rawkcarpark

IDOF – gig pembuka selera 2008

In berita pantas on January 7, 2008 at 7:26 am

muck-copy.jpg 

2008 merupakan tahun ke sebelas label Bodysurf Music bergelumang suasana muzik independen tempatan. 1997, mereka mula membuka studio dan secara rasmi menggunakan nama Bodysurf. Tahun-tahun sebelumnya, mereka dikenali dengan nama Medan Kidd Slackers (MKS) dan sudah bergiat menerbit dan mengedarkan beberapa rekod dari band-band Ipoh waktu itu.

Sabtu lalu, bersama dengan Theatrical Records, mereka membuka tahun baru 2008 dengan gig dan bazaar seni – Independent Day Out Festival (IDOF) – di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Ia gig pertama tahun ini yang dikunjungi, dan ada beberapa perkara menarik yang mampu dinantikan untuk perjalanan muzik tahun ini seterusnya.

dsc_8129.jpg

Bagi acara sebegini, jumlah mereka yang datang juga agak besar. Ruang terhad di tingkat dua dewan berkenaan sesak dengan gerai-gerai jualan barangan independen – baju dengan rekaan ‘pop-modern-art’ paling banyak mendominasi, CD, buku, filem, button – antara yang mewarnai meja-meja diluar.

dsc_8130.jpg  dsc_8167.jpg

Di tingkat ini juga pentas kedua yang melibatkan persembahan akustik/sajak turut berlangsung. Lebih selesa berbanding pentas utama ditingkat atas- kerana hawa dinginnya, persembahan santai saja. Antara persembahan yang sempat ditinjau ialah Lightcraft, Priority, Neverdeless, Rahmat Haron, Negarakus dan Estrella. Tidak banyak yang betul-betul menonjol, mungkin disebabkan mod akustik yang begitu sifatnya. Estrella mungkin mempunyai rasa baru untuk ditawarkan melalui rakaman studio mereka yang baru siap.

Berbeza dengan persembahan di dewan utama, keadaan di dalamnya mampu melemaskan dan menyesakkan nafas. Betul-betul padat sepanjang persembahan yang silih berganti dan hanya sedikit reda ketika selesai persebahan satu-satu band.

dsc_8125.jpg

Melihat kepada sambautan terhadap nama-nama yang sememangnya sudah dikenali – Muck, Hujan, The Times dan banyak lagi hari itu, mungkin ada perkembangan yang lebih menarik bagi arena muzik tempatan. Khalayak lekas jemu dengan hasil-hasil yang biasa. Mereka mahukan yang luar biasa. Dan jika ada yang dapat menawarkan ini, dan muzik itu mampu di’relate’, menjadilah formula itu nanti.

Apapun, pembukaan tahun baru dengan acara yang boleh dianggap besar dan berjaya ini diharap dapat memberi input yang belum pernah dilihat sebelumnya. Biar masa tentukan, teruskan sokongan jika kamu percaya ini nanti akan lebih positif perkembangannya.

rahmat-haron.jpg

*Tunggu teks temubual bersama pengarah muda filem ’10 Tahun…’, Fahmi Reza nanti.

elle j. hafiz

  1. nice…also don’t forget Ipoh legendary Indie (the 1st indie in Perak) known as NOTHING…they also had contribute a lot to the Perak scene back then..some of the guys and friends also run a small distro there as early as 1994 selling early local indie stuff from OAG, Nice Stupid Playground, then later Groover’s Lum, Insane, etc..but some kids seems have to forgotten about their efforts to build up the scene…cheers

  2. setelah kehilangan kamera akibat kereta dipecah, inilah event yg tidak dapat dirakam utk tatapan semua. Namun, ianya terus dirakam di dalam minda buat selamanya. Lemas-lemas di stage gelap. Satu permulaan yang amat positif bagi 2008…. jangan terlampau banyak, kelak hilang manis…

  3. Kesian.. Takpa, lain kali kami pun ambik gambaq power punya supaya suma orang boleh rakam kat kepala depa sampai bila2. We are upgrading our photo department and hopefully in the future, our photos will tell a lot of story also. SEIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: