rawkcarpark

Sore di KL.

In berita pantas on June 26, 2011 at 6:31 am

Sore, band Indonesia dengan warna-warni muzik solid akan bertandang dan berdendang di Kuala Lumpur. Kepada yang berminat, selamat menikmati.


tenaga.semangat.bunyi

In anekdot, band, berita pantas, buku on June 9, 2011 at 2:31 am

Sedikit transkripsi teks di dalam buku Konsert 40 Tahun Sweet Charity Bagaikan Bermimpi di Esplanade pada 31 Mei 2009:

KONSERT 40 TAHUN SWEET CHARITY Bagaikan Bermimpi

Teks: Seir Rashid
Fotografi: Syamsul Bahari

Tempat: Dewan Konsert Esplanade, Singapura
Tarikh: Ahad, 31 Mei 2009
Jam: 8.00 malam

“Malam ini bukan malam yang biasa… malam ini pasti malam kenangan.

Malam ini ialah malam persembahan yang pasti sukar dilupa.

Malam ini, telah tercatat dan terpapar di sini, ialah satu malam penghargaan yang sukar diucapkan Sweet Charity, cuma rasa kesyukuran tidak terhingga kepada Allah Azzawajalla kerana menganugerahkan nyawa, bakat dan usia agar Semangat, Tenaga dan Bunyi ini terus bergema selama 40 tahun ini…

Malam ini segala-galanya bagaikan bermimpi. Bagaimanapun, untuk sampai ke saatnya malam ini, insan-insan yang diraikan itu serta pengikut-pengikut setia mereka yang tegar pasti tidak dapat dapat melupakan setiap saat yang telah berlalu sejak 40 tahun lalu.

Ada kelahiran dan perpisahan, rasa gembira dan hiba, kekangan dan kebebasan, kejayaan dan kegagalan, kemeriahan dan kemuraman dan banyak lagi perasaan yang terakam di minda. Bagaimanapun, semua itu pasti diubati dengan satu bentuk penyatuan semula serta keraian seni yang unik, yang hanya terlahir dari kumpulan pemuzik berbakat tinggi ini.

Bagi Sweet Charity, muzik ialah sesuatu yang sentiasa hidup dalam kehidupan seharian mereka selama 40 tahun, dan malam ini mereka akan meraikannya dengan penuh prestij, bermain di sebuah tempat yang bernama Dewan Konsert Esplanade, kubah berbentuk durian yang terkenal dan bertaraf antarabangsa di Kota Temasek ini.

Ramli Sarip, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaafar dan sudah beberapa kali bertemu dan berlatih bersama di sebuah studio di Singapura. Malam ini mereka berempat merasa tenang, tetapi cukup teruja untuk naik ke atas pentas dan melampiaskan tenaga muzik yang telah berkembang dan semarak selama 40 tahun, walaupun perjalanan ke sini tidak akan dapat lari dari dugaan dan cabaran.

Perjalanan ke sini…

Kali terakhir Sweet Charity muncul bersama sebelum konsert malam ini ialah pada 14 Jun 2008, di sebuah persembahan yang dinamakan Konsert Hari Bapa, di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Konsert yang mendapat sambutan itu mendapat ulasan positif oleh media-media Malaysia dan Sweet Charity mula bercakap tentang usia mereka yang sudah mencapai 39 tahun ketika itu, satu jangka usia yang panjang bagi sebuah band Melayu (jelas sekali, yang paling lama).

Mereka mula berkira-kira untuk menyambut ulangtahun Sweet Charity pada 2009 dengan satu siri persembahan yang gemilang, khas untuk peminat yang masih dahagakan kelibat pemuzik-pemuzik yang masih belum bersara ini. Bagaimanapun, bukan sukar untuk ke situ, khasnya untuk memberi keyakinan kepada penganjur bahawa Sweet Charity masih berbisa dan mampu menarik ramai orang ke tempat persembahan….”

Sebuah biografi lengkap Sweet Charity bertajuk Tenaga.Semangat.Bunyi kini sedang disiapkan. Mungkin dilancarkan sekitar hujung tahun 2011.

SEIR RASHID

konsert 2 raksasa 2011 – sweet charity & blues gang

In Uncategorized on June 7, 2011 at 8:17 am

Yang ditunggu-tunggu telah tiba! Akhirnya mereka muncul semula selepas lebih 2 dekad bersembunyi. 2 Raksasa blues dan rock n’ roll ini ialah WAJIB TONTON..

Seperti yang aku tulis untuk iklan radio Sinar FM (rasa macam tua sangat-lah)

“Mereka ialah band blues dan rock n’ roll terhebat pernah dilahirkan di rantau sini…

Kini mereka adalah legenda hebat dunia muzik Malaysia, Singapura, Brunei malahan di Indonesia…

27 tahun lalu, Konsert Raksasa bersama Blues Gang dan Sweet Charity telah mengumpulkan ratusan ribu penonton di seluruh Malaysia, kini mereka bakal bergabung semula untuk mengembalikan fenomena yang mereka pernah cetuskan dahulu.

Rasakan fenomena dua band legenda, Sweet Charity dan Blues Gang di Konsert 2 Raksasa yang akan diadakan di Stadium Merdeka pada 8.30 malam 9 Julai 2011…

Tiket-tiket berharga RM73.00 boleh dibeli melalui http://www.airasiaredtix.com dan di semua kedai Rock Corner atau Victoria Music di seluruh Lembah Klang atau telefon 03-87754666

Konsert 2 Raksasa, kehebatan dua legenda blues dan rock n’ roll tidak boleh dilepaskan!”

Jadi, apa yang boleh dapat dengan ke sana? TOTAL ROCK N ROLL!!! Jumpa sana.

SEIR RASHID