rawkcarpark

komplot: proto revivalist of the current age

In band, berita pantas, new music, temubual on January 3, 2008 at 11:23 pm

Komplot Pagi-pagi Buta

Early morning on one of those days, couldn’t’ sleep. Try to read The Battle for God (Karen Armstrong) but it seems the words flew everywhere. Snatched the computer from the younger brother and forced him to sleep. After a while on this blog and my office work, my on lined Yahoo Messenger receives a message from someone unfamiliar to it. It’s THAT ‘brader’ ler… I remember adding his YM ID couple of days ago.

Actually ‘the7thlyheaven’ is a pseudonym of Zack or Zac Partician, vocalist of a band called KOMPLOT. The band also consists of Amrud Shazrin (guitar), Enche Chino (drum), Hadie Lizard (bass) and Jeffny (saxophone). Surprised but calmly excited, I was really expecting him to contact me but not at 5.00 am (pagi buta) on Fariday, January 4, 2008!

KOMPLOT is one of the band that caught my attention recently especially after they featured Kid of Search to play with them in one of their shows. Curious, I listen to their singles and I’m impressed. They play good texture of grooves and rhythm mildly moulded to be a strong piece of confident statement, if you could understand my terms…

Anyway, applying a technology of cut and paste, and what they called shortcut, here’s the interview that I really want to pull for rawkcarpak: spektrum muzikaliti for this recent time. However, I spoke too early as the interview really coming in no time. Thanks to Hadie Lizard and Izuan Shah for the networks. The uncensored non-stop interview happens in real time, for nearly half an hour and it tells a lot of things you may wonder. Anyway, enjoy people…

komlottr1.jpg 

Zac Partician: hello
SEIR: Yo
Zac Partician: sape disana?
SEIR: seir di sini la
Zac Partician: ooo
Zac Partician: ok
SEIR: camno boleh tak tidor lagi?
Zac Partician: baru balik recording
Zac Partician: tgh busy nak mampus skang
SEIR: cayalah. bagush
SEIR: gua tahu
SEIR: so sempat interviue ke
Zac Partician: tanye2 skit2 dulu ok kot
Zac Partician: i mean tak formal sgt2
Zac Partician: takut aku bagi jwapan ntah ape2
SEIR: mana ada formal. apayg kita sembang la aku pakai. shortcut jer
SEIR: apa nak takut
SEIR: record apa tadi tu?
Zac Partician: drum tracks…
SEIR: album ka?
Zac Partician: untuk ep sulung
SEIR: berapa lagu tu? lapan?
Zac Partician: 6 je kot
Zac Partician: tapi tgk mood…
Zac Partician: hahaha
Zac Partician: ade bonus track sekali
SEIR: apa lagu? suma yg dah kluar dulu ka?
Zac Partician: ape je yg ko dah dgr?
SEIR: yg kat amp tu la
SEIR: channel amp?
Zac Partician: konflik sudah semestinya ade..
Zac Partician: nora zain pun ade
Zac Partician: enter the kosmos
SEIR: Ooo.. cun
Zac Partician: bilik rahsia
Zac Partician: disko tanpa risiko
SEIR: Nak tanya ni, jangn takut.. apasal cam the stroke sgt? sampai font pun cam depa? haha
Zac Partician: haaa?
Zac Partician: font ape?
SEIR: font cover ep lama tu? kalau tak silap
SEIR: kalu silap sori
Zac Partician: tu bukan ep
Zac Partician: itu singles
Zac Partician: kami promote satus ingle through internet
SEIR: ooooooooooooooooooooooooooooooooo
Zac Partician: and alhamdulillah single dpt sambutan
Zac Partician: so kami fikir..
SEIR: ini verdict aku: ada harapang
Zac Partician: mcm mana dgn org yg tak layan internet..
Zac Partician: tu sebab kuar single tu
SEIR: cun. so… apa ambisi kamu ya dalam bidang musik ini ya?
Zac Partician: untuk maju..
SEIR: besar atau biasa2 aje
Zac Partician: dlm segala bidang…
SEIR: kau apa bikin, kerja apa?
Zac Partician: and untuk improvise dan beautified malaysia punye scene muzik
Zac Partician: kerja?
Zac Partician: aku ke or the band?
SEIR: kau perasan tak ada reporter kosmo ke ntah apa paper suba benor dgn band generasi kau. dia kata bisa jadi PENYELAMAT. aku pun dgr member cerita. apa komen?
SEIR: Kerja: kau..
Zac Partician: aku designer…photographer…and now aku sedang nak produce satu filem
Zac Partician:
Zac Partician: sebab dulu aku belajar filem di limkokwing
SEIR: Cun. satu dalam beribu! Aku ckp beribu pasal seni ni sebenarnya lebih dari ribu-ribu.. kan?
Zac Partician: hahahaha
Zac Partician: jap
Zac Partician: [05:08] seirbase: kau perasan tak ada reporter kosmo ke ntah apa paper suba benor dgn band generasi kau. dia kata bisa jadi PENYELAMAT. aku pun dgr member cerita. apa komen?
Zac Partician: ni betul ke ni?
Zac Partician: tak pernah terbaca pun..
SEIR: sama cam aku la. termissed la. dah lama tak baca kosmo/metro. depa dah status quo
Zac Partician: ooo ok
SEIR: pasal komplot, aku suka sebab aku pun suka jeffri zain. somehow it clicked, man
Zac Partician: penyelamat eh..
SEIR: apa komennya?
Zac Partician: aku rasa penyelamat is not the word..
Zac Partician: aku rasa kami ni penyambung…
Zac Partician: kami(hujan,meet uncle hussin etc etc)
SEIR: canggih ayat tu. mesra alam sekali tetapi tepat
Zac Partician: aku rasa sudah tiba masanya untuk malaysia buka mata
SEIR: untuk apa?
Zac Partician: dan realize yang malaysia ada benda lain yang boleh dibanggalkan
Zac Partician: bukan semestinya patut tunggu af 1 sampai 33
SEIR: aku bangga, zaky. itu nama kau kan?
Zac Partician: yup
SEIR: haha
Zac Partician: so…
SEIR: apa influence?
SEIR: musikalii
Zac Partician: aku tegaskan kat sini yang malasyian kena appreaciate muzik kita sendiri
SEIR: yeahh
Zac Partician: bukan bermaksud kita ni original ke ape..
Zac Partician: tapi we must be proud of what we have..
SEIR: magik influence the band camno?
SEIR: what make you all compromise?
Zac Partician: magik influence eh…
Zac Partician: meaning?
Zac Partician: influence kami?
SEIR: yeah… yang semua setuju la
Zac Partician: terus terang aku ckp semua bandmate komplot pernah ada band lain b4 this
Zac Partician: ade yg dtg dari hardcore laa grunge laa metal laa and etc etc
SEIR: teruskan’
Zac Partician: and memandangkan kami dah puas dgn kiblat kami sebelum ni..
Zac Partician: sudah tiba masanya untuk kami balik ke pangkal jalan..iaitu untuk explore dan worship out local heroes
SEIR: canggih
Zac Partician: kita ade ramai local heroes yg patutu kita worshipkan…
Zac Partician: seperti contohnya ape yg ade kat myspace kami…
Zac Partician: tu semua bukan rekaan
SEIR: aku percaya
Zac Partician: kami cari dan ali balik stuf2 bapak2 kami dan study satu persatu..
SEIR: revivalist
Zac Partician: untuk kami tiru dan tepek sebijik maybe tidak dpt laa kan…
SEIR: revivalist: bikin satu lagu tajuk tu
Zac Partician: sebaliknya kami serapkan kat muzik yg skarang ni..
SEIR: haha
Zac Partician: oleh itu dpt laa formula itu..
SEIR: byk pakai sampling ka?
Zac Partician: sampling..
Zac Partician: not really
Zac Partician: gitaris kami (amrud shazrin) selaku professor dlm band ini
Zac Partician: die adalah music director untuk sebuah company membuat game..
Zac Partician: off the record(takleh tulis)
SEIR: korang untung ada lizard, dia sudah banyak bikin album pop mainstream
Zac Partician: dan saya pula selaku pembuat lagu..
Zac Partician: yee ..
Zac Partician: lizard mmg byk membantu
SEIR: tak boelh tulis ke?
Zac Partician: kerana die dah bleh differentiatekan mana yg terbaik buat komplot
SEIR: apasal?
Zac Partician: sajee hehehe
SEIR: aku biar jelah noo
SEIR: aku pun nak copy paste je sembang2 kita ni, trus taruk blog tu
SEIR: dah tgk ke blog aku ni?
Zac Partician: sori bro
Zac Partician: belum berkesemptan lagi
SEIR: ok. lepas kluar nanti jgn tak tgk plak
Zac Partician: ni pun sgtlah beruntung dpt jumpe ko time2 ni
Zac Partician: siang keje mcm sayur
Zac Partician: hahahaha
SEIR: hahaha. dah takdir kita jumpa pagi2 buta ni. aku tak boleh nak tidur, bukan sellau aku gini
Zac Partician: hahaha
Zac Partician: aku pula mmg selalu online time2 ni
SEIR: anyway, bila EP siap?
SEIR: oooo
Zac Partician: ep
Zac Partician: dlm februari dijangka siap
SEIR: cun. what do you expect of the album? apa bayangan pada orang yg blum pernah band KOMPLOT?
Zac Partician: expectation from the ep u mean?
SEIR: yess
SEIR: take your time
Zac Partician: nothing much…kami just nak perkenalkan kepada Malaysia muzik kami dan bagi org ramai alternatif lain…di samping meneruskan gaya hidup rock n roll..kami juga nak jadi kaya raya!
Zac Partician: bayangan…
SEIR: baguih punya jawapan
Zac Partician: bayangkan anda semua masuk dalam mesin masa tetapi anda tak kemana2 hanya muzik itu je yang akan membuatkan anda rindu pada semua local2 heroes yang telah pergi.
SEIR: revivalist
Zac Partician: dan diharap selepas ini semua akan mula menyayangi scene muzik kita…
Zac Partician: dan juga dptlah kita semua bergembira tanpa perlu ada syakwasangka atau berpolitik di dalam muzik kerana muzik itu sepatutnya menyatukan kita semua bukan untuk memecahbelahkan lagi..
SEIR: setuju
Zac Partician: ada lagi?
SEIR: last but not least. pukul berape nak tidur? esok nak kerje?
Zac Partician: ooo esok saya keje lambat.
Zac Partician: so saya ada masa tido yg secukupnya
Zac Partician: hahaha
Zac Partician: so ok ke?
SEIR: cantek. aku nak gambor band yng cun punya, boleh hantar segra?
Zac Partician: yang cun?
Zac Partician: hmmm
Zac Partician: boleh tunggu?
Zac Partician: next week
SEIR: hantar kat rawk.carpark@gmail.com
SEIR: tak boleh tunggu lagi. nak publish dah ni. kalu ada live photo pun ok la
Zac Partician: ambik kat myspace
Zac Partician: ok?
SEIR: resolusi besar tak?
Zac Partician: nak letak online je kan?
Zac Partician: ok kot
SEIR: ye tak ye. aku cakap dgn budak limkokwing ni
Zac Partician: hehehe cipet!
Zac Partician: limkokwing tu nama je gempak
SEIR: last soalan. filem apa cerit? bila nak siap?
Zac Partician: ok..
Zac Partician: nama filem tu
Zac Partician: AKU LUNA DAN LAMPU
SEIR: cintan ker
Zac Partician: 19th dan 20th kami akan siapkan promo untuk official soundtrack
Zac Partician: nak dgr?
Zac Partician: http://www.myspace.com/redeoscape
Zac Partician: hehe rahsia..
SEIR: jgn lupa update aku dan jgn lupa mai kat https://rawkcarpark.wordpress.com/
Zac Partician: citer die pasal time travel dan global warming
SEIR: yeah… out of this world punya ide
Zac Partician: band yg involve dlm soundtrack tu
Zac Partician: they will kill us all, the rhaman, couple, komplot dan ade lagi soming
Zac Partician: coming*
SEIR: oklah. zaky, nice talking to you man. aku nak update blog tu skrg jugak. kita akan jumpa lain kali ok?
Zac Partician: ok..
Zac Partician: please tambahlaa ayat bpmbastic ke ape
Zac Partician: aku main redah je tu
Zac Partician: if dah publish kami akan umukan di bulletin
SEIR: Oritett. i wish the best for you band. aku tag korang sebagai Proto Revivalist of The Current Age. selamat
Zac Partician: hehehe
Zac Partician: thanx bro
Zac Partician: if anything lyg kamu nak kami bantu
Zac Partician: ckp jee
SEIR: asslamualaikums
Zac Partician: untuk muzik malaysia ape jee boleh!
SEIR: no prob. untuk musik malaysia!
Zac Partician: selamat!

You can hear their songs at here and yeah… they have their own space too. Klik Sini

seir

  1. Waaa… baguih2! Intebiu sempoi2 macam ni…heheh!

  2. hey.this is extremly good,man .
    bkn slaloo dpt interview band komplot
    hahah.

  3. great job man !
    support local artist !
    yeah !

  4. Bersahaja dan berfakta!! Good job bro!!!!Support our Local band!!!!

  5. I suka muzik komplot bila I dengar jer konflik metropolis tu ,vibe dia terasa beb!! mcm refresh gitu!!!!! tapi semasa muzik nya bermula sahaja !! Bila penyanyi KOMPLOT start menyanyi lagu tu, I rasa macam nak muntah dengar suara penyanyi komplot tu berkumandang!!! geli pon ade………macam mana nak ganti rockstar? penyanyi mcm ni bersepah kat mesia ni. I rasa zac partician ni tak perasan kot suara dia SUMBANG MAMBANG! Kalau I in the band tu lah, dah lama dah i kick penyanyi mcm ni. Harap kat misai n jambul tu lah yg nampak hebat (konon) ade pada penyanyi KOMPLOT ni pada pemerhatian I kat myspace dorang. Suara total SUMBANG MAMBANG( dengar jeritan nye pasti terasa geli geleman). Pendapat I penyanyi macam ni lah selalu jatuh kan air muka band bila di atas stage!!! Tak percaya kita cabar komplot masuk battle of the band!!!! x kan band komplot ni masuk nyer pertandingan band mcm tu. Dah biasa i dgr dari org band2 cam ni kononnye bukan band utk masuk pertandingan. Band ni art lah… ape lah… band scene lah…… tapi pada i sebenarnya band band mcm ni ibarat “TAK PANDAI MENARI SALAH KAN LANTAI” Dari interview seir ni nampak sgt zac PARTICIAN (ni apa? Partician nak buat border office ke) perasan rockstar ha! ha! ha! HIdup local scene!!! But not the fake!!!! Oh tajuk filim yang dia buat tu ape name nye tadi !!! AKU LUNA
    LAMPU kan? Harap harap cerita nya menarik macam tajuk tu lah! Biasa nye film kat mesia ni CRAP!!! Ok lah seir ini just pendapat I.

  6. What the hell. We practice freedom of speech here, mon… Hopefully Zac or the comrades read about this comment and have something to say about it, or sing something about it. Apa-apa pun, itu hanya pendapat Ain la. Kalau dah buat muzik untuk ramai orang, tentu ada orang yang suka dan ramai pula juga yang akan menyampah. Bersedia untuk segala kemungkinan geng! SEIR

  7. wah cik ain nih. bole saya nak audition awak menyanyi. mesti suara awak sesedap sheila majid kan? kalo cik bole berlembut skit lagik elok. mcm personal je bunyi msgnya.. ckp benda yg perlu je. sekian terima kasih.

  8. setiap org lain citarasa. lain suara. lain perasaan. tp bagi aku, komplot adalah satu band yg luar biasa. datang dgn idea yg berbeza dgn lain2 band. kalau org yg betul2 follow dgn zaman peredaran musik semasa ini, bleh dpt lihat dan perasan musik setiap band or penyanyi itu berlainan alunan dan gaya sesuai dgn penampilan diri yg dtg dari jiwa masing2. aku rasa komplot ni ada style sendiri. lantak lah kalau org yg iri hati dgn gaya yg telah komplot tampilkan melalui musik mereka bawa. apa la sgt kalau setakat nk bercakap tentang suara si pembawa band komplot ni kalau diri kau tu setakat ‘pengkritik’ yg x berdedikasi dan berjiwa rock! aku tak tau lah kalau kau tu gila rock abiss!
    tp sebagai pendengar mmg la ada rights to komplen or nk kutuk2 tp biar lah kutuk itu dgn cara ‘pemberi semangat’ bkn mcm racist abis! aku pun takde la rock abis..tp aku appreciate musik2 apa2 pun yg dibawa oleh anak2 muda malaysia skrg nih. ramai yg ingat komplot nk ‘glamer’ abis.. tp aku tgk melalui show2 komplot yg pernah aku layan.. mmg hebat! crowd2 yg x kurang jgk dgn semangat ‘konflik’ mereka! aku teruja!!
    aku tak salahkan band komplot ni kalau suara atau pun penampilan yg terover x-rated! biar lah mereka ini dgn gaya citarasa jiwa sendiri..yg memberi kepuasan pada mereka. kalau si zac partician pun takda suara yg best..kasi chance la wey dia nk praktis lagi. bkn dgn cara nk kutuk khaw2 gila babi mcm kau tu terer abis ain oii! aku salute abis dgn komplot yg kini dah jadi band indie yg mantap. aku salute pada ahli2 band komplot jugak yg tidak putus2 cari idea dan ilham tak kira masa semata mata untuk kepuasan band mereka demi nk ‘IN’ kan lagi musik rock tempatan khasnya malaysia kita tanpa nk rely or refer to band luar.
    all the best komplot! u guys mmg muda mudi yg berjiwa bangsa!
    to zac partician, tingkatkan lagi mutu persembahan suara! aku tau kau boleh pegi jauh dgn ahli komplot yg lain.
    never give up!!!!

    disko tanpa risiko!!

  9. Serious betul Puan/Encik Ain tuh menyuarakan komennya yg kedengaran sungguh personal. Sampai nak muntah-muntah lagi bila dengar zac menyanyi. Mungkin Puan/Encik Ain nih tgh mengandung kot. Itu pasal le ada alahan bila dengar Zac menyanyi. Kalau yer pun nak komen biarlah komen yg membina. Dah 50 tahun merdeka pon pemikiran macam melayu yg tak maju. kalau macam ni, 100 tahun merdeka pun kita akan tetap akan ke belakang.

    Kepada Zac ingat kata-kata Puan Rozita, pengasas Sendayu Tinggi, “Bila anda menghina saya itu merupakan kekuatan untuk saya mencapai kejayaan”.

    Hidup Komplot. Korang dah berjaya bikin orang malaysia tak malu dengar local band.

    Kepada Puan/Encik Ain, bawak-bawaklah bertaubat nasuha. Ataupun mungkin anda teringin nak jadi vocalist kot. Bikin le band sendiri. Itupun kalau suara anda sedap dan lunak.

    Budi bahasa budaya kita. All we need is love! Hidup Komplot! Kuatkan semangatmu.

  10. Hi all!

    Tq kerana memberi pelbagai respon yang baik atau buruk atas komen I tempoh hari! Ye ke I bagi respon mcm ni x membakar semangat!!!! I pon tak kenal siapa zac tu, nak personal pon mmg tak patut pon sebab tak tau mane dtg nye dia ni! Itu adalah komen I, selepas mendgr lagu dendangan dari kumpulan komplot(Konflik metropolis) Jadi U all nak i tipu diri sendiri ker mengatakan suara zac sedap? Kalau komen dan kritik setakat nak angkat jer baik I baca Mingguan Malaysia, Berita Minggu lagi baik!!!! Ye tak SEIR? I Suka HUJAN, walau pon dia orang HOT!!! HOT HUJAN tak memalukan!!! cukup isi dan rempah nya walaupon penyanyi HUJAN nyanyi x de lah setinggi penyanyi KOMPLOT ssseeedaaapp tu. Memang penyanyi HUJAN memberi kan kepuasan apabila mendengar lagu-lagu nya. Ok lah, Harap harap I boleh dapatkan e.p terbaru dari komplot akan datang dan dgn harapan suara dia x GELI lagi!!!
    Beli cd KOMPLOT tu bukan i x support ke KOMPLOT band!!! Hak I lah nak suka ke tidak band tu!

  11. Amboi-amboi cik ain…. cara cik ain komen memang mengalahkan mingguan malaysia ataupun utusan walaupun cik ain kata tak baca mingguan malaysia. Melodi kat tv3 walaupun citer gossip manjang pun tak sebusuk hati diorang bila diorang komen. Tak salah kalau nak komen tapi biarlah komen yang sihat. bukannya macam orang takder otak. main bantai je bila cakap. mak jah pun tak kata suara zac tuh sesedap john legend ke hail amir tapi takder la nak kutuk sampai muntah.

    Budi bahasa budaya kita.

  12. Tq Mak Jah,

    Mmg ada rasa loya gitu mak Jah

  13. haha..mmg stail dia nyanyi mcm tu kot…
    lepas,bebas,x terikat….
    nway,lagu tu best!!

  14. miss ain ni tah betul ke tak ntah permpuan..mcm seorang lelaki dan bunyi mcm seseorang yang ber”band” juga…dasar melayu hasad dengki berlebihan…sgt bodoh dan bangang..to me KOMPLOT mmg GEMPAK gile no doubt about it!

  15. Suara Zac tu mengingatkan aku kat Radhi (OAG) sikit. Cara dia tarik suara. Lagu Komplot Metropolis tu sedap didengar. Tapi takleh main slalu, sebab mcm annoying bila loop 2-3 kali. Aku suka Zac ni pasal friendly and tak kerek pun. Nak banding band² lain, mmg takde band yg sama mcm Komplot. Dorang cukup innovative. Good luck, Komplot!

  16. Aku dah hidup cukup lama utk tgk komen2 mcm ni. Byk org mcm ni kat Malaysia. Komplen/Kutuk byk. Tapi diri sendiri hapah pun tarak.
    Duduk rumah pakai pakai seluar pendek buruk, duduk depan pc & online.
    Masuk forum/blog lepas tu kutuk orang tak ingat dunia. At least the band is doing something for our music scene. Duit pun dapat.
    Apa yg kau sumbangkan?Kau pandai buat lagu?Kau pandai nyanyi?
    Cakap banyak

  17. jiwa rock konon…
    ceh berlagak bagaikan pemuzik yang dah lame berkecimpung seni ni…
    ko dengar la semua lagu komplot tu dulu…
    muzik diorang lagi gempak lah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: