rawkcarpark

yusuf dan pencarian

In dilema muzik on December 12, 2007 at 1:44 pm

yusuf islam 

Yusuf Islam di dalam kertas tulisannya terbaru yang berjudul Music: A Question of Faith or Da’wah menjawab kontroversi sekitar yang dibangkitkan oleh segelintir Muslim di sana berkaitan perilisan semula DVD serta material awal beliau ketika masih dalam transisi dari Cat Steven kepada Yusuf Islam dulu.

Banyak suara ketika itu yang mempersoalkan perkara berkenaan dari sudut keimanan (faith) dan ini menjadi sesuatu yang menggusarkan bagi beliau. Maka dijawabnya dalam kertas itu tadi.

Beliau juga untuk satu jangka masa yang lama sesudah memeluk Islam pada tahun 1977, tidak lagi menyentuh gitar untuk mana-mana rakaman album ketika itu. Itu, adalah kesan daripada pergelutan Yusuf sendiri di dalam memahami agama. Hanya kebelakangan ini, terutama dalam album terbaru – An Other Cup – Yusuf kembali memegang gitar secara konsisten dan memanggil semula rakan-rakan lama untuk membantu beliau membuat persembahan pentas dengan set kombo penuh, lengkap dengan horn, saxophone, piano dan sebagainya.

Pastinya Yusuf sendiri mengalami dan berjalan dalam pencarian diri, agama dan masyarakat dunia yang panjang dan jauh sebelum berjumpa dengan apa yang diyakininya sebagai petunjuk hakiki.

Insan ini, masih berpaksikan muzik. Tetapi, muziknya amat menyentuh soal kritik sosial dan agama – ini diyakini – dan meletakkan Yusuf sebagai satu lambang baru baik dari dunia muzik atau agamawan. Di sini, muziknya terkandung ‘sarat’ yang bermakna dan muziknya bukan lagi berstatus bahan dunia hiburan – seperti yang banyak yang disajikan kini.

Yusuf – jika tidak salah ditafsirkan – pernah diharamkan daripada membuat persembahan di UK. Sebabnya, dalam satu persembahan Yusuf saja, seramai kira-kira 5,000 orang yang menonton akan memeluk Islam. Ini amat ditakuti barangkali, lantas diharamkan saja kelibat Yusuf di tanah UK.

Apa yang menarik untuk diambil pengajaran dari Yusuf ialah, dia mampu untuk bergelut dengan diri sendiri bagi mencapai tahap di mana dia yakin yang muziknya itu menjadi satu saluran baru untuk menyampaikan dan mempengaruhi pendengar secara molek dan terus kukuh di daerah itu.

Itu isi muziknya. Dan untuk pemuzik kita, tidak banyak – mungkin – yang mampu berbuat demikian (atau belom ada). Muzik di sini akan habis sebagai satu lacuran dengan nama ‘hiburan murahan’.  Memang ramai yang akan bersiul, tapi siulan itu nanti hanya akan hilang belompon sampai dua saat ia keluar dari lohong tekak dan larut dalam kebisingan udara.

Sukar untuk berbicara perihal ini, lebih payah untuk membuatkan orang lain faham. Jika penggiat muzik sendiri belum mahu berselut dengan perkara-perkara besar di depan mereka, akan tinggallah muzik itu sebagai satu dogeng yang tidak langsung mahu diangkat untuk mencapai tahap ‘epik’ dan diraikan dengan meriah penghayatan.

Kepada yang berminat untuk membaca versi lengkap kertas Yusuf Islam itu, tinggalkan alamat emel anda di ruang komen atau emel kepada kami di rawk.carpark@gmail.com . Nanti akan dihantarkan salinan kepada anda untuk dihadamkan sendiri.

ELLE J HAFIZ

  1. aku nak… email seperti yg aku isi kat atas ni. owner blog mesti boleh check punye.

  2. Tak nampak emel address kau kat mana-mana.

  3. nak,nak..aku mmg minat baca artikel2 ni,baca buku ni pjg sgt,bkn x minat..almaklum la student,buku pelajaran je la jd keutamaan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: