rawkcarpark

tahun baru musik baru?

In dilema media, dilema muzik, ide on December 30, 2007 at 5:18 pm

Batasan masa, generasi, ide dan ketumpulan media!

Tahun 2007 ialah tahun tanpa muzik yang indah sangat. Tak payah cakap, banyak muzik import yang lebih menonjol. Selain sentimen bangsa serta propaganda parti yang semakin hangat di penghujung tahun, tiada yang hangat sangat dalam bidang seni pun di 2007. Apa yang ada? Tak da. Tak teringat di kepala buat masa lima minit ni… Bagaimanapun, sepanjang tahun ini beberapa band muda Malaysia mula menampakkan citarasa baru yang mula menarik perhatian beberapa media besar, khususnya yang memiliki wartawan yang rebel sikit pendengarannya. Kebanyakan wartawan hiburan lain lebih suka memilih keperluan kerja mereka setelah hampir berdekad tiada kedengaran langsung kritis seni di media perdana, selepas berapa lama ya? Tak ada… tak teringat di kepala dalam masa lima minit ni… Tetapi ada juga aku terbaca seorang editor baru sisipan hiburan di Berita Harian yang menulis agak sedikit berbeza dari editor yang sebelumnya. Maksudnya, ia lebih baik dan kritikal tetapi di hujung editorialnya bagai terpaksa mempromosikan anugerah popular mereka yang akan berlangsung tak lama lagi. Sudahkah anda mengundi?

 Tentang muzik baru, ia bukanlah muzik baru pun tetapi idea lama yang disegarkan dan diruncingkan untuk pasaran paling segar dan progresif terkini, untuk anak-anak muda. Tetapi masih ramai lagi rockers pencen kat Malaysia ni yeah! Selepas bagai kecewa dengan kegagalan kumpulan Search dan Wings untuk kembali seperti dulu, atau sekurang-kurangnya masih bergeliga seperti Rolling Stones, ramai yang sudah beristeri dan beranak pinak lebih suka mendengar siaran radio klasik dan menumpukan kepada kerja sahaja dan bikin wang banyak-banyak.

Hujung minggu mungkin masa yang paling lapang dengan membaca sisipan hiburan akhbar utama dan menonton Melodi sambil ternganga melihat adegan terjah minggu ini. Sambil tu duduk berbincang  mengenai Siti Nurhaliza dan Datuk K, berita di akhbar pun masih tak berubah sejak berdekad yang lalu, DVD filem terkini Amerika ialah penyelamat atau escapism terbaik buat si rockers pencen.

 Bagaimanapun, anak-anak muda lebih agresif dari segi pemikiran dan lagaknya, pantas dalam dunia mereka dan dunia luar. Muzik ialah penyelamat terpenting dalam dunia yang semakin sempit dan memerlukan ini.

Penerimaan muzik mereka adalah berdasarkan apa yang rakan dengar dan apa yang dibincangkan di MySpace, hangat di YouTube atau apa yang selalu berlangsung mantap di gig-gig. Mereka perlukan sesuatu yang segar, cantik, smoooooth, berstail dan tidak pula sumbang.

Apa yang mereka perlukan? Mereka perlukan muzik yang baru setiap hari sampailah tiba masa mereka pula yang akan menjadi si rockers pencen nanti. 

Jadi, tahun 2007 ini memperlihatkan kemunculan beberapa idea baru yang sebenarnya dikitar semula tetapi dalam bentuk berbeza dan unik. Bagaimanana bentuk unik dan beza itu boleh muncul? Itulah namanya satu evolusi yang bergulung-gulung dalam banyak rentetan peristiwa yang pahit dan sedikit manis. Manis kerana ia kedengaran amat enak dan tak dapat ditepis pengaruhnya, tetapi pahit kerana ia bukan asal sini.

Tetapi bagi askar muzik baru yang dijangka mantap tahun depan ini, bagaimana pula menghadapi dunia pop yang serba sempit dan memerlukan ini? Perlu lima minit untuk memikirkan tentang itu. Bagi yang kacak atau yang cantik, hanya perlu berlagak bijak atau benar-benar jadi bijak. Bagi yang ‘biasa-biasa sahaja’, karekter muzik anda adalah karakter anda daaaa…

Apa yang pasti, kita perlu bersedia untuk berdepan dengan ketumpulan media utama Malaysia untuk sepuluh tahun lagi dan mungkin perlu mula mengundi siapa artis paling glamor tahun ini walaupun anda tak pernah dengar langsung lagu yang mereka nyanyikan dan tak pernah nonton mereka di panggung wayang pun. Undilah 2008!

Semoga rawkcarpark terus dikunjungi serta ditanda di buku maya anda dan semoga kepala hotak kami pun selalu dikunjungi ide untuk ditulis dan dibaca anda semua. Bersedialah menghadapi pertarungan politik di luar dan pertarungan rohaniah di dalam minda. Undilah 2008 dan ketajaman ide! 

SEIR

   

  1. bravo seir. akan ku contribute, bagi aku sikit masa ya? jika sudi anda terima. bravo, nice piece.

  2. Yeah.. Kalu ada bahan, kasi antar je kat rawk.carpark@gmail.com segra! Kalu simpan lama-lama pun, nanti tumpul brader. Hopefully 2008 ni aku masih tak pencen la. Haha

  3. encik..

    sebagaimana kecewanya saya ketika berharap dapat menonton search di konsert awal tahun 2007.. begitulah kecewanya saya apabila semua anugerah-anugerah yang dijaja sebagai berprestij hanyalah bersandarkan populariti sahaja..
    ironik..yang popular dijadikan taruhan ketika pihak berwajib mencanang agar menjiwai seni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: