rawkcarpark

Archive for January 10th, 2008|Daily archive page

rock kangkang balas dendam

In band, berita pantas, new music on January 10, 2008 at 11:49 am

Selepas 20 Tahun…

Sektor muzik yang sering digelar “rock kapak” ini sebenarnya masih segar dan semakin membesar. Kini, band-band terkini rock kapak akan bergabung sekali lagi dengan beberapa band jemputan khas yang tidak tertulis di flyers. Tak perlu diberitahu di sini, tetapi… expect the unexpected. Find your tightest jeans, and yeah… the rising star bandana and don’t forget, some old fond memories…

kangkang.jpg

muzik & filem & muzik & filem & muzik….

In dilema media, dilema muzik, filem, ide on January 10, 2008 at 11:17 am

Propaganda, cinta, lelucon, ekspresi anarki, gaya terkini, kesedihan melampau… semuanya lebih mudah difahami jika anda menyanyi… 

Malaya Tetap Merdeka (1959)

ini ialah dari filem “Korban Fitnah” (1959) dan bertajuk “Malaya Tetap Merdeka” arahan P.L. Kapur, keluaran Maria Menado Productions dan Cathay-Keris Film. Di dalam YouTube, terdapat satu komen yang berbunyi seperti ini : “Maria Menado orangnya patriotik, melihat banyak unsur-unsur patriotisme dalam filem2nya. Antaranya Matahari, Tun Fatimah, Sultan Mahmud Mangkat Di julang dan yang ini.”

Aku sekadar terasa sedikit ralat kerana tidak banyak lagi filem terkini yang mengasimilasikan muzik dalam cereka atau yang sebaliknya: dalam susunan serta gabungan yang mantap. “Azura” (M.Nasir bikin banyak muziknya) ialah mungkin yang kedua terakhir dan “Kembara Seniman Jalanan” (M. Nasir lagi..) mungkin yang terakhir terasa dekat di dalam sanubari. “Fenomena” (Dia lagi da..) hanya memainkan sentimen rock yang tengah hangat, tetapi tetap diklasifikasikan berjaya. Selepas itu, “Sembilu” (wajib klik!) mula menyuntik idea yang filem itu adalah seperti muzik yang klise semata, yang mempunyai intro, dua kali korus dan penyudah yang bahagia.

 Tiada filem lain yang boleh menebak hati lagi selepas itu. M. Nasir pula kini sedang sibuk membuktikan yang muziknya masih relevan dengan cubaan filem bersama raja realiti Asmawi yang berjudul “Aduh Saleha”, yang nampaknya… seperti satu usaha yang bakal mengecewakan. 

Muzik bersama filem ialah opsyen atau pilihan yang memang tak boleh diketepikan terutamanya oleh filem-filem dari India. Malaysia, dari dahulu memang banyak pengaruh itu tetapi kini ia kembali dalam bentuk yang murah dalam siri filem dengan lelucon ala mamak penang. Itu yang paling jelas.

Tiada citarasa atau tiada cara lagi untuk menebak hati penonton? Soalan ini punya berjuta jawapan. Kini muzik Malaysia terasa semakin membentuk dan perlu diberi sokongan oleh visual yang bervisi kreatif dan kaya. Kini kita hanya perlu mengadun semula satu generasi! Tetapi bagi aku, setengah generasi itu sudah boleh dikatakan berjaya…

seir