pejabat bertali leher warna merah, dia bukan seorang laskar kolar putih yang biasa. Dia ialah seorang rocker sejati, brader. Dan dia berjaya membuktikan itu hanya dengan hujung jarinya sahaja…

Ya tuan-tuan. Dia ialah Chot aka Karl dari Cromok dan aku menghabiskan hampir 15 minit melihat dia memetik gitar dengan tekun. Aku sempat juga mengambil video dengan telefon aku bagi menghasilkan ‘gambar bergerak’ yang cukup tidak berkualiti di bawah. Yang penting, dia memberitahu Cromok asal mungkin akan bergabung semula pada 15 Mac ini untuk sebuah konsert berskel antarabangsa yang dianjurkan syarikat acara sohor Pineapple Concerts.

“Mungkin Cromok dan Sheila Majid sahaja yang wakil Malaysia. Yang lain semua dari oversea,” kata Chot yang peramah dan suka tersenyum. Dia menukar amplifier bagi gitar Yamaha dan Ibanez yang dicubanya, dan katanya dia sedang dalam pencarian sebuah gitar yang sempurna. Dia menyambung, “diorang nak buat konsert macam apa tu…?” dia cuba mengingatkan namanya. Aku rasa aku pasti tahu, mungkin seperti Rentak Asia hampir sedekad yang lalu.

Minum teh bersama Chot di kedai mamak selepas itu melengkapkan salah satu fail hidup aku. Chot ialah anggota asal Cromok yang belum pernah aku jumpa. Arwah tu terkecuali.

Aku masih ingat, kali pertama mendengar Cromok ialah di sebuah rumah sewa rakan mat kilang yang berselerak, di Penang lebih 15 tahun lalu. Petikan gitar lagu Metallurgigal cukup mempesonakan walaupun aku bukanlah kaki metal sebenarnya dan ia merubah banyak sudut pemikiran dan pandangan aku.

Aku tak dapat jawab dengan baik apabila Chot tanya aku, dari sudut mana? Aku mungkin tak dapat menjawab dengan tepat juga sekarang tetapi itu adalah antara beberapa saat yang paling sukar aku nak lupakan sampai sekarang dan harusnya, aku akan ingat sampai bila-bila juga. Memang… sebenarnya ia terasa amat segar sekali dalam peti memori muzikal aku. Dear Chot, thanks for the teh tarik too!

SEIR

Mempersembahkan Chot aka Karl…

  1. berita yang sangat ‘tangkap nangis’. terharu betul Karl nak main balik dgn Cromok. harap jadi kenyataan…. satu sejarah!

  2. sorry, just sharing:

    “CAN we expect more quality international acts and concerts in 2008? Most definitely!

    But organising a multi-genre festival isn’t easy. It takes effort, ambition and an inspired line-up to make it something truly special. But as far as the inaugural Sunburst Music Festival in Kuala Lumpur is concerned, the outdoor fest is the frontrunner event to make heads turn on March 15. The festival is looking to offer 22 live performances on four stages.

    The venue is tentatively set for Bukit Kiara Equestrian Club. The line-up, based on early confirmation, includes modern rock outfit Incubus, while negotiations with punk legends The Offspring, hip hop outfit The Roots and Brit jazz group Incognito are being finalised. More acts to be announced soon.”

    http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2007/12/31/music/19860384&sec=music

  3. Bro Chot cari gitar baru?
    Aku rasa Charvel Jackson tu dah cukup perfect untuk sound Cromok.

    Apapun memang teruja dengan berita ni.
    Thanx Bro Seir.

    p/s : Cromok, kalau berani Planet Hollywood la!

  4. seir,
    ni mmg cerita yg bikin aku tak keruan! gile lah kalo chot main balik dgn cromok. aku nak nangisss!!…heh, sorry. emo seorang kipas-susah-mati cromok. heheh
    btw, PC konsert tu 29 jan nanti kan? aku nak link berita gumbira ni dlm blog kitorang, worait?😉

    p/s: ofis ko kat boulevard ye? sgt jeles.

  5. Dear Caspera, dia cakap dia saja nak try & test je. Tak beli pun. Tapi yang pasti, dia teringin nak beli PRS… ya tuan2. Paul Reed Smith… Depa susahla nak main balik serius, semua dah kerja opis.

    Countess, aku tak tau pulak pasal PC tu. Kalu ada berita, kasi tau sajala kat blog hangpa (kena cakap kedah la noo) haha… Opis sebelah shopping complex… besaq dugaannya. Tapi aku tak pernah tgk wayang lagi masa kerja setakat ni…

    SEIR

  6. aku minat gak dgn cromok masa zaman lepas skolah dulu..kitaorang panggil rock kahak & pusing pala..kalu betul depa nak reunited cun..mulun! Seir, Hang tak pernah tengok wayang masa time keja..try la bestt!! paling kuat kena memo jer..hhehehheh

  7. huii..mmg kena byk bersabo opis kat situ, encik!…tengok wayang? hahaha…aku dulu time keje lesap gi launching album cromok. kan aku dah ckp..aku kipas-susah-mati cromok? heheheh…

  8. Hoi, ajak la aku…

  9. Even though i knew this surprising news earlier (after i came back from Dream Theater concert in Singapore on 17/01/2008) i did not manage to inform Cromers…aiii

  10. aku dah jd tak tentu arah dgn berita nih…
    aku mark kat kalender aku…
    rindunyer aku kat cromok…

  11. Cuba check artikel kat atas encik… “sunburst music festival – kuala lumpur 2008” Mungkin depa main time lain kot. SEIR

  12. wei…klu jadi cromok perform nanti,sapa2 tolong la record full punya masuk kat youtube.lagi satu,klu karl dah masuk balik tu,buat la satu album lg.klu diorg kata final album pun aku x kisah.satu album je lg.dan aku ada cadangan gak….apa kata ambik line up sorang lg,iaitu kidd atau din dari search.diorg punya goreng pun aku salute la

  13. brO!!! da lps 15 mac da lps..tp x de khabar karl men blk nga cromok..plzzzz!!! aku nk karl men blk nga cromok..igt zman muda2 dlu..

  14. karl!!! ruenion la..tingin nk tgk konsert cam kt australia..naik gler mat saleh tgk konsert cromok ni….hail to the king of tharsh!!!!!!!!!!

  15. brO!!! klu karl men blk nga cromok lu sebarkn k..suma cromers tgh tgu reunion cromok ni..hail to the king of tharsh!!!!!!

  16. hi evrybody!!!cromok mintak2 la reunion balik….skang ni pon ade band yg mmg setai memainkan lagu2 cromok….tp xleh beat cromok sbb cromok is da king of trash in malaysia…!!!but cropox continue ur rules….!!!

  17. ok semua peminat cromok.. smlm aku jupe n lepak sekali hillary n joe wings.. so aku tanya la kat hillary ttg cromok nih.. dia bgtau cromok bersama line up asal maksudnya karl cromok join balik dah… tp xtau la utk album baru ker or utk show ke apa.. sbb aku pun xtanya lanjut dh..

  18. arghhhhh suggh byk kcelaruan d sini! gua xnk taw pape xnk dgr pape! gua nk dgr karl mmg konfem join cromok n going to release album ke ape ke! tolongggg..heheh..i juz a bigfan of cromok..cromok rules!!

  19. bro,pe kate korg tanye karl sndiri sng?
    facebook die ade
    korg search je kat facebook “Karl Cromok”
    karl nk wat album solo.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: