Archive for the ‘filem’ Category
filem: taking woodstock
In filem on December 20, 2009 at 8:05 amfilem: seraphine
In filem on June 10, 2009 at 4:09 am
Seraphine adalah kesah tentang keyakinan, obsesi, rendah diri dan perang yang menekan. Keindahan adalah kegilaan yang menjadikan sesuatu hal itu agung. Tonton jika berpeluang. Baca di sini; tulisan ringkas berkenaan filem ini.
HH
immagine in cornice
In filem, ulas on November 7, 2008 at 7:05 amImmagine In Cornice: Picture In A Frame
Pearl Jam
2007
DVD
Pearl Jam adalah antara band terbaik ketika persembahan live. Mereka sudah berada di luar waktu kegemilangan muzik 90-an tetapi itu bukan penghalang untuk mereka terus hadir dengan kerja-kerja muzik yang bagus. Di dalam Immagine In Cornice mereka sekali lagi mengklaim kredebiliti tersendiri.
Ini bukan DVD konsert biasa yang mendatar. Danny Clinch – sang pembikin filem yang dekat dengan band-band seperti Dave Matthews dan Bruce Springsteen mengarah satu bentuk naratif konsert yang amat menarik untuk DVD ini. Ia dokumentari-live konsert Pearl Jam di Itali pada 2006 – mereka di sana selama seminggu untuk tour.
Persembahan live Pearl Jam ditampilkan dengan penuh energi di dalam DVD ini. Tidak seperti footage live mereka yang lan sebelum ini – The Touring Band dan Live At The Garden – yang amat stereotaip. Bukan persembahan band ini, tetapi cara penyampaian yang ada di dalam cakera visualnya.
Immagine In Cornice adalah satu set perjalanan yang peribadi, membawa bersama peminat dan penonton memasuki band mereka. Temubual pendek santai di antara lagu yang turut terselit memberi ruang untuk setiap individu Pearl Jam didekati – berbincang hal-hal muzik dan juga lain-lain. Daripada ini akan kelihatan ‘ketenangan’ dikalangan mereka. Eddie Vedder juga seperti mahu mengulangi pengalaman era awal mereka; lincah-panjat-tergolek ketika dipentas.
Torino, Bologna, Pistoia, Milan, dan Verona pernah menyaksikan sejarah dilakar di depan mata mereka dan dengan DVD ini, semua keindahan itu terpahat di dalam cakera untuk dikongsi. Ini antara DVD terbaik yang pernah disaksikan – dalam persembahan live mereka yang dirakam.
Penonton diberi peluang untuk berintimasi dengan band ini. Dan sentuhan ala dokumentari dengan kesan visual yang ringkas-bijak-klasik membuatkan kita tak akan mahu sudah menikmati hamparan kedua-duanya; muzik Pearl Jam dan videonya.
Buat seketika (mungkin), ini merupakan rakaman persembahan live terbaik Pearl Jam. Jangan terlepas!
-Hafiz Hamzah- (11nov2008)
a music from robert rodriguez
In filem, ide on July 30, 2008 at 6:11 amA nice piece of music here from the celebrated director Robert Rodriguez in the first installment of El Mariachi. Enjoy! SEIR
control
In filem on February 22, 2008 at 7:15 amAlbum pertama Joy Division yang saya miliki dulu adalah Closer. Mulanya, agak sukar untuk meresapi muzik mereka ini – yang saya kira kuat perasaan ‘dark’ di dalam – tetapi juga agak menghairankan, sehingga hari ini album itu masih lagi kerap saya ulang-main. Ian Curtis punya aura yang jarang-jarang ada pada mana-mana anak muda senario muzik London ketika itu. Dia tidak hebat, tetapi dia ada gaya yang dan tona vokal yang mampu bersuara, sekurang-kurangnya untuk dirinya sendiri.
Jika kamu sudah menonton filem 24 Hour Party People, kamu juga harus lekas mencari filem Control. Tidak seperti ’24 Hour’, Control lebih fokus kepada susuk Ian Curtis itu sendiri, berkisar tentang perjalanan hidupnya yang singkat dalam arena muzik hujung 70an British sehingga membawa kepada tragedi pembunuhan diri Curtis. Filem ini juga merupakan arahan buat pertama kali Anton Corbijn, jurufoto yang sinonim merakam perjalanan seni band U2 dari awal dulu.
Klik sini untuk ke laman rasmi Control.
-Elle J. Hafiz-




