Yang ditunggu-tunggu telah tiba! Akhirnya mereka muncul semula selepas lebih 2 dekad bersembunyi. 2 Raksasa blues dan rock n’ roll ini ialah WAJIB TONTON..
Seperti yang aku tulis untuk iklan radio Sinar FM (rasa macam tua sangat-lah)
“Mereka ialah band blues dan rock n’ roll terhebat pernah dilahirkan di rantau sini…
Kini mereka adalah legenda hebat dunia muzik Malaysia, Singapura, Brunei malahan di Indonesia…
27 tahun lalu, Konsert Raksasa bersama Blues Gang dan Sweet Charity telah mengumpulkan ratusan ribu penonton di seluruh Malaysia, kini mereka bakal bergabung semula untuk mengembalikan fenomena yang mereka pernah cetuskan dahulu.
Rasakan fenomena dua band legenda, Sweet Charity dan Blues Gang di Konsert 2 Raksasa yang akan diadakan di Stadium Merdeka pada 8.30 malam 9 Julai 2011…
Tiket-tiket berharga RM73.00 boleh dibeli melalui www.airasiaredtix.com dan di semua kedai Rock Corner atau Victoria Music di seluruh Lembah Klang atau telefon 03-87754666
Konsert 2 Raksasa, kehebatan dua legenda blues dan rock n’ roll tidak boleh dilepaskan!”
Jadi, apa yang boleh dapat dengan ke sana? TOTAL ROCK N ROLL!!! Jumpa sana.
