rawkcarpark

jalan panjang, tiada pusing

In berita pantas, filem, ide on December 25, 2007 at 3:44 pm

no-direction-home.jpg

Menghabiskan masa kosong di petang Aidiladha menonton filem adalah satu kesyahduan luar biasa. Bob Dylan terpapar di kaca tv menjawab temuramah oleh Martin Scorsese dengan tenang.

Wajah berkedut, rambut masih kusut dengan lenggok bahasa orang keras kepala, Dylan menyelongkar dan membongkar satu persatu sisi perjalanan beliau mengharungi segala macam onar dalam karier. 15 kali menjadi penghias muka depan Rolling Stone, Dylan santai memamparkan kepada penonton mengapa dia masih dan sentiasa relevan  – setidaknya bagi dunia beliau sendiri.

Selingan persembahan live Dylan di awal pembabitan dalam hitam-putih, kritikan keras penonton yang hadir ke persembahannya di London kerana Dylan tampil bersama band pengiring yang ‘merapu’ dan bukan seperti gaya rebel solonya seperti yang selalu didambakan peminat ketika itu adalah antara nostalgia yang harus ditatapi.

Hayati jawapannya ketika ditanyakan soalan mengapa dia memilih untuk lari dari arus penyanyi lain zaman itu yang mengutamakan pop, tetapi beliau memilih untuk bersuara terhadap realiti. Dia bercerita juga tentang pengaruh yang mula-mula menterjebakkan beliau ke jalan muzik. Juga, bagaimana pemuzik seperti Woody Guthrie, tokoh Generasi Beat seperti novelis/penyair Jack Kerouac serta penyair Allen Ginberg dengan karya yang menggoyahkan jiwa muda Dylan (Allen Ginsberg juga ada visual temuramahnya).

Dia mendaftar untuk mengikuti pengajian di Harvard (kalau tak silap), tetapi langsung tidak pernah menghadirkan diri ke kelas. Sebaliknya, setiap malam – hingga pagi – dia dan rakan akan bersengkang mata menekuni gitar.

Bob Dylan pada satu ketika, menjual semua alat muzik elektrik yang ada dan menggantikannya dengan alat akustik kerana terpengaruh dengan idolanya. Dalam bahasa mudah, setiap sudut yang membentuk individu Bob Dylan dan muziknya diceritakan sendiri oleh beliau.

Perjalanan Dylan panjang dan berliku. Terlalu jauh iltizam yang ditunjukkan pemuzik ini dalam menggapai hasratnya. Korban yang bukan calang-calang.

No Direction Home patut ditonton oleh mereka yang sentiasa mencari inspirasi, tidak terbatas kepada muzik saja malahan paling tinggi nilai yang ditonjolkan adalah bagaimana untuk menghadapi hidup (sebagai seorang Bob Dylan).

ELLE J HAFIZ 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: