rawkcarpark

kuasa ayat dan tarikan melodi

In dilema muzik on November 21, 2007 at 5:49 pm

terma, bait, kata, rapsodi, irama  

Oleh Seir

 

Ayat adalah ciptaan minda, ia menggambarkan dan bila ia didendangkan, ia menjadi  sebuah lagu dengan makna dalam atau hanya sebuah karya picisan yang menggelikan, lantas hanya jadi simpanan kenangan untuk hari tua atau dimuatkan dalam blog mp3 yang jarang disebat pun.

 

Petang tadi, seorang rakan bercerita mengenai/tentang seniman yang sudah menjadi arwah, Allahyarham JS Kevin. Rakan itu bercerita tentang arwah yang mempunyai bakat tinggi dalam memanipulasikan bait-bait dan kata-kata serta membentuknya kepada lagu bermelodi yang indah.

Rakan bertanya, “kau tau lirik lagu Aku dan Sesuatu tu pasal apa?” Aku pun jarang dengar XPDC, mana aku nak hafal lirik lagu mana. Tapi melodinya berpusing dalam otak mustika aku dan sekejap sahaja aku dapat tangkap secara kasar bait dan katanya. Melodinya cepat menangkap kepala kerana ia memaksudkan suasana ekstrem sayu dan pedih.

Rakan tak perlu tunggu jawapan sebab aku pun tak tahu dan dia terus bagi jawapan, “benda tu la….” Aku tak perlu pulak nak sebut sebab kalau sebut pun mungkin tak betul sebab aku tak pernah tengok benda tu dan nampak pun dia buat benda tu. Senang cerita, kami dua pun tak sebut apa nama benda tu. Tapi yang pasti rakan terus cakap dengan bersungguh sampai berhamburan air liurnya…, “dia bukan pasal CINTA tau!”

Termenung sekejap, sambil mata menjeling awek baju hijau dari The Garden masuk kedai mamak untuk minum teh, rakan  menganggguk-angguk. Aku pun ambil kesempatan menjeling sama. Rakan bagai teringatkan sesuatu dan menyambung kata.

“Aku ingat lagi masa dia dapat lagu tu. Aku pun ada sama dia,” kata rakan yang lama juga terbabit dalam dunia muzik. Dia minat metal daa… “Aku ada masa tu. Tengah sembang-sembang ni, tiba-tiba dia hilang, terus sambar gitar dan terus main, langsung keluar lagu satu.”

Rakan aku kata, XPDC ialah antara band Melayu yang fun dan berbeza dari band lain-lain. Mungkin ya dan mungkin tidak tetapi, jika tiada arwah JS Kevin, mungkin tidak akan ada fun dan bezanya itu.

Jadi, aku balik rumah dan terus cari lirik lagu tu. Selepas menelitinya, aku buat kesimpulan betapa pedihnya jika terikat dengan ‘sesuatu’ yang amat sukar sekali untuk berpisah, lagi-lagi kalau dah sebati dalam diri dan memakan hati sampai kita mati.

Pahit, tapi kalau buang pula terasa sayang. Dan cinta itu boleh membakar jika cuba bercinta dan berkasih dengan api.

Jika ada ramai orang mahu faham lagu ini, dan ramai yang mahu buat lebih banyak lagu-lagu seperti ini dan lebih ramai orang suka mencipta bait-bait yang dalam, melodi memikat, kita mungkin tak ketandusan idea lagi, amigos!

AKU DAN SESUATU

Ditelan pahit
Hendak ku buang terasa sayang
Engkau bermadu
Hendak ku minum engkau beracun

Kau bisa
Hingga punah ranah dan mati
Akan diri ku
Kau kebumikanlah aku di sini

Kau pula bagai bunga di hati ku
Bukan racun
Pada aku yang sedang dahaga

Cinta mu membakar aku
Hingga aku jadi abu
Bergunakah aku lagi untuk mu

Dewasalah aku
Dalam perjalanan hari ini
Binasalah aku
Andai dikudakan telunjuk mu… oh…

Lirik/Melodi: JS Kevin

  1. “SESUATU” bagitau la apa ianya?.

  2. owh…maksudnya..penulis pernah merasainya?.

  3. tak pernah daaaaaa. Soalan maut tu. haha

  4. ape sesuatu tu..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: