rawkcarpark

fadli fahmi beams his thought on Malaysian music

In dilema muzik, ide, new music on January 19, 2008 at 7:19 am

Transisi komposisi muzik Malaysia.

Dominan pemuzik-pemuzik muda kian ketara dijalur mainstream. Setiap kali ketibaan acara-acara berprestij pasti terselit satu dua band-band yang didominasikan oleh pemuzik-pemuzik lelaki muda berpakaian dan bermuzik ala British pernah disebutkan sebagai aliran muzik Alternative.

Band-band sebegini seperti The Killers, Coldplay, Oasis, My Chemical Romance dan beratus lagi band sebegini yang selalunya didominasi vokalis lelaki bertakhta di carta-carta atau sering diputar ditahap internasional melalui pelbagai jenis media yang lama mahupun jenis aliran yang baru. Kalau zaman kini ada segelintir membahagi masa tonton tv yang di broadcast sendiri dari saluran Youtube, myspace.com atau lain lain. Selain dari download.

326831081_l.jpg

MUH era Halusinasi. Kredit: www.myspace.com/meetunclehussain 

Kini di arena muzik Malaysia, dapat kita perhatikan muzik dari band band seperti Meet Uncle Hussain, Flop Poppy (sudah ‘maju’ hehe-REDATTORE), OAG, dan lain lain yang membawakan muzik aliran alternative ini sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia dan sebelum pernah hadir di acara-acara prestij penerimaan award dan trofi, mereka bermula dari beberapa orang rakan yang gemar bermuzik, berkongsi inspirasi dan ilham ke dalam muzik dan mengekspres apa yang dirasa bersama. Mereka sering bercerita tentang pengaruh terhadap muzik masing-masing bila bertemu di gig dengan penggemar dari genre yang sama atau jika berlainan pun tetap akan berdiskusi. Namun tak semua gig punyai pengunjung yang sama setiap masa. Bergantung kepada minat tehadap genre yang berpuluh cabangnya.

Apabila band-band yang dianggap sebagai pembawa muzik alternative ini hanya dipandang sinis segelintir pihak pengurusan syarikat rakaman, pihak media, atau juga pengurusan tempat hiburan tidak begitu hiraukan mereka ketika itu. Lihat sekitar 15 tahun dahulu, muzik Malaysia didominasikan oleh satu fenomena muzik yang merubah transisi aliran muzik mainstream itu sendiri dari asas yang keras dengan band-band rock dan heavy metal sebelum itu kepada band-band yang membawakan muzik yang temponya down, meleleh, dan lalang. Peminat muzik di aliran mainstream tidak bertukar, tidak terfikir untuk mencari muzik alternative yang rata-rata sukar untuk didengar di saluran-saluran media utama. Mereka hanya terima seadanya apa yang disaji. Ketika itu band-band pemuzik alternative ini hanya muncul di gig-gig, terlibat secara langsung dengan aktiviti promosi band masing-masing, dan pelbagai lagi yang dibuat mereka sendiri dari mencipta lagu hinggalah ke pengguna akhir . Itulah Do it youself.

Tetapi di Indonesia yang terkenal dengan dangdutnya, band-band Alternative yang dipengaruhi oleh muzik dari barat ini sudah diterima ramai. Seramai seluruh penduduk Jakarta (wajib tonton!-REDATTORE), Bandung, dan seluruhnya di Indonesia. Sudah diterima siar di televisyen, dan sudah lama diputar di radio-radio seluruh Indonesia. Band di Indonesia ada beribu. Mereka berlumba menjadi yang terbaik. Tetapi Indonesia punyai ratusan stesyen radio, pentas terbuka, penerimaan cadangan, dan ramai penaja-penaja yang berani dan percaya tentang pelan promosi mereka. Tidak perlu dinamakan artis dari Indonesia yang sudah lama diberi keistimewaan dalam aktiviti kegiatan promosi album mereka di sini. Kerana yang memberi itu tahu tentang sambutan rakyat tempatan. Band-band di Indonesia cenderung kepada komposisi lagu-lagu yang senang diterima ramai, vokal yang lunak seolah ditambah bass, tetapi tetap ada mid-nya. Band-band ini rata-rata mengambil pengaruh muzik dari Eropah yang sering dikaitkan pelopor muzik Alternative.

Seperti juga band-band Alternative dari Malaysia juga dapat mencipta lagu dengan baik, juga berpotensi. Tetapi tidak semuanya darinya dimainkan di radio, kebanyakan muzik video mereka hanya dapat disiar sendiri melalui myspace atau youtube, tetapi tidak dapat dipromosikan seluruhnya. Ada yang diantara mereka melakukan sendiri proses rakaman itu di rumah, kerana kos membuat ‘home recording’ lebih murah jika dibandingkan dengan rakaman yang pro, tetapi hasilnya bergantung kepada kepandaian mereka sendiri, kerana untuk menggunakan bantuan jurutera pro agak mahal. Tetapi mereka mahu mencuba. Mencuba sendiri dari segala aspek penulisan lagu, lirik, rakaman, distribusi, promosi lagu-lagu ini. Cuma peluang itu masih terhad.

petani_dan_sepeda-2.jpg

Petani=pemuzik?

Bakat-bakat artis-artis kita dari aliran ini harus diberi pandangan yang jauh, harus diberi peluang yang luas dari segala aspek. Dari segi kelulusan untuk aktiviti promosi produk mereka, penerimaan penaja dan pendengar untuk lebih terbuka. Jika lagi banyak aktiviti ‘on ground’ promosi dilakukan, lebih banyak jualan album dapat dilakukan jika dibandingkan dengan hanya dipamerkan di kedai kaset atau cd. Lebih banyak cd original dapat dijual. Tentang harga pula ianya lebih rendah, kerana tidak menggunakan pihak tengah. Dalam erti kata lain seperti saranan menasihatkan petani harus menjual hasil tanaman terus kepada pengguna, seperti itu jugalah konsepnya dalam mengatasi lanun cetak rompak. Hanya peminat yang membelinya, dan bukan lanun. Ini akan mengubah landscape industri itu sendiri, tetapi ia adalah untuk kita simpan sebagai jawapan apabila ditanya kenapa artis-artis luar mudah diterima ramai di sini.

Fadli Fahmi pernah menulis di beberapa majalah muzik, majalah papan luncur dan beberapa majalah yang tak pernah diterbitkan. Dia juga pernah bekerja di syarikat rakaman dan mengurus konsert sebelum memilih untuk menjadi  pegawai pemasaran untuk gaya hidup yang tinggi. (penulis boleh dihubungi di letsvotenow@gmail.com)

  1. Assalamu’alaikum… Hai, Bung Fadli, saya berasal dari Jakarta, berhijrah ke Malaysia sejak 1989! Tolong berikan jalan/peluang..bagaimana untuk menyalurkan lagu dan lirik ciptaan saya..!? Saya pernah memenangi Lomba Cipta Lagu seIndonesia, bertema “Hutan Rumah Kita” yg berkisar tentang Alam Sekitar & Lingkungan Hidup… th 1988. Saya meraih juara 2 ( Anggun C Sasmi, ke 3 )…. Mudah2an, tidak ada yg ‘terlambat’ bagi suatu karya seni untuk diketengahkan! Atas segala perhatian Bung Fadli saya ucapkan ribuan terimakasih….wassalam!

  2. Hi Edo Widigdo,

    sebenarnya banyak peluang untuk kita hadapkan hasil seni karya kita pada umum. Contohnya jika untuk artis2 yang nama mereka sudah meletup, producer selalunya akan mengambil dengar sebanyak mungkin lagu yang di hadapkan pada mereka. yang pasti akan diambil yang terbaik sahaja (selalunya 10 lagu, dan kadang2 untuk satu album tu hanya punya beberapa penulis lagu sahaja – umumnya di Malaysia, artis2 mainstream tidak menulis sendiri lagu, mereka hanya menyampaikannya). Depends kepada jenis muzik dan penyanyi itu sendiri. Jika saudara punyai lagu untuk di dengarkan pada syarikat rakaman, publishing house, production house, radio etc, boleh terus berhubung dengan pihak berkenaan dan set appoiment untuk mereka dengar atau pun untuk tunjuk skor anda tetapi harus berhati2 jangan sampai dicetak guna tanpa pengetahuan anda. Lagu2 tentang alam sekitar boleh dihadapkan pada pihak kerajaan yang sedang menjalankan kempen kesedaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: