rawkcarpark

Archive for December, 2007|Monthly archive page

tahun baru musik baru?

In dilema media, dilema muzik, ide on December 30, 2007 at 5:18 pm

Batasan masa, generasi, ide dan ketumpulan media!

Tahun 2007 ialah tahun tanpa muzik yang indah sangat. Tak payah cakap, banyak muzik import yang lebih menonjol. Selain sentimen bangsa serta propaganda parti yang semakin hangat di penghujung tahun, tiada yang hangat sangat dalam bidang seni pun di 2007. Apa yang ada? Tak da. Tak teringat di kepala buat masa lima minit ni… Bagaimanapun, sepanjang tahun ini beberapa band muda Malaysia mula menampakkan citarasa baru yang mula menarik perhatian beberapa media besar, khususnya yang memiliki wartawan yang rebel sikit pendengarannya. Kebanyakan wartawan hiburan lain lebih suka memilih keperluan kerja mereka setelah hampir berdekad tiada kedengaran langsung kritis seni di media perdana, selepas berapa lama ya? Tak ada… tak teringat di kepala dalam masa lima minit ni… Tetapi ada juga aku terbaca seorang editor baru sisipan hiburan di Berita Harian yang menulis agak sedikit berbeza dari editor yang sebelumnya. Maksudnya, ia lebih baik dan kritikal tetapi di hujung editorialnya bagai terpaksa mempromosikan anugerah popular mereka yang akan berlangsung tak lama lagi. Sudahkah anda mengundi?

 Tentang muzik baru, ia bukanlah muzik baru pun tetapi idea lama yang disegarkan dan diruncingkan untuk pasaran paling segar dan progresif terkini, untuk anak-anak muda. Tetapi masih ramai lagi rockers pencen kat Malaysia ni yeah! Selepas bagai kecewa dengan kegagalan kumpulan Search dan Wings untuk kembali seperti dulu, atau sekurang-kurangnya masih bergeliga seperti Rolling Stones, ramai yang sudah beristeri dan beranak pinak lebih suka mendengar siaran radio klasik dan menumpukan kepada kerja sahaja dan bikin wang banyak-banyak.

Hujung minggu mungkin masa yang paling lapang dengan membaca sisipan hiburan akhbar utama dan menonton Melodi sambil ternganga melihat adegan terjah minggu ini. Sambil tu duduk berbincang  mengenai Siti Nurhaliza dan Datuk K, berita di akhbar pun masih tak berubah sejak berdekad yang lalu, DVD filem terkini Amerika ialah penyelamat atau escapism terbaik buat si rockers pencen.

 Bagaimanapun, anak-anak muda lebih agresif dari segi pemikiran dan lagaknya, pantas dalam dunia mereka dan dunia luar. Muzik ialah penyelamat terpenting dalam dunia yang semakin sempit dan memerlukan ini.

Penerimaan muzik mereka adalah berdasarkan apa yang rakan dengar dan apa yang dibincangkan di MySpace, hangat di YouTube atau apa yang selalu berlangsung mantap di gig-gig. Mereka perlukan sesuatu yang segar, cantik, smoooooth, berstail dan tidak pula sumbang.

Apa yang mereka perlukan? Mereka perlukan muzik yang baru setiap hari sampailah tiba masa mereka pula yang akan menjadi si rockers pencen nanti. 

Jadi, tahun 2007 ini memperlihatkan kemunculan beberapa idea baru yang sebenarnya dikitar semula tetapi dalam bentuk berbeza dan unik. Bagaimanana bentuk unik dan beza itu boleh muncul? Itulah namanya satu evolusi yang bergulung-gulung dalam banyak rentetan peristiwa yang pahit dan sedikit manis. Manis kerana ia kedengaran amat enak dan tak dapat ditepis pengaruhnya, tetapi pahit kerana ia bukan asal sini.

Tetapi bagi askar muzik baru yang dijangka mantap tahun depan ini, bagaimana pula menghadapi dunia pop yang serba sempit dan memerlukan ini? Perlu lima minit untuk memikirkan tentang itu. Bagi yang kacak atau yang cantik, hanya perlu berlagak bijak atau benar-benar jadi bijak. Bagi yang ‘biasa-biasa sahaja’, karekter muzik anda adalah karakter anda daaaa…

Apa yang pasti, kita perlu bersedia untuk berdepan dengan ketumpulan media utama Malaysia untuk sepuluh tahun lagi dan mungkin perlu mula mengundi siapa artis paling glamor tahun ini walaupun anda tak pernah dengar langsung lagu yang mereka nyanyikan dan tak pernah nonton mereka di panggung wayang pun. Undilah 2008!

Semoga rawkcarpark terus dikunjungi serta ditanda di buku maya anda dan semoga kepala hotak kami pun selalu dikunjungi ide untuk ditulis dan dibaca anda semua. Bersedialah menghadapi pertarungan politik di luar dan pertarungan rohaniah di dalam minda. Undilah 2008 dan ketajaman ide! 

SEIR

   

Advertisements

jalan panjang, tiada pusing

In berita pantas, filem, ide on December 25, 2007 at 3:44 pm

no-direction-home.jpg

Menghabiskan masa kosong di petang Aidiladha menonton filem adalah satu kesyahduan luar biasa. Bob Dylan terpapar di kaca tv menjawab temuramah oleh Martin Scorsese dengan tenang.

Wajah berkedut, rambut masih kusut dengan lenggok bahasa orang keras kepala, Dylan menyelongkar dan membongkar satu persatu sisi perjalanan beliau mengharungi segala macam onar dalam karier. 15 kali menjadi penghias muka depan Rolling Stone, Dylan santai memamparkan kepada penonton mengapa dia masih dan sentiasa relevan  – setidaknya bagi dunia beliau sendiri.

Selingan persembahan live Dylan di awal pembabitan dalam hitam-putih, kritikan keras penonton yang hadir ke persembahannya di London kerana Dylan tampil bersama band pengiring yang ‘merapu’ dan bukan seperti gaya rebel solonya seperti yang selalu didambakan peminat ketika itu adalah antara nostalgia yang harus ditatapi.

Hayati jawapannya ketika ditanyakan soalan mengapa dia memilih untuk lari dari arus penyanyi lain zaman itu yang mengutamakan pop, tetapi beliau memilih untuk bersuara terhadap realiti. Dia bercerita juga tentang pengaruh yang mula-mula menterjebakkan beliau ke jalan muzik. Juga, bagaimana pemuzik seperti Woody Guthrie, tokoh Generasi Beat seperti novelis/penyair Jack Kerouac serta penyair Allen Ginberg dengan karya yang menggoyahkan jiwa muda Dylan (Allen Ginsberg juga ada visual temuramahnya).

Dia mendaftar untuk mengikuti pengajian di Harvard (kalau tak silap), tetapi langsung tidak pernah menghadirkan diri ke kelas. Sebaliknya, setiap malam – hingga pagi – dia dan rakan akan bersengkang mata menekuni gitar.

Bob Dylan pada satu ketika, menjual semua alat muzik elektrik yang ada dan menggantikannya dengan alat akustik kerana terpengaruh dengan idolanya. Dalam bahasa mudah, setiap sudut yang membentuk individu Bob Dylan dan muziknya diceritakan sendiri oleh beliau.

Perjalanan Dylan panjang dan berliku. Terlalu jauh iltizam yang ditunjukkan pemuzik ini dalam menggapai hasratnya. Korban yang bukan calang-calang.

No Direction Home patut ditonton oleh mereka yang sentiasa mencari inspirasi, tidak terbatas kepada muzik saja malahan paling tinggi nilai yang ditonjolkan adalah bagaimana untuk menghadapi hidup (sebagai seorang Bob Dylan).

ELLE J HAFIZ 

led zeppelin reunited after 20 years

In berita pantas, ulas on December 17, 2007 at 7:09 am

David Fricke of the Rolling Stone magazine reports from London’s O2 arena at the night of the howlin’ heavenly voices supremed while the screeching lightning sparks and the sound of a thumping thunder rolling with unforgettable classic memories. Yeah… the Zep’s flyin’ again… REDATTORE

Lep Zeppelin: Full Report from David Fricke

For the second encore of their first full concert in twenty-seven years, at London’s O2 arena last night, Led Zeppelin tore into “Rock and Roll,” from their untitled fourth album, with a joyful vengeance. As drummer Jason Bonham hammered with the ghostly precision and ferocity of his late father, guitarist Jimmy Page fired dirty chunks of Chuck Berry and bassist John Paul Jones kept iron time with familiar reserve, singer Robert Plant sang the most obvious words of the night: “Been a long time since I rock and rolled.”

You can read the rest of the article here.

mari dipengaruhi dan mempengaruhi

In dilema media, dilema muzik, ide on December 17, 2007 at 6:38 am

Apis is physically a small guy but with high optimism and a nicely curated future (since he’s a school teacher by profession: for god’s sake!)  Anyway, he’s writing this story about the fighting inside him when he was kid and try to relate it to the recent state of our music scene. UNEDITED and UNCENSORED, Apis bares it all…. REDATTORE

 Mari Dipengaruhi dan Mempengaruhi

Teringat zaman kecik-kecik dulu aku membesar dengan tontonan kartun-kartun yang aku sendiri pun masih mahu menontonnya hingga kini. Jikalau kalian datang dari era 80an mungkin sempat merasakan suasana sedimikian. Himpunan tajuk cerita kartun yang bersarang di setiap otak kanak-kanak sepertiku. Era kanak-kanak aku bermula di tahun 1985, ya pada masa itu aku sudah berumur 5 tahun. Masih teringat ketika aku berebut siaran tv dengan ibuku. Pada masa yang sama rancangan kegemaran ibuku berlangsung ketika tayangan kartun aku bermula. Sesekali mukaku meminta ihsan belas kasihan dar ibuku. Hasilnya, ibuku mengalah. Zamanku kartunnya lebih enak ditontn.

Dengan pilihan tajuk seperti Transformers,Silverhawk,Thundercats,G.I Joe dan sebagainya memaksa aku berfantasi bahawa aku ingin menjadi seperti mereka. Ada tikanya aku bersama rakanku yang sebaya sering bergaduh kerna berebut wtak hero yang sama-sama diminati. Hingga kini sesusah 26 tahun bernafas, aku masih lagi dipengaruhi dengan cerita kartun.
 

Apa relevannya aku bercerita tentang kartun? Sekadar ingin menyatakan kita senang untuk dipengaruhi dan mempengaruhi orang lain. Dalam scene muzik sendiri hakikatnya ternyata jelas. Mereka yang ingin atau susah bergelar anak seni rata-ratanya dipengaruhi oleh seseorang yang dianggap mentor atau ikon. Katakan anda ingin membentuk sebuah band, maka anda akan memilih muzik yang anda minat berdasarkan artis yang anda suka. Tidak salah menghasilkan karya seni yang terinspirai daripada apa yang kita minat. Tapi awas apadakah apa yang kita minat itu orang lain akan turut bersama kita? Cuba renungkan bersama….

APIS

 

yusuf dan pencarian

In dilema muzik on December 12, 2007 at 1:44 pm

yusuf islam 

Yusuf Islam di dalam kertas tulisannya terbaru yang berjudul Music: A Question of Faith or Da’wah menjawab kontroversi sekitar yang dibangkitkan oleh segelintir Muslim di sana berkaitan perilisan semula DVD serta material awal beliau ketika masih dalam transisi dari Cat Steven kepada Yusuf Islam dulu.

Banyak suara ketika itu yang mempersoalkan perkara berkenaan dari sudut keimanan (faith) dan ini menjadi sesuatu yang menggusarkan bagi beliau. Maka dijawabnya dalam kertas itu tadi.

Beliau juga untuk satu jangka masa yang lama sesudah memeluk Islam pada tahun 1977, tidak lagi menyentuh gitar untuk mana-mana rakaman album ketika itu. Itu, adalah kesan daripada pergelutan Yusuf sendiri di dalam memahami agama. Hanya kebelakangan ini, terutama dalam album terbaru – An Other Cup – Yusuf kembali memegang gitar secara konsisten dan memanggil semula rakan-rakan lama untuk membantu beliau membuat persembahan pentas dengan set kombo penuh, lengkap dengan horn, saxophone, piano dan sebagainya.

Pastinya Yusuf sendiri mengalami dan berjalan dalam pencarian diri, agama dan masyarakat dunia yang panjang dan jauh sebelum berjumpa dengan apa yang diyakininya sebagai petunjuk hakiki.

Insan ini, masih berpaksikan muzik. Tetapi, muziknya amat menyentuh soal kritik sosial dan agama – ini diyakini – dan meletakkan Yusuf sebagai satu lambang baru baik dari dunia muzik atau agamawan. Di sini, muziknya terkandung ‘sarat’ yang bermakna dan muziknya bukan lagi berstatus bahan dunia hiburan – seperti yang banyak yang disajikan kini.

Yusuf – jika tidak salah ditafsirkan – pernah diharamkan daripada membuat persembahan di UK. Sebabnya, dalam satu persembahan Yusuf saja, seramai kira-kira 5,000 orang yang menonton akan memeluk Islam. Ini amat ditakuti barangkali, lantas diharamkan saja kelibat Yusuf di tanah UK.

Apa yang menarik untuk diambil pengajaran dari Yusuf ialah, dia mampu untuk bergelut dengan diri sendiri bagi mencapai tahap di mana dia yakin yang muziknya itu menjadi satu saluran baru untuk menyampaikan dan mempengaruhi pendengar secara molek dan terus kukuh di daerah itu.

Itu isi muziknya. Dan untuk pemuzik kita, tidak banyak – mungkin – yang mampu berbuat demikian (atau belom ada). Muzik di sini akan habis sebagai satu lacuran dengan nama ‘hiburan murahan’.  Memang ramai yang akan bersiul, tapi siulan itu nanti hanya akan hilang belompon sampai dua saat ia keluar dari lohong tekak dan larut dalam kebisingan udara.

Sukar untuk berbicara perihal ini, lebih payah untuk membuatkan orang lain faham. Jika penggiat muzik sendiri belum mahu berselut dengan perkara-perkara besar di depan mereka, akan tinggallah muzik itu sebagai satu dogeng yang tidak langsung mahu diangkat untuk mencapai tahap ‘epik’ dan diraikan dengan meriah penghayatan.

Kepada yang berminat untuk membaca versi lengkap kertas Yusuf Islam itu, tinggalkan alamat emel anda di ruang komen atau emel kepada kami di rawk.carpark@gmail.com . Nanti akan dihantarkan salinan kepada anda untuk dihadamkan sendiri.

ELLE J HAFIZ

filem ’10 tahun…’

In filem on December 12, 2007 at 7:07 am

Flyer Rantai

Jika ada sebuah filem dokumetari terakhir yang patut dicadangkan untuk khalayak Malaysia tontoni sebelum tirai 2007 roboh, ia adalah filem pendek 10 Tahun Sebelum Merdeka arahan Fahmi Reza.

Ringkas dan menarik. Himpunan lagu dalam senarai ‘runut bunyi’nya juga adalah perkara yang menarik perhatian ramai untuk melangut di depan skrin komputer sampai habis filem ini – antaranya adalah God Save The Queen – The Clash.

Juga, kepada yang belom menonton, boleh berkunjung ke MIA Arthouse kerana di sana akan ditayangkan doku-filem ini secara percuma.

Butiran terperinci:

Tarikh | Jumaat, 14 Disember 2007
Masa | 8:30 malam
Tempat | M.I.A. Arthouse, 153 Jalan Ampang, Kuala   Lumpur (Belakang Pelita Nasi Kandar sebelah KLCC)
Anjuran | Rantai Art Event
Tiket | Percuma!

’10 Tahun…’ adalah satu daripada tiga pemenang Freedom Filmfest 2007.

Selamat menonton – ELLE J HAFIZ

why people want/need to write

In ide on December 11, 2007 at 6:35 am

Why people (who knows alphabet and how to use the keyboard, and sometime have their own blog)  need/want to write?

Below are the excerpts of the article “10 questions to Umberto Eco”, a great and renowned Italian Philosopher in TIMES magazine  published 28 November 2007. The answer is very intriguing and explained things that I never ever thought of before. It somehow inspires my spine and as a writer, I will definitely quote that… 

Questions: Do you find yourself conscious of readers while you write? Is it possible for a writer to completely disregard readers while writing?
Mahtot Teka, ADDIS ABABA

Umberto Eco: All the authors who say they write for themselves are liars. Writing is an act of communication, it’s an act of love, it’s something you do in order to be understood.

Yeah… most of time, I want to be understood.. most… probably. But I think a lot of other writers also want people/readers to understand their world too. Power to all the writers, thinkers and the scholars… don’t let them be POLITICION!

 You can read the rest of the article here. SEIR

 407_24_umeco.jpg

Umberto Eco is best known for his novel The Name of the Rose (Il nome della rosa)