rawkcarpark

mentari merah di ufuk timur gaya amy dan rabbani

In berita pantas on November 28, 2007 at 1:41 pm

This is press release from EMI, plainly posted here for your information, guys. A nice progress of our rock icon and a good story too… SEIR

Tanggal 25hb Oktober 2007 yang lalu merupakan pengalaman yang amat berharga dan tidak dapat dilupakan oleh kumpulan nasyid Rabbani. Di mana mereka berpeluang merakamkan lagu duet bersama penyanyi rock negara lagi tersohor iaitu Amy Search. Lagu tersebut adalah lagu `Mentari Merah Di Ufuk Timur’ yang merupakan lagu popular kumpulan Search.Rakaman ini dijalankan di Baby Boss Studio,Petaling Jaya.

Pemilihan lagu ini adalah permintaan daripada Amy sendiri yang mana lagu `Mentari Merah Di Ufuk Timur’ merupakan lagu inspirasinya semasa berada di Gua Hira semasa dia menjalankan ibadah umrah yang lalu. Gabungan antara Rabbani dan Amy Search telah menghasilkan lagu `Mentari Merah Di Ufuk Timur’ yang cukup merdu di samping liriknya yang bersesuian sehingga menyusuk jiwa dan rohaniah.

Lagu duet ini dimuatkan dalam album kompilasi terbaru Rabbani yang mengandungi semua lagu hits & popular mereka sepanjang 10 tahun bergiat dalam industri muzik bertajuk `Rabbani 1418-1428 Hijrah’. Istimewanya album adalah iannya mengandungi 2 lagu yang dirakam baru iaitu selain lagu `Mentari Merah Di Ufuk Timur’ terdapat juga lagu duet bersama penyanyi popular iaitu Mawi yang berjudul `Saksi’. Lagu-lagu hits dan popular yang pernah menaikkan nama Rabbani di persada seni yang turut dimuatkan adalah seperti `satu qiblat yang sama’,`Intifada’,`anak soleh,`7 Hari’,`nawaitu’,`handzalah’,`Berkorban apa saja’,`pergi tak kembali’,`iqrar’,`Muhammad Ya habibi’,`Kerlipan cinta’,`Assalammualaikum’ dan `Insan’. Selain lagu-lagu di atas diselitkan juga surah-surah dan hadith-hadith yang terpilih seperti surah yasin-ayat 65,hadith –riwayat Al Tarmizi,hadith-Riwayat Bukhari & Muslim,Surah Al A’Raaf-Ayat 54 dan Hadith-Riwayat Al Tabarani.

Album ini akan dipasarkan di penghujung bulan November ini. END

img_0061.jpg

Beberapa bahan bukti yang sempat direkam Sarah, petugas promosi berkaliber di EMI.

img_0078.jpg

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: